Oleh pada 02 May 2017 kategori

dota 2 sven

Sudah pasti ramai  pembaca yang terkejut tentang tajuk artikel pada kali ini. Namun apa yang akan dikongsi kali ini ialah teori berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Defence of The Ancient atau singkatan popularnya DOTA ialah permainan komputer yang begitu masyur di semua lapisan masyarakat sejak berdekad yang lalu. Merupakan game strategi yang dibangunkan oleh Blizzard Entertainment pada 2003, ia terus berevolusi sehingga pada 2009, Valve Corporation telah membangunkan sekuel game ini kepada mod yang lebih moden iaitu DOTA 2.

BESARKAN TEKS     A-  A+

DOTA juga telah diiktiraf sebagai E Sport paling berpengaruh di dunia kerana mempunyai jumlah peminat yang agak besar di asia dan juga eropah. Malah ada yang menjadikan permainan ini sebagai kerjaya dengan menyertai kejohanan yang dianjurkan. Kejohanan yang dianjurkan pula ada di peringkat sekolah hinggalah ke peringkat dunia. Tidak heranlah seorang pemain DOTA professional itu bergelar jutawan, kerana hadiah yang diberi dalam nilai jutaan usd.

professional dota player

Namun apa yang ingin diketengahkan bukanlah tentang kemasyhuran meraka, tetapi mengenai karektor seorang pemain DOTA professional itu sendiri. Tahukah anda DOTA ialah satu game yang memerlukan anda berfikir secara kreatif dan kritikal. Ia boleh dikategorikan sebagai game yang sangat kompleks. Kebolehan seseorang pemain untuk membuat keputusan secara bijak amat diperlukan. Permainan ini memerlukan perancangan taktikal yang amat rapi dalam merencanakan serangan ke atas pihak lawan.

Permainan ini lazimnya dimainkan oleh lima orang satu pasukan dan akan menentang lagi lima orang di pihak lawan. Dalam satu pasukan pula, mereka akan mempunyai role berbeza mengikut kemampuan masing-masing dan bergantung pada hero yang dipilih. Dalam DOTA 2, terdapat 112 watak atau nama lainnya hero yang boleh dipilih oleh pemain. Semua 112 watak itu pula mempunyai karektor dan role yang berbeza. Anda perlu mempelajari beribu skills dan abilities di samping beratus item dengan pelbagai fungsi yang berlainan.

heroes

Jadi, sebagai seorang pemain professional, mereka wajib tahu untuk menggunakan setiap 112 watak yang ada dalam DOTA 2. Ini sebagai langkah untuk menghadapi apa jua kemungkinan ketika dalam kejohanan menentang pihak lawan. Di sini disenaraikan beberapa role yang menjadi asas dalam pembentukan satu team yang kuat:

  • Carry - Role yang paling penting dalam team. Carry boleh dianggap sebagai kapten atau ketua . Carry adalah kunci kemenangan sesuatu team mahupun sebaliknya. Jadi jika buruk persembahan carry dalam permainan, buruklah juga keputusannya nanti.    
  • Support - Role ini selalunya dipegang oleh pemain yang mempunyai kebolehan jari yang laju kerana hero yang yang mempunyai role ini menggunakan banyak skil di keyboard. Support berperanan memberi bantuan dalam team dari segi spamming dan disabling musuh secara jarak jauh(range)
  • Initiator - Role ini lazimnya dipegang oleh pemain yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Merekalah yang akan memulakan perperangan terlebih dahulu dengan menggunakan skil disable/stun bagi merencatkan pergerakan pihak lawan. Biasanya Initiator adalah hero tanker(armor tinggi dan keras)  kerana mereka yang akan mengepalai serangan.

juggernaut sven

Bagi mengelakkan pembaca lebih keliru, cukuplah diterangkan tiga role ini sahaja. Pada asasnya, apa yang dapat dilihat ialah setiap role yang dimainkan, ada tanggungjawab mereka yang tersendiri dan tak ubah seperti satu batalion ketenteraan yang lengkap. Pemain DOTA mempunyai emosi yang fragile kerana mereka sangat menjiwai setiap gerak atur yang disusun. Adapun yang membuat perhitungan di kalkulator tentang berapa damage yang diperlukan untuk menewaskan musuh dalam satu masa yang ditetapkan. Ataupun berapa pukulan/hit diperlukan untuk memusnahkan pihak lawan dalam masa tertentu.

Hakikatnya DOTA itu sendiri lebih taktikal dari game role-playing game(RPG) perang lain seperti Call of Duty ataupun Battlefield yang  seperti medan perang sebenar. Ini kerana permainan seperti Call of Duty ataupun Battlefield memerlukan pemain menembak musuh dengan senjata yang tertentu.Jika anda ditembak mati, anda boleh memulakan kembali misi. Tidak seperti DOTA, kerana setiap situasi mempunyai percaturan yang berbeza. Bermula dari memilih watak hinggalah kepada membeli item. Masa yang sesuai untuk menyerang dan bertahan amat penting untuk memastikan strategi yang dirangka berhasil. Membaca taktikal dan mengenali karektor pihak lawan juga antara kebolehan yang ada pada seorang pemain DOTA professional.

taktikal ketenteraan

Kapten di medan perang sebenar?

Pemain DOTA juga kaya dengan vocabulary mereka sendiri, dalam kata lain bahasa dan istilah yang digunakan ketika permainan DOTA  tak ubah seperti code yang digunakan dalam ketenteraan untuk mengelakan dari diketahui musuh. Sebagai contoh mereka cuma menggunakan huruf 'B' untuk memberikan isyarat berundur kepada team mereka. Ya tidak dinafikan ianya cuma singkatan perkataan, tetapi apa yang ingin diceritakan ialah mengenai aplikasi mereka itu mirip dengan apa yang diamalkan dalam taktikal ketenteraan. Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah jika seseorang pemain DOTA professional mampu mengemudi batalion tentera di medan perang yang sebenar. Dengan kebolehan berfikir secara kritikal, mereka mungkin boleh merancang taktikal perang dengan baik. Tidak mustahil jika suatu hari nanti, pemain DOTA professional dijadikan aset ketenteraan yang sangat berharga.

Apa yang dikongsi pada kali ini adalah mengenai teori penulis bedasarkan pemerhatian dan pengalaman sahaja. Walau pada hakikatnya, pemain DOTA dipandang negatif oleh masyarakat dan dianggap sebagai anti sosial. Jika terdapat jutaan peminat bolasepak di setiap dunia, anda juga perlu menerima hakikat, begitu juga dengan DOTA. Mereka juga mempunyai komuniti yang besar dan tidak layak digelar anti sosial. Kita juga perlu meraikan kepelbagaian yang dicipta oleh tuhan dimana setiap manusia dijadikan dengan minat yang berlainan. Semoga apa yang dikongsi bermanfaat kepada semua.




Hakcipta iluminasi.com (2017)