Banyak kajian mendapati membela kucing di rumah mampu mengurangkan tahap stres dan menurunkan tekanan darah seseorang. Apatah lagi jika kucing yang dibela itu mempunyai bulu lebat, sangat manja dan amat comel rupanya, sudah tentu anda akan sentiasa gembira sahaja melayani kerenah si comel walaupun ia berperangai agak nakal.

munchkin car short leg super cute

BESARKAN TEKS     A-  A+

Banyak baka kucing yang cantik dan memukau mata yang memandang, namun kami ingin kongsikan 10 baka kucing yang paling cantik (dan antara yang paling mahal) dalam dunia:

10. Ragdoll

kucing ragdoll baka tercantik dalam dunia

Ragdoll terkenal dengan badan berotot dan mata biru yang sangat cantik. Lapisan bulu luarnya memerlukan penjagaan rapi kerana ia halus bak sutera. Baka yang dikembangkan oleh warga Amerika ini sesuai dijaga dalam suhu yang tenang. Kucing ragdoll sangat mesra bermain dengan kanak-kanak dan mudah ramah dengan keluarga yang membelanya. Disebabkan tingkah laku yang agak sosial, ia sering dikenali sebagai kucing yang bersifat seperti seekor anjing. Tambahan pula, ia sering mengekori ke mana sahaja tuannya pergi seperti seekor anjing.

9. Nebelung

kucing nebelung baka tercantik dalam dunia

Nebelung yang berasal dari Jerman merupakan baka kucing yang sangat cantik dan memikat serta jarang ditemui. Baka istimewa ini mempunyai mata berwarna hijau dan bulu kelabu kebiruan. Telinganya yang tajam dan mata bulat kelihatan seperti anak patung yang boleh dimainkan. Bulu pada bahagian ekor agak panjang berbanding di bahagian lain. Walaupun ia sukar menyesuaikan diri dengan perubahan, kucing ini senang bersosial dengan ahli keluarga. Ia gemar mengekori orang kegemarannya dan suka duduk di atas riba.

8. Munchkin

kucing munchkin baka tercantik dalam dunia

Dalam senarai ini, Munchkin adalah satu-satunya baka kucing dengan kaki yang sangat pendek. Walaupun ia dikategorikan sebagai baka yang agak baru, terdapat banyak kontroversi yang terjadi semasa ia mula diiktiraf oleh Persatuan Kucing Antarabangsa pada tahun 1995. Dilaporkan sebagai paling cantik dari segi rupa paras, Munchkin adalah kucing yang sangat periang dan pintar. Dengan berat sekitar 3-4kg, warna bulu Munchkin berada dalam kategori hitam dan cokelat. Disebabkan kakinya yang pendek, ia tidak dapat melompat dan menyelinap.

7. Kucing Siberia

kucing siberia baka tercantik dalam dunia

Kucing Siberia adalah kucing yang mudah dibela sebagai haiwan peliharaan. Baka ini datang dari Rusia dan dianggap sebagai kucing kebangsaan negara itu. Kucing Siberia amat jarang didapati di luar Eropah dan mula popular sejak 1990 selepas diimport oleh Amerika Syarikat. Mula dikenali selepas disebut dalam sebuah buku oleh Harrison Wier yang kemudian semakin berkembang menjadi salah satu kucing tercantik dalam dunia. Ia mempunyai tekstur bulu berkilau yang unik, tidak seperti kucing-kucing yang lain dan tidak mempunyai belang atau bintik yang khusus.

6. Scottish Fold

kucing scottish fold baka tercantik dalam dunia

Mutasi gen dominan menyebabkan telinga kucing ini terlipat dan bengkok ke depan. Dari situlah ia mendapat nama "Scottish Fold". Rupanya seakan-akan patung mainan kucing dengan mata kuning yang sangat luar biasa. Baka kucing ini adalah antara yang termahal jika dibandingkan dengan baka-baka lain. Mereka amat gemar duduk dalam "Posisi Buddha" kerana cenderung untuk meregangkan kaki dan berehat di atas perut seperti seorang sami.

5. Turkish Van Cat

kucingturkish van baka tercantik dalam dunia

Kucing Turkish Van yang mempunyai bulu putih cantik ini mula dikembangkan di United Kingdom. Baka ini sangat jarang ditemui di mana kepaladan ekornya mempunyai corak yang mudah dikenali dengan badan yang berwarna putih sepenuhnya. Bulunya adalah sederhana panjang dan memberikan penampilan yang licin dan kemas. Memandikan kucing ini boleh menjadi satu cabaran sukar kerana bulu yang menyerap air sepenuhnya. Walaupun begitu, mengeringkan bulu adalah agak mudah namun memerlukan penjagaan rapi. Dengan berat sekitar 7kg, kucing baka ini agak nakal dan suka melompat-lompat di rumah.

4. Kucing Parsi

kucing parsi baka tercantik dalam dunia

Kucing comel dan gebu ini boleh kelihatan seperti permaisuri jika dikahwinkan dengan baka yang sama. Pada tahun 2015, kucing ini diiktiraf sebagai kucing kedua paling popular di Amerika Syarikat. Baka yang berasal dari Iran (Parsi) seawal tahun 1620 ini juga digelar "Parsi Bulu Panjang". Ia sangat sesuai dijadikan haiwan peliharaan kanak-kanak kerana ia sangat jinak dan mengharapkan perhatian. Kucing  Parsi mempunyai pilihan sebanyak 80 kombinasi warna bulu dan sentiasa kelihatan cantik menawan.

3. Kucing Bengal

kucing bengal baka tercantik dalam dunia

Kucing ini diberi nama Bengal kerana rupanya yang seakan-akan seekor harimau bintang. Walaupun kelihatan seperti kucing liar, kucing bengal adalah ialah baka domestik yang kebiasaannya dijumpai di Amerika Syarikat. Ia mempunyai berat sekitar 4.6kg, berbulu jingga dan mempunyai corak rambang di seluruh badan seperti harimau bintang. Kucing berekor panjang ini mempunyai bahagian perut yang berwarna putih. Mata mereka biasanya berwarna biru atau hijau dan agak besar saiznya. 

2. Kucing Birman

kucing birmanl baka tercantik dalam dunia

Baka Birman pertama kali dikenali di Perancis dan namanya bermakna "Burma" yang diambil daripada perkataan Perancis iaitu "Birmanie". Penampilannya agak unik dengan wajah berwarna cokelat dan mata bundar berwarna biru. Kucing ini kelihatan seolah-olah memakai sarung kaki berwarna terang dan boleh membuatkan ramai orang terpesona melihatnya. Ia bersifat sangat nakal dan mudah bersosial dengan manusia.

1. Maine Coon

kucing maine coon baka tercantik dalam dunia

Maine Coon adalah kucing tercantik dalam dunia dengan fizikal unik dan kebolehan memburu yang sangat hebat. Seperti namanya, kucing ini merupakan penduduk asal Maine dari Amerika Utara. Ia dianggap baka kucing domestik paling besar dan mempunyai bulu lebat di seluruh tubuh. Pada kurun ke-19, Maine Coon sering diketengahkan dalam pertunjukan kucing dan sekali gus telah memberikan impak besar dalam kecantikan baka kucing. Hari ini, Maine Coon telah mencuri hati jutaan pencinta kucing ditambah pula dengan karakternya yang mempunyai sedikit persamaan dengan anjing.




Hakcipta iluminasi.com (2017)