kucing liar paling besar di dunia

Feline (keluarga Felidae) merangkumi 37 spesies kucing yang antara lain termasuklah cheetah, puma, jaguar, harimau, singa, lynx serta kucing di jalanan serta yang dipelihara di rumah anda.

Kucing berasal dari hampir setiap wilayah di Bumi, kecuali Australia dan Antartika. Haiwan ini merupakan mamalia karnivor yang hidup di berbagai habitat, tetapi biasanya haiwan hutan.

Dan seperti semua haiwan prasejarah lain, kucing prasejarah biasanya lebih besar, lebih berat dan lebih kuat berbanding kucing hari ini.

iluminasi.com kongsikan 10 kucing liar paling dahsyat dan terbesar yang pernah wujud di dunia.

10. Jaguar gergasi

jaguar gergasi

Pada zaman prasejarah, Amerika Utara dan Selatan adalah kediaman bagi jaguar raksasa, yang tergolong dalam spesies moden yang sama tetapi lebih besar.

Jaguar raksasa ini juga mempunyai anggota badan dan ekor yang lebih panjang berbanding jaguar yang hidup pada hari ini.

Para saintis percaya bahawa satu ketika dahulu jaguar tinggal di kawasan dataran terbuka, namun disebabkan oleh persaingan dengan singa-singa Amerika dan kucing besar yang lain memaksa spesis ini untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang lebih berhutan.

Dan di kawasan baharu inilah membuatkan jaguar gergasi ini melalui evolusi berpenampilan kaki pendek.

Jaguar gergasi prasejarah mempunyai saiz seperti singa atau harimau dewasa, dan kemungkinan berkali ganda lebih kuat serta gigitan yang dahsyat.

Spesis ini sangat aktif pada zaman Pleistosen, namun pupus sekitar 11,000 tahun yang lalu ketika Zaman Ais terakhir.

seukuran singa atau harimau yang tumbuh sepenuhnya, dan mungkin beberapa kali lebih kuat, dengan gigitan yang jauh lebih kuat.

9. Singa Afrika

singa afrika 908

Sepanjang sejarah, singa Afrika melambangkan keberanian dan kekuatan. Singa ini dapat dikenali dengan begitu mudah melalui ngauman dan dan surainya (rambut).

Singa yang mana tinggal secara berkumpulan adalah kucing yang paling sosial.

Singa Afrika ini biasanya mempunyai berat sekitar 150kg hingga 250kg, dengan singa jantan mampu mencapai berat maksimum.

Kedua-dua Singa Afrika jantan dan betina ini adalah sangat kuat, berotot dengan kepala dan telinga berbentuk bulat.

8. Xenosmilus

xenosmilus

Xenosmilus adalah saudara kepada spesis Smilodon, namun sedikit berbeza dengan Smilodon di mana ia mempunyai gigi yang lebih pendek dan tebal.

Kesemua giginya mempunyai hujung bergerigi bagi tujuan memotong daging dan lebih kepada bentuk gigi ikan jerung atau dinosaur karnivor, berbanding gigi kucing moden.

Xenosmilus tidak mencekik mangsanya seperti yang dilakukan oleh kucing zaman moden, sebaliknya ia hanya perlu menggigit sebahagian besar daripada tubuh mangsanya dan menunggu haiwan itu mati.

Saiznya adalah jauh lebih besar daripada standard kucing hari ini sekitar 180kg hingga 230kg, dan jauh lebih kuat, dengan anggota badan yang lebih pendek, kuat serta leher yang sangat kuat.

7. Harimau Siberia

harimau siberia

Harimau Siberia atau harimau Amur merupakan subspesies terbesar dan kucing terbesar di dunia.

Berat harimau Siberia jantan dewasa boleh mencecah 320kg, dan kebanyakan harimau Siberia tinggal di timur Rusia serta utara China, terutamanya di kawasan pergunungan Sikhote-Alin.

Sebahagian besar harimau Siberia tinggal di timur Rusia dan utara China. Penduduk mereka tinggal terutamanya di kawasan pergunungan Sikhote-Alin.

Harimau Siberia mengalamai beberapa penyesuaian fizikal untuk bertahan hidup dalam iklim sejuk di habitatnya, seperti lapisan lemak yang tebal dan bulu pucat yang sangat lebat.

Malah, ia juga mempunyai jumlah jalur gelap yang lebih sedikit berbanding harimau lain.

Ketika ini, harimau Siberia adalah antara pemangsa yang paling dahsyat.

6. Singa gua

singa gua

Singa Gua adalah subspesies singa raksasa yang mana beratnya boleh mencecah 300kg seperti saiz harimau Siberia, menjadikannya kucing paling besar yang wujud pada hari ini.

Spesis ini adalah salah satu pemangsa yang paling berbahaya dan kuat ketika Zaman Ais terakhir di Eropah, dan terdapat bukti bahawa ia sangat ditakuti serta mungkin disembah oleh manusia prasejarah.

Terdapat banyak lukisan dalam gua dan beberapa patung yang telah dijumpai menggambarkan Singa Gua.

Menariknya, ai menunjukkan haiwan ini tanpa surai dan kadang-kala tidak mempunyai surai, kadang-kadang kala digambarkan mempunyai bulu di leher seperti harimau zaman moden.

Lebih aneh, beberapa lukisan gua juga menggambarkan Singa Gua memiliki belang di bahagian kaki dan ekornya.

5. Homotherium

scimitar hematorium

Juga dikenal sebagai "kucing Scimitar", Homotherium adalah salah satu kucing yang paling "berjaya" pada zaman prasejarah, ditemui di Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Asia dan Afrika.

Ia menyesuaikan diri dengan baik dalam pelbagai habitat, termasuklah tundra sub-artik dan bertahan selama lima juta tahun hingga kepupusannya sekitar 10, 000 tahun yang lalu.

Homotherium nampaknya adalah pemburu berkumpulan, disesuaikan dengan larian pantas dan aktif terutama pada siang hari.

Ini mempunyai kaki depan yang sangat panjang dan kaki belakang yang lebih pendek, sekaligus memberikan penampilan yang seperti hyena.

Walaupun Homotherium tidak begitu popular dari segi saiz, beberapa fosil kucing Scimitar yang ditemui  baru-baru ini di Laut Utara menunjukkan bahawa spesis ini boleh mencapai berat 400 kg, lebih besar daripada harimau Siberia zaman moden.

4. Machairodus kabir

machairodus kabir

Machairodus jarang disebut sebagai spesis kucing gergasi. Namun beberapa sisa fosil yang ditemukan di Chad, Afrika dan diklasifikasikan sebagai spesies baru Machairodus kabir, menunjukkan bahawa makhluk ini adalah antara kucing terbesar sepanjang masa, dengan berat hingga 1080 lbs (490 kg ), dan menjadi "ukuran kuda".

Machairodus jarang disebut sebagai kucing gergasi, namun beberapa fosil yang ditemui di Chad, Afrika dan diklasifikasikan sebagai spesis baharu iaitu Machairodus kabir, mencadangkan bahawa makhluk ini merupakan antara kucing paling besar sepanjang zaman.

Ini kerana ia mampu mencapai berat 490kg dan dikatakan bersaiz seperti seekor kuda. Ia menjadikan gajah, badak sumbu dan herbivor besar yang lain sebagai makanan kerana haiwan-haiwan ini banyak pada ketika itu.

Machairodus kabir mungkin kelihatan seperti "harimau sabertooth" gergasi dalam filem 10,000 BC, namun sayang sekali ia telah pupus pada zaman Miosen, jauh sebelum kewujudan manusia.

3. Singa Amerika

singa amerika

Sering kali disebut kucing terbesar sepanjang sejarah, singa Amerika atau Panthera atrox, mungkin adalah yang paling terkenal daripada semua kucing prasejarah selepas Smilodon.

Ia tinggal di Amerika Utara dan Selatan semasa zaman Pleistosen, dan pupus 11,000 tahun yang lalu, pada akhir Zaman Ais.

Sebilangan besar saintis percaya bahawa saiz Singa Amerika adalah hampir sama besar dengan singa moden, bahkan mungkin tergolong dalam spesies yang sama.

Apa yang pasti, singa Amerika adalah kucing terbesar di Amerika Utara semasa Zaman Ais di mana beratnya mampu mencecah 470kg hingga 500kg.

2. Harimau Ngandong

ngandon tiger

Harimau Ngandong atau Panthera tigris soloensis,adalah subspesies harimau yang telah pupus yang hidup di wilayah yang kini dikenali sebagai Sunda, Indonesia, pada zaman Pleistosen. 

Heltler dan Volmer menganggarkan bahawa harimau dewasa jantan ini mampu mencapai berat 470kg, yang mana dengan mudah mengatasi sebahagian besar kucing dalam senarai ini.

"Harimau Pleistosen" bukanlah spesies yang berbeza, tetapi "versi awal" harimau yang kita lihat pada hari ini.

Harimau mengalami evolusi di sekitar di Asia kira-kira 2 juta tahun yang lalu, terutamanya untuk memburu kepelbagaian herbivora besar yang tinggal di benua ini pada masa itu.

1. Smilodon

smilodon

Mungkin salah satu mamalia prasejarah yang paling terkenal dan kucing dengan gigi yang kelihatan seperti pedang (saber), Smilodon mempunyai tubuh yang lebih mantap daripada kucing-kucing spesis lain yang masih wujud.

Ini terutamanya merujuk kepada bahagian depan yang sempurna dan taring atas yang panjang.

Rahangnya mempunyai celah yang lebih besar daripada kucing moden dan taring atasnya langsing dan rapuh, disesuaikan untuk pembunuhan yang lebih mudah.

Smilodon populator dari Amerika Selatan mungkin merupakan kucing liar terbesar yang pernah wujud dengan purata berat 220kg hingga 400kg, dan mampu mencapai 500 kg apabila dewasa sepenunya.

smilodon 2

Corak pada tubuh Smilodon tidak diketahui, tetapi ia telah dipulihkan secara artistik dengan corak kosong atau berbintik.

Ia mempunyai bahagian belakang yang lebih pendek, skapula tinggi, ekor pendek, dan anggota badan yang lebar dengan kaki yang agak pendek.

Smilodon paling terkenal dengan gigi taringnya yang agak panjang, yang mana paling panjang pernah diketahui pada kucing bergigi saber, dengan panjang sekitar 28 cm pada spesis terbesar iaitu Smilodon populator.

Smilodon biasanya dikenal sebagai harimau bergigi saber, tetapi sebenarnya ia tidak berkait rapat dengan harimau moden (Panthera tigris) atau kucing lain yang masih wujud. 

Rujukan:

1. National Geographic

2. Wild Ciencias

3. Indiana Edu



Hakcipta iluminasi.com (2017)