Kucing ialah haiwan peliharaan yang sangat biasa yang boleh ditemui di rumah, bangsal dan halaman di seluruh dunia. Di Malaysia, kebanyakan kucing terbiar yang kita jumpa di jalanan dikenali sebagai baka kampung. Walaupun begitu, jika diambil dan dibela dengan baik ia tetap boleh menjadi gebu dan cantik setanding kucing baka mahal.

Walaupun baka kucing boleh dibezakan ke dalam beberapa kategori, hari ini kita akan melihat beberapa baka kucing terbesar yang terdapat di dunia. Walaupun kucing-kucing baka dalam senarai ini lebih besar daripada kebanyakan kucing di Malaysia, ianya tetap comel di mata kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sesetengah peminat kucing lebih menggemari baka yang besar ini kerana mereka dilihat lebih menawan dan lebih sedap dipeluk. Mari kita lihat 5 baka kucing peliharaan terbesar di dunia. 

5. Norwegian Forest

norwegian forest cat

Kucing besar dan tegap ini mula-mula dibiakkan di Norway oleh penternak yang mungkin telah menyilangkan kucing domestik dengan kucing liar. Sejak baka ini dijinakkan, ia telah menjadi baka yang sangat mesra, suka bermain, dan pintar dengan tahap aktiviti yang sederhana.

Kucing baka ini ialah kucing yang kelihatan kuat dan berotot dengan cakar yang besar dan bulu yang besar dan tebal yang memberikan penampilan yang lebih besar. Dengan berat sehingga 10kg, kucing domestik besar ini sebenarnya dibangunkan hasil daripada kisah legenda Norway.

Legenda mengatakan bahawa terdapat seekor kucing yang tinggal di dalam hutan dan muncul dan hilang seperti sihir, dan kadang-kadang yang dilihat hanyalah ekor yang tebal dan berbulu. Penternak kucing Norway ingin membiak kucing yang merupakan perwujudan legenda ini dan itulah kisah bagaimana baka Norwegian Forest dilahirkan.

Kucing Norwegian Forest sesuai sebagai haiwan kesayangan yang setia untuk kekal di sisi anda.

4. Ragdoll

ragdoll 697

Kucing Ragdoll mendapat namanya daripada kecenderungannya untuk mennjadi manja seperti anak patung apabila diangkat dan dipegang. Kucing yang mesra keluarga ini sering memakai kot dengan tanda "titik warna" yang menawan, bermakna badannya kekal cerah manakala bahagian hujungnya berwarna lebih gelap.

Ragdoll telah mendapat reputasi sebagai baka kedua paling popular di Amerika. Dengan berat purata 9 kg, Ragdoll jantan secara amnya jauh lebih besar daripada Ragdoll betina.

Semua Ragdoll berasal dari kucing putih berbulu panjang bernama Josephine, yang merupakan ibu kepada anak kucing Ragdoll yang pertama pada tahun 1960-an! Baka mesra keluarga yang luar biasa ini mendapat populariti di A.S. pada tahun 1990-an, dan Persatuan Kucing Fancier mengiktirafnya pada tahun 2000.

3. Ragamuffin

ragamuffin 531

Kita biasa dengar mengenai baka Ragdoll tapi pernahkah anda tahu akan kewujudan baka Ragamuffin? Kucing Ragamuffin ialah baka tersendiri yang dicipta dengan menyilangkan Ragdolls dengan baka berambut panjang yang lain.

Dianggap sebagai salah satu baka kucing yang paling cantik dan manja, Ragamuffins sering digelar "kucing beruang teddy" merujuk kepada personaliti mereka yang suka dipeluk.Purata beratnya adalah 4.5 hingga 9 kg.

Baka ini sangat percaya pemiliknya dan penyayang, malah, pemilik dinasihatkan supaya menyimpan Ragamuffin mereka daripada bebas berkeliaran di luar supaya mereka tidak mendapat kawan baru dan mengembara ke tempat lain. 

2. Savannah

savannah 581

Kucing baka Savannah boleh menelan belanja yang cukup mahal untuk dimiliki. Kos mereka yang tinggi timbul daripada fakta bahawa mereka adalah kacukan antara kucing domestik dan Serval liar. Kucing Serval memerlukan penjagaan yang khusus dalam pembiakannya, memerlukan masa dan kos yang lebih tinggi untuk penternak.

Oleh itu, julat harga sangat berbeza bergantung pada kandungan peratusan genetik Serval kucing: semakin tinggi kandungan Serval, semakin tinggi harganya. Walaupun harganya mahal, ramai orang menganggap memiliki haiwan peliharaan yang merupakan sebahagian daripada kucing liar sepert Savannah ini adalah berbaloi.

Kebiasaannya pemilik baka ini dinasihatkan orang ramai memelihara kucing Savannah sebagai satu-satunya haiwan peliharaan mereka kerana baka ini masih mengekalkan naluri memburu yang sangat kuat yang tidak bergaul dengan haiwan kecil yang lain. Berat purata baka ini adalah 9 - 12 kg. 

1. Maine Coon

maine coon 157

Maine Coon adalah baka kucing terbesar di dunia. Selalunya dirujuk sebagai "anjing dunia kucing," kucing Maine Coon dipenuhi dengan legenda dan kisah-kisah tinggi yang mendakwa menyumbang kepada asal-usul makhluk agung ini. Purata berat baka ini adalah 4 - 9 kg dan baka ini berasal dari Amerika Syarikat. 

Walaupun kebanyakan cerita ini jelas hanya mitos, kucing ini sememangnya mempunyai kehadiran yang mengagumkan. Dengan bulu tebal khasnya, kaki berumbai, dan badan berotot, Maine Coon merupakan sejenis baka kucing yang sesuai hidup dengan baik pada musim sejuk.

Seperti kucing Savannah, Maine Coons adalah kucing aktif yang gemar bermain menangkap barangan dan boleh dibawa berjalan-jalan dengan tali. Kebolehsuaian ini menjadikan Maine Coon sebagai teman perjalanan yang baik atau sangat sesuai untuk seseorang yang mempunyai gaya hidup aktif.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)