Oleh pada 05 Sep 2017 kategori

Baru-baru ini, Forbes telah mengeluarkan senarai 50 orang terkaya di Malaysia. Walaupun senarai ini dimonopoli oleh ahli perniagaan berketurunan Cina dan India, terdapat juga orang Melayu yang berjaya duduk sama tinggi dalam golongan elit negara kita. Sebagai penghormatan kepada mereka, kami ingin menyenaraikan 7 orang usahawan Melayu yang terkenal dan berjaya menduduki senarai Forbes.

7. Datuk Kamarudin Meranun

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber foto: malaysiaresume.com

Berada di nombor 38 dalam senarai '50 individu terkaya di Malaysia' keluaran Forbes ialah Datuk Kamarudin Meranun. Memperoleh kekayaannya dari AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun adalah rakan kongsi Tony Fernandes dan sekarang memegang jawatan pengerusi AirAsia sejak tahun 2013.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pengurus Portfolio di Arab-Malaysian Merchant Bank, sebelum berpindah ke pengurusan eksekutif InnoSabah sebagai Pengarah Eksekutif. Pada tahun 2001, beliau telah dilantik sebagai Pengarah AirAsia oleh Tony Fernandes, sebelum dinaikkan pangkat.

Pada tahun 2015, beliau juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X dan juga sebahagian daripada lembaga di Queens Park Rangers Football Club. Menurut Forbes, kekayaan peribadinya dianggarkan bernilai $340 juta yang bersamaan dengan sekitar RM1.4 bilion.

6. Mokhzani Mahathir

senarai 7 orang melayu paling kaya di malaysia 6

Sumber foto: alchetron.com

Berada di tangga keenam dalam senarai kami (nombor 34 dalam senarai Forbes) ialah Mokhzani Mahathir, anak kedua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau memperoleh kekayaannya melalui pelbagai jenis perniagaan, tetapi kebanyakan sumber utama hasil pendapatannya datang dari syarikat minyak dan gasnya di bawah Kencana Petroleum.

Pada tahun 2012, beliau menggabungkan Kencana Petroleum dengan Sapuracrest, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh rakan sewaktu zaman kanak-kanaknya, Shahril Shamsuddin.

Selain SapuraKencana, beliau juga memegang jawatan di lembaga syarikat telekomunikasi besar, Maxis dan syarikat kabel optik fiber Opcom Holdings. Forbes menyenaraikan kekayaan peribadinya berjumlah kira-kira $420 juta, yang bersamaan dengan sekitar RM1.7 bilion.

5. Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin

senarai 7 orang melayu paling kaya di malaysia 5

Sumber foto: pakdi.net

Di tangga kelima dalam senarai kami (nombor 32 dalam senarai Forbes) adalah pasangan adik-beradik hartawan minyak, Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin. Kedua-duanya memulakan kerjaya perniagaan dengan mengambil alih kekayaan dari bapa mereka yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir pada awal tahun 1990-an.

Dari situ, Shahril dan Shahriman terus mengembangkan perniagaan keluarga tersebut sehingga tahun 2012, dimana mereka bergabung dengan Kencana Petroleum kepunyaan Mokhzani Mahathir, sekaligus mewujudkan SapuraKencana.

Mereka selesa menduduki nombor 32 dalam senarai, dengan gabungan kekayaan peribadi sebanyak $475 juta, secara kasarnya bersamaan dengan RM2.03 bilion.

4. Tan Sri Dato' Azman Hashim

senarai 7 orang melayu paling kaya di malaysia 4

Sumber foto: thestar.com.my

Melangkah ke tempat keempat (nombor 31 dalam senarai Forbes), siapa tidak mengenali Tan Sri Dato' Azman Hashim, Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Berhand dan juga pengerusi beberapa anak syarikat AmBank Group dan Amcorp Properties Berhad. Tan Sri Dato' Azman adalah contoh terbaik usahawan yang bermula dari bawah.

Beliau memulakan kerjayanya di Perth, Australia sebagai seorang akauntan sebelum kembali ke Malaysia untuk berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia, sehingga Mei 1964 dimana dia berhenti untuk memulakan amalan perakaunannya sendiri.

Dari situ, beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank Berhad pada tahun 1980 sehingga 1982 dimana beliau menjadi pengerusi AmBank Group. Forbes menyenaraikan beliau di nombor 31 dengan kekayaan peribadi sekitar $490 juta, yang bersamaan dengan anggaran RM2.09 bilion.

3. Ahmayuddin Bin Ahmad

Berada di tempat ketiga (nombor 27 dalam senarai Forbes) adalah Ahmayuddin Ahmad yang membina kekayaannya apabila beliau menjadipengasas bersamaWestports Holdings dengan G Gnanalingam.

Beliau kini tidak lagi berada di lembaga Westports, tetapi dia masih kekal sebagai pengarah Westport Malaysia. Kekayaan peribadinya dianggarkan sekitar $570 juta oleh Forbes, yang bersamaan dengan RM2.4 bilion.

2. Ibrahim Syed Azman

ibrahim syed azman

Sumber foto: thestar.com.my

Di kedudukan kedua (nombor 26 dalam senarai Forbes) ialah Ibrahim Syed Azman, satu-satunya anomali dalam senarai ini. Bukan datang dari kalangan akauntan atau jurutera, Ibrahim Syed Azman pernah menjadi bekas pegawai tentera sebelum dia bermula sebagai kontraktor pertahanan.

Sekarang, beliau menguruskan armada helikopter terbesar di Asia Tenggara untuk sektor minyak dan gas menerusi West Star Aviation yang dimilikinya secara persendirian. Kekayaan peribadinya dianggarkan sekitar $600 juta yang bersamaan dengan anggaran RM2.6 bilion.

1. Syed Mohktar AlBukhary

senarai 7 orang melayu paling kaya di malaysia 1

Sumber foto: Forbes / cilisos.my

Menduduki carta teratas senarai kami (nombor 10 dalam senarai Forbes) yang memperoleh gelaran 'orang Melayu terkaya di Malaysia' adalah tidak lain dan tidak bukan, Syed Mohktar AlBukhary yang dianggap sebagai seorang hartawan yang luar biasa.

Mogul kelahiran Alor Setar, Kedah ini memulakan perniagaannya dengan permulaan yang sederhana dimana beliau membuat bisnes berasaskan beras di Kedah. Selepas dia berjaya dalam perniagaan tersebut, beliau berpindah ke perniagaan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pembinaan, kejuruteraan, penjanaan kuasa, infrastruktur dan pelabuhan. Forbes menganggarkan kekayaannya pada nilai $1.8 bilion, yang bersamaan dengan kira-kira RM7.7 bilion.

Mari kita sama-sama menjadikan kejayaan tersebut sebagai sumber inspirasi untuk kita mengikuti jejak langkah mereka dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)