India memang tidak asing lagi sebagai negara "pengeluar" jurutera yang tersangat ramai di dunia. Namun, pernahkah anda tertanya-tanya mengapa negara ini memiliki jumlah jurutera berlambakan ini?

Mungkin ada di antara kita yang menjawab, ini disebabkan oleh jumlah populasi yang ramai di India. Namun, ia langsung tidak benar.

Untuk benar-benar memahami budaya kejuruteraan moden dan mentaliti di India, yang telah wujud selama beberapa dekad, kita mesti kembali ke masa di mana India dibebaskan dari pemerintahan British pada tahun 1947.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kesan peperangan kepada India

perang sino india pada tahun 1962

(Perang Sino-India pada tahun 1962)

Pada tahun 1950-an dan 1960-an ketika revolusi penggodam sedang berlaku di Massachusetts Institute of Technology (MIT), India pula sedang memulihkan negara dari kehancuran yang disebabkan oleh penjajahan selama lebih dari 2 abad.

Para pemimpin India perlu memastikan India dapat memberi makan kepada lebih dari 350 juta orang secara autonomi, yang mana merupakan cabaran pertanian dan kejuruteraan yang sangat besar.

Banyak negara maju dengan cepat sekali menolak India dengan mengatakan negara ini terlepas revolusi Industri yang penting.

Perang Sino-India pada tahun 1962, di mana India mengalami kekalahan taktikal kepada China, telah membawa kepada perubahan cepat dalam dasar ketenteraan India.

Usaha ini membuahkan hasil, apabila pada tahun 1965, dunia menyaksikan pertempuran kereta kebal terbesar dalam sejarah ketenteraan sejak Perang Dunia II ketika India dan Pakistan berperang besar disebabkan oleh Kashmir.

Enam tahun kemudian, India kembali sibuk dengan membebaskan Bangladesh (pada waktu itu dikenali sebagai Pakistan Timur) dari penjajahan Pakistan.

Untuk menghargai peranan kejuruteraan dalam peperangan ini, anda mungkin tertanya-tanya bagaimana India berjaya berperang dan menang dalam dua perang utama hanya beberapa dekad selepas kemerdekaan?

jurutera india

Sudah tentu, tentera India (dan Soviet, yang mana India menikmati hubungan ketenteraan yang sihat) berada di landasan yang betul.

Ketika itu, India tidak menyedari bahawa mereka sedang membina infrastruktur ketenteraan dan perindustrian yang tersangat kebal.

Perang-perang ini bukanlah apa yang menyumbang kepada kemajuan India tetapi pertanian, perdagangan dan industri yang pesat berkembang.

India agak lambat untuk memperoleh kuasa nuklear (sesetengah orang menyifatkannya sebagai dasar keamanan Mahatma Gandhi), dan ia merapatkan perkongsian dengan banyak negara Barat.

Revolusi pertanian India beroperasi pada tahap lebih hebat selepas kerajaan menetapkan gerakan Revolusi Hijau, yang membawa kepada pertumbuhan yang luar biasa dalam pengeluaran pertanian.

Pada tahun 1958, Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) telah ditubuhkan, dan usaha itu membantu India mengalahkan Pakistan dua kali dalam perang berasingan dalam tempoh enam tahun, seperti dijelaskan di atas.

aryabhatta satelit pertama india

(Aryabhatta, satelit pertama India)

Tahun 1969 menyaksikan kemunculan "NASA" versi India iaitu Organisasi Angkasa dan Penyelidikan India (ISRO) yang pantas melancarkan satelit pertama mereka, Aryabhatta, pada tahun 1975 dari Kesatuan Soviet.

Pada tahun 1974, India melakukan percubaan ujian nuklear pertama dengan nama yang begitu ironi, "Smiling Buddha" (Buddha yang tersenyum).

Pada tahun 1951, Institut Teknologi India pertama (IIT) ditubuhkan di Kharagpur. Ia menjadi universiti autonomi pertama dan beroperasi secara bebas dari politik India.

Tempoh ini telah membuktikan sebagai detik paling penting dalam sejarah kejuruteraan di India. Satu standard telah ditetapkan di mana jurutera terbaik di India akan belajar di IIT.

Dan menjelang tahun 1961, 4 buah IIT lagi diwujudkan di negara ini.

Tahap persaingan yang tinggi secara automatik telah memastikan kebanjiran para jurutera berkualiti tinggi untuk memastikan India seiring dengan dunia berkenaan dengan mewujudkan rangka kerja industri untuk masa depan.

institusi teknologi india dilihatkan sebagai kolej berprestij di india

(Institut Teknologi India, kolej berprestij di India)

Para ibu bapa di India berulang kali memberitahu anak-anak mereka untuk belajar kejuruteraan, dapatkan pekerjaan dan bantu untuk bina India. 

Ternyata, banyak perkara yang sedang berlaku di dalam India pada ketika itu, tetapi tiada siapa yang menyedarinya.

Semua ini akan berubah pada tahun 1991, apabila liberalisasi ekonomi dan globalisasi diguna pakai oleh Menteri Kewangan dan Perdana Menteri India ketika itu, Dr. Manmohan Singh.

Hal ini, bersama-sama dengan pembaharuan kemudian, memberikan kesan yang besar apabila India merekodkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tertinggi pada 2007 iaitu sebanyak 9%.

Menjelang tahun 2009, sekitar 300 juta orang telah diselamatkan dari kemiskinan yang melampau.

Terima kasih kepada globalisasi, pada tahun 2006, perdagangan antarabangsa membentuk hampir satu perempat daripada KDNK India.

Seiring dengan globalisasi, maka berlakulah penghijrahan mereka yang ingin melibatkan diri dalam dunia kejuruteraan ini. 

sundar pinchai ceo google

(Sundar Pichai, Ketua Pegawai Eksekutif Google)

Pelajar kejuruteraan India menemui dorongan baru untuk masuk ke kolej kejuruteraan di India.

Selepas tamat pengajian, mereka boleh mengikuti pengajian di beberapa universiti yang paling berprestij di luar negara seperti Stanford, MIT, Harvard, Cambridge dan Oxford.

Malah, semua perbelanjaan mereka ditaja kerana universiti-universiti ini mengiktiraf jurutera India sebagai pekerja yang rajin, pintar dan berskala besar.

Ini bukanlah sesuatu yang baru dan pelajar India telah menyertai universiti-universiti ini sejak awal 1960-an, walaupun jumlah pelajar India yang pergi ke luar negara meningkat pada tahun 1990-an.

Bagi mereka yang tidak mahu menyambungkan pelajaran, negara-negara maju menawarkan pekerjaan kepada beratus ribu jurutera India dengan gaji yang sangat lumayan.

mengapa india ramai jurutera 1 568

Ini melihatkan perpindahan besar-besaran jurutera India ke Barat, terutamanya ke Amerika Syarikat. Berita-berita ini tersebar dan pilihan yang ada sangatlah jelas.

Anda boleh belajar untuk mengambil peperiksaan masuk kejuruteraan, menamatkan empat tahun pengajian kejuruteraan dan kemudian berhijrah ke Amerika Syarikat.

Jika tidak, anda boleh belajar untuk pemeriksaan masuk perubatan, menamatkan pengajian perubatan, membuat pengkhususan pasca doktor magang, program latihan (internship), dan akhirnya 15 tahun kemudian, mengamalkan perubatan anda sendiri dengan hutang yang menggunung.

Laluan pengajian kejuruteraan adalah lebih "cool" dan sekolah-sekolah kejuruteraan juga dilihatkan sebagai lebih "cool".

Arak, seks dan penggunaan dadah kasual menyusup masuk ke kolej kejuruteraan India pada tahun 1970-an, membuatkan ia sebagai tempat yang harus diikuti.

sebab mengapa india ramai jurutera

Anda boleh menjalani kehidupan gembira untuk tempoh 4 tahun dan kemudian hidup dengan "Great American Dream", satu istilah yang masih digunakan sehingga ke hari ini.

Sangat sukar untuk menentukan mengapa pekerjaan lain seperti seni, reka bentuk dan seni bina gagal menarik perhatian pelajar India.

Alasan yang sering disebutkan adalah bahawa mereka melakukannya untuk menjimatkan wang di mana senior sekolah mereka akan belajar dalam bidang kejuruteraan, dan buku-buku peperiksaan akan diberikan kepada junior biasanya dengan percuma.

Dan ini akan memberikan perbezaan yang sangat besar kepada perbelanjaan keluarga mereka.

Satu lagi faktor penyumbang utama adalah bahawa kos kolej-kolej kejuruteraan lebih murah daripada kolej-kolej perubatan, dan hanya anak-anak orang kaya sahaja yang mampu untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah perubatan.

pelajar perubatan di india

Hierarki bilik darjah di India menjadi sangat jelas di mana pelajar yang pintar akan menjadi jurutera, anak-anak orang kaya akan menjadi doktor dan pelajar yang kurang bijak akan mengambil bidang seni.

Mengapa? Kerana untuk masuk ke kolej seni adalah mudah.

Jika seseorang itu mempunyai ijazah dalam bidang seni, mereka ini akan sering dipandang rendah, walaupun dia tersangat pintar dan mengambil bidang seni kerana minat.

Sistem kasta, yang dimansuhkan dalam budaya India, telah menyusup masuk ke dalam bilik darjah India dengan bentuk yang sangat berbeza, iaitu membahagikan para pelajar kepada tiga kategori iaitu jurutera, doktor dan jurusan seni.

mengapa india ramai jurutera 157

Hari ini, kaliber dan kualiti para jurutera India berada di bawah pengawasan, satu fakta yang dijamin oleh para jurutera zaman 70-an dan 80-an.

Pelajar-pelajar kejuruteraan menulis segala-galanyanya dari persamaan kimia, formula matematik, algoritma, perkataan bombastik untuk esei, malah buku teks lengkap.

Corak peperiksaan memenuhi harapan mereka di mana ia menanyakan soalan terus dari buku yang tidak memerlukan pengetahuan aplikasi sama sekali.

Para penggodam di MIT pada tahun 60-an melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa revolusi penggodam di Amerika Syarikat tidak mati, dan kelihatan seperti mereka berjaya.

mengapa india ramai jurutera 5

Para penggodam telah merevolusikan komputer dengan pergerakan Perisian Bebas dan Sumber Terbuka (FOSS), tetapi sesuatu yang serupa masih belum dilihat dalam ekosistem kejuruteraan India.

Dan persoalan sekarang, adakah bidang kejuruteraan pada hari ini agak keterlaluan?

Menjadi seorang jurutera di India hampir menjamin keselamatan kewangan untuk seumur hidup, dan ini membuatkan para ibu bapa memaksa anak-anak mereka untuk memilih kejuruteraan.

Akan tetapi, realiti sebagai seorang jurutera di India tidaklah seindah yang diimpikan disebabkan oleh lambakan jurutera di negara ini, tajuk yang akan dibincangkan dalam artikel tentang hakikat jurutera di India, dalam artikel seterusnya.

Rujukan:

1. The Next Web

2. Medium

3. Asian Scientist




Hakcipta iluminasi.com (2017)