Oleh pada 11 Apr 2017 kategori

capitol complex

Putrajaya ialah sebuah bandar pentadbiran yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1994. Cadangan beliau adalah atas dasar keperluan sebuah bandar pentadbiran baru bagi menggantikan bandar Kuala Lumpur yang dilihat semakin padat dengan populasi dan strata bangunan pada masa itu.  

putrajaya

Walaubagaimanapun, Putrajaya bukanlah perintis kepada model bandar terancang yang terdapat di dunia kerana idea ini sudah lama dicetuskan oleh perancang bandar dari barat sejak berabad yang lalu. Salah satu contoh model yang terdahulu ialah Bandar Chandigarh.

Bandar Chandigarh 

Chandigarh terletak di utara india, merupakan kota yang terletak diantara Punjab dan Haryana.Sebuah bandar terancang yang diimpikan oleh Perdana Menteri India yang pertama,  Sh. Jawahar Lal Nehru, Bandar Chandigarh ialah satu model eksperimen arkitek berhaluan kiri, Le Corbusier, arkitek dan perancang bandar kelahiran Switzerland. Dia dipanggil oleh Albert Mayer(perancang bandar) untuk merencanakan masterplan bagi bandar Chandigarh.

lecorbousier nehru

Bekerjasama dengan beberapa orang lagi arkitek dan perancang bandar seperti  Pierre Jeanneret(sepupu), Jane Drew, and Maxwell Fry, pembinaan yang bermula pada 1952 ini memakan masa hampir 10 tahun dan mengalami banyak proses penukaran layout sebelum ia siap.

Pembahagian "Sector"

chandigarh guide map

Le Corbusier membahagikan bandar kepada beberapa sektor mengikut kategori. Kawasan seluas 250 ekar dibahagikan kepada 56 sektor, dengan keluasan 800meter x 1200meter setiap satu sektor. Dengan mengadaptasikan metafora dari analogi tubuh manusia - bahagian atas "head" : the Capitol Complex(Sector 1), yang menempatkan  kawasan pentadbiran kerajaan, Di tengah "heart": the City Centre(Sector 17), merupakan pusat bandar yang lengkap dengan semua kemudahan seperti komersial,perbankan dan hiburan. Bahagian "lungs" pula sebagai kawasan santai, beriadah dan rekreasi. Kawasan ini mempunyai kadar peratusan hijau yang tinggi dan dikenali sebagai "sector greens".

chandigarh human analogy

"The Intellect" pula merangkumi pusat kebudayaan dan juga pusat pendidikan yang menempatkan beberapa pusat pengajian seperti (Post Graduate Institute, Punjab Engineering College, Punjab University). "The Circulatory System" pula ialah jaringan jalanraya mengikut grid yang berpandukan hierarki dibawah konsep 7s. Tidak terkecuali bahagia "viscera" yang menempatkan kawasan industri

court of supreme

capitol complex rk50

 Plan perancangan bandar ini bertepatan dengan falsafah Corbusier sendiri, iaitu menitikberatkan cahaya, ruang, dan kawasan hijau. Chandigarh telah dinamakan sebagai "Urban Village" oleh Mayer sewaktu perancangan nya. Pada dasarnya, pelan penstrukturan bandar ini telah diubah dari jalanraya yang melengkung, kepada rangkaian jalan segi empat tepat bagi mempercepatkan pergerakan trafik. Sector 17 juga dianggap sebagai Heaven of Pedestrian kerana mempunyai banyak ruang pejalan kaki berbanding jalanraya.

chandigarh housing

Corbusier sangat berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa, populasi itu, hendaklah berkembang secara vertical, bukannya horizontal. Oleh sebab itulah kawasan perumahan yang dibina di Chandigarh ialah  secara flatlet dan bertingkat walaupun hakikatnya, tanah masih mencukupi pada masa itu. Akan tetapi, peratusan kawasan hijau mestilah cukup untuk menampung jumlah populasi dalam sesuatu kawasan.

university of punjab

Jika dilihat dari sudut sosial, Bandar Chandigarh ialah salah satu model bandar terancang yang berjaya. Pembahagian guna tanah mengikut sektor dan grid telah memberi kesan yang sangat baik dalam menyelesaikan isu kesesakan trafik, serta mengurangkan kadar peratusan kepadatan penduduk dalam sesuatu kawasan. Malah Putrajaya itu sendiri, boleh dikira antara bandar yang mempunyai trafik yang lancar. Perletakan strategik kawasan-kawasan memudahkan pengguna mengenalpasti arah mana yang patut dituju.

pedestrian in chandigarh

pedestrian in chandigarh rk26

Pasti ada juga yang mengaitkan dengan Bandar Shah Alam kerana ia mempunyai seksyen-seksyen yang mewakili guna tanah. Namun jika dilihat secara teliti, perancangan bandar Shah Alam bukan bermula daripada kosong. Kewujudan kawasan-kawasan  penempatan sedia ada, merumitkan proses peletakkan guna tanah. Tetapi masih ada sedikit gen dari Chandigarh seperti kawasan perindustrian dan pusat bandar.

Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca bagi mengembangkan idea dari sudut perancangan.

Rujukan:

City of Chandigarh
http://architectuul.com/architecture/city-of-chandigarh


 


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)