Oleh pada 13 Jun 2017 kategori

snoopy 006

Siapa kat sini yang sukakan kucing? Walaupun ada orang yang fobia dengan kucing, tapi lagi ramai orang yang sukakan kucing. Tak kiralah kucing peliharaan anda ataupun kucing jalanan, semuanya sangat istimewa dan wajib dilayan dengan baik. Kucing juga merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W yang mempunyai rupa yang sangat comel, bulu yang gebu, berperwatakan lucu dan membuatkan kita geram. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

carpe front page

Bukan untuk dipelihara sahaja, kucing juga boleh menjadi peneman manusia yang baik serta boleh menjadi terapi bagi mereka yang mengalami tekanan ataupun bermasalah. Kebanyakan mereka yang memelihara kucing-kucing mengganggap kucing sebagai kawan dan ada juga mengganggap kucing peliharaan mereka seperti anak. Membahasakan diri mereka mama atau papa apabila bertutur dengan kucing adalah sesuatu yang sangat lucu.

Namun disebalik kecomelan dan kegebuan seekor kucing, tahukah anda bahawa harga seekor kucing boleh mencecah belasan ribu malah ratusan ribu ringgit bergantung kepada ketulenan dan baka yang jarang ditemui. Kali ini iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda baka kucing yang termahal di dunia.

10. British Shorthair : RM2,000 hingga RM6,500

british shorthair

Baka kucing ini dikatakan berkemungkinan berasal dari Eropah dan diimport masuk ke Britain ketika penjajahan Roman pada abad pertama AD dan merupakan antara baka yang tertua di dunia. Ia mempunyai keunikan pada badannya yang montel, bulu lebat serta muka yang lebar. Warna yang paling lazim bagi kucing baka British Shorthair ini adalah "British Blue", mata berwarna tembaga (seakan oren), ekor sederhana panjang.

9. Scottish Fold : RM850 hingga RM12,800

scottish fold

Baka Scottish Fold amatlah unik. Tengok sahaja anda pasti sudah tahu apakah keunikannya. Ia merupakan baka yang mempunyai genetik dominan yang termutasi memberi kesan kepada tulang rawan di sepanjang badan menyebabkan telinganya seperti terlipat ke depan. Sebelum ia mendapat nama Scottish Fold pada 1966, baka ini dipanggil "lop-eared" atau "lops" bersempena arnab yang mempunyai telinga yang serupa. Terdapat beberapa pecahan baka bagi jenis kucing ini yang dikenali sebagai Highland Fold, Scottish Fold Longhair, Longhair Fold dan Coupari.

8. Sphynx : RM1,280 hingga RM12,800

sphynx

Walaupun bagi sesetengah orang, kucing ini kelihatan sangat hodoh dan menakutkan, namun ia merupakan salah satu baka yang paling terkenal di antara baka-baka lain. Ramai selebriti Hollywood yang memiliki baka jenis ini termasuklah Steven Tyler, Lady Gaga dan Jennifer Anniston. Ia mempunyai rupa yang sangat mudah untuk dikenali kerana tidak berbulu, namun ia memerlukan penjagaan yang rapi dan khusus seperti memandikan seminggu sekali atau dua minggu sekali. Harganya yang sangat mahal membuatkan kucing ini mempunyai standard tersendiri.

7. Russian Blue : RM1,700 hingga RM12,800

russian blue

Dikatakan berasal dari pelabuhan Arkhangelsk, Rusia, kucing ini terkenal dengan sifatnya yang suka bermain, ingin tahu serta pintar. Mereka juga mudah untuk membentuk hubungan yang rapat dengan pemilik mereka dan disukai disebabkan oleh personaliti, kecantikan dan warna mereka.

6. Peterbald : RM5,000 hingga RM20,000

peterbald

Juga berasal dari Rusia, kucing yang kelihatan seolah-olah seperti Sphynx ini adalah hasil daripada ujikaji mengawan antara baka Juara Dunia kategori betina Oriental Shorthair dan baka Donskoy. Ia amat bijak, bertenaga serta bersifat ingin tahu sert mempunyai badan yang ramping dan berotot. Mereka tiada masalah untuk hidup bersama haiwan peliharaan lain.

5. Parsi : RM2,100 hingga RM23,500

parsi

Antara kucing yang paling disukai ramai kerana rupanya yang sangat comel dan bulu super-gebu. Ia mempunyai wajah yang bulat dan muncung yang pendek. Juga dikenali sebagai Persian Longhair. Dikenali sebagai kucing Shirazi di Iran dan dipanggil kucing Iran di Timur Tengah. Dibiak oleh orang Inggeris pada mulanya dan oleh pembiak di Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Pecahan baka bagi kucing Parsi ini adalah Exotic Shorthair dan juga Himalayan.

4. Allerca Hypoallergenic : RM25,500

allerca hypoallergenic

Namanya agak panjang dan pelik berbeza daripada baka-baka lain namun ia merupakan kucing yang biasa. Namun terdapat sedikit keistimewaan pada baka ini dimana ia merupakan hasil kepada pelbagai ujikaji genetik. Saintis-saintis yang mengkaji untuk menghasilkan baka ini cuba untuk mencari formula untuk mematikan genetik yang menyebabkan alergi kepada sesetengah orang.

3. Bengal : RM4,300 hingga RM106,000

bengal 722

Sekali pandang sebijik macam harimau kumbang, tapi ini sebenarnya seekor kucing. Ia merupakan hybrid yang terhasil daripada campuran baka antara baka domestik dan kucing Asian Leopard (ALC), Prionailurus bengalensis bengalensis. Harganya yang terlalu mahal membuatkan baka ini dapat melambangkan kekayaan seseorang.

2. Savannah : RM6,400 hingga RM212,000

savannah

Sama seperti Bengal, baka Savannah juga merupakan hasil hyrbid atau campuran di antara baka domestik dan juga baka serval. Baka ini sangat bijak dan pintar serta kesetiaan kucing ini dibandingkan dengan anjing. Pada tahun 2001, baka ini diterima oleh The International Cat Association (TICA) sebagai baka berdaftar yang baru dan diterima oleh TICA sebagai baka kejohanan.

1. Ashera : RM64,000 hingga RM426,000

ashera

Dan baka kucing yang termahal di dunia jatuh kepada, Ashera! Tengok harga seekor meleleh air liur, boleh beli rumah cash! Ia juga merupakan satu baka yang dikacuk antara kucing serval Afrika, kucing Asian Leopard dan kucing domestik biasa. Berkarakteristik sangan bijak, setia dan juga manja. Namun kesahihan dan ketulenan baka ini dipertikai kerana satu-satunya kucing yand diuji DNA-nya terbukti sebagai baka Savannah.

Sumber :

1. Wikipedia

2. Destination Luxury




Hakcipta iluminasi.com (2017)