Di media arus perdana, negara China seringkali digambarkan sebagai kawasan paling tercemar di dunia. Walau bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak tahu berdasarkan kajian alam sekitar, kawasan paling tercemar di dunia sebenarnya adalah bandar New Delhi yang terletak di India.

Polisi-polisi baru yang diperkenalkan kerajaan China dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar sedikit sebanyak berjaya mengurangkan pencemaran alam sekitar di sana. Malangnya, di New Delhi tiada tindakan drastik yang diambil oleh pihak kerajaan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pernahkah anda gambarkan bagaimanakah kehidupan di bandar yang sangat kotor dan tercemar seperti di New Delhi? 

Pencemaran Udara di New Delhi

kualiti udara di new delhi

Syarikat penerbangan United Airlines pernah membatalkan penerbangan ke bandar ini kerana keadaan udara yang sangat terus. Pencemaran udara yang sangat teruk ini semestinya akan mengehadkan jarak penglihatan yang akan membahayakan penerbangan kapal terbang.

Malah, banyak juga kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemandangan yang agak terhad ini. Statistik kajian alam sekitar pada bulan November 2017 yang dikeluarkan pihak kerajaan Amerika Syarikat menunjukkan indeks kualiti udara di kawasan ini begitu tinggi dan melebihi tahap bahaya untuk manusia.

indeks kualiti udara new delhi

Para doktor menggambarkan keadaan kualiti udara di sini sangat teruk, seumpama menghisap 50 batang rokok sehari! Pada tahun 2015, The Lancet Commission, sebuah organisasi yang menjalankan kajian alam alam sekitar dan kesihatan mendedahkan 2.5 juta kematian yang dilaporkan pada tahun tersebut adalah berpunca daripada kualiti udara yang sangat merbahaya di New Delhi.

Perkembangan perindustrian yang pesat, amalan pembakaran sampah besar-besaran secara terbuka, ketumpatan penduduk tinggi dan kenderaan yang terlalu banyak adalah antara perkara utama yang menyumbang kepada kualiti udara yang sangat merbahaya ini.

Pencemaran Sungai Yamuna

Selain tahap kualiti udara yang sangat teruk, New Delhi juga mempunyai masalah pencemaran air yang sangat serius. Malah, Sungai Yamuna yang dianggap suci bagi penganut agama Hindu juga tidak terkecuali menjadi mangsa pencemaran. Dengan kepanjangan 1376 kilometer yang merentasi negara India, sungai ini merupakan sumber air utama yang membekalkan air kepada lebih 57 juta penduduk.

Malangnya, kira-kira 80% pencemaran terhadap sungai tersebut datangnya daripada bahagian sungai tersebut sepanjang 22.5 kilometer yang melalui bandar New Delhi. Hakisan tanah, pembuangan sampah dan juga bahan kimia daripada kilang-kilang menjadikan air di sungai ini dilitupi lapisan bahan tercemar berwarna hitam dan putih.

basuh baju air tercemar 584

Walaupun begitu, Sungai Yamuna ini tetap menjadi nadi kehidupan bagi masyarakat yang tinggal berdekatan sungai yang dianggap suci ini. Adalah normal untuk melihat kanak-kanak bermain di sepanjang sungai ini. Malah, air daripada sungai ini juga digunakan untuk mencuci pakaian.

Bagi masyarakat penganut Hindu pula, mereka juga mempunyai amalan spiritual mandi dan minum air sungai ini yang dipercayai boleh memadamkan dosa-dosa mereka yang lampau.

sungai yamuna 64

Pekerjaan utama penduduk tempatan

Kebanyakan penduduk tempatan bekerja di kilang-kilang dalam pelbagai sektor. Kilang-kilang inilah merupakan punca utama pencemaran sungai dan udara di bandar New Delhi. Undang-undang yang tidak dikuatkuasakan menyebabkan pemilik kilang sewenang-wenangnya membuang sisa bahan kimia ke dalam sungai dan ke udara.

pencemaran air sungai yunama

Percaya atau tidak, pencemaran sampah dan sungai di New Delhi ini juga dijadikan punca pendapatan utama sesetengah penduduknya. Terdapat lelaki, wanita mahupun kanak-kanak yang akan mengumpulkan barang-barang seperti besi, plastik dan kertas yang boleh dikitar semula.

Pendapatan daripada pekerjaan ini boleh dianggap lumayan. Mereka mampu memperoleh gaji setinggi 1000 rupee sehari, atau bersamaan dengan RM 59. Jumlah ini adalah 3 kali ganda daripada purata gajian harian penduduk yang bekerja di bandar.

aktiviti penternakan

Aktiviti dan pekerjaan tradisional seperti pertanian dan perternakan juga masih wujud di celah timbunan sampah sarap dan kawasan yang sangat tercemar ini. Perkara ini sememangnya menjadi kebimbangan memandangkan terdapat risiko hasil tanaman, daging dan produk tenusu ini untuk tercemar.

Kredit:

  1. National Geographic
  2. Times of India
  3. The Hindu
  4. Vox



Hakcipta iluminasi.com (2017)