Oleh pada 29 Jan 2018 kategori

bajet rm200 untuk pelamin yuna

Kredit foto: Instagram Yuna

Pengarah kreatif The Calla, Firdaus Othman mendedahkan harga sebenar pelamin nikah Yuna dan Adam Sinclair pada Jumaat lalu adalah dalam anggaran RM70,000.

Kata Firdaus, 27, jumlah itu tidak hanya melibatkan kos bunga yang dipakai, tetapi juga usaha menyiapkan pelamin yang memakan masa sehingga tiga hari.

"Mana dapat harga RM200 itu hanya upah pekerja sahaja, susah nak cakap harga tentang harga sebenar, anggarannya lebih RM70,000.

"Ia merupakam pelamin eksklusif yang kami reka hanya untuk Yuna sahaja. Ia terdapat lima jenis bunga tempatan dan dahan-dahan pokok itu kami ambil sendiri di hutan," ujarnya kepada Mstar Online.

Yuna, 32, atau Yunalis Zarai bersama pasangannya, Adam Sinclair, 34, melangsungkan pernikahan berlokasikan Puncak Rimba Bentong, Pahang pada Jumaat lalu dengan menggunakan rekaan pelamin menarik berlatarbelakangkan pergunungan.

bajet rm200 untuk pelamin yuna 2

Kredit foto: Mstar

Firdaus tampil mengulas tentang pendedahan sebuah butik dan perancang perkahwinan yang diburu permintaan pelanggan yang mahukan pelamin gaya Yuna, tetapi meletakkan bajet murah.

Perkongsian Butik Perkahwinan Fidaerdy itu mendapat perhatian kerana bakal pengantin beranggapan pelamin itu boleh dibuat dengan kadar serendah RM200.

Dalam pada itu, Firdaus memberitahu pihaknya turut berhadapan dengan beberapa permintaan rekaan pelamin penyanyi antarabangsa ini.

"Tipulah kalau kami tidak ditanya tentang perkara yang sama, tapi pihak kami tidak akan buat rekaan sama seperti pelamin Yuna kepada pelanggan lain. Kalau mereka mahu yang sama kami akan beri kelainan sedikit.

"Namun, kalau ada pihak lain nak tiru ia tidak jadi masalah," katanya.

Sementara itu, mengenai proses persiapan pelamin bertemakan Bohamian Tropical itu, Firdaus berkata, masalah cuaca menjadi penghalang terbesar hingga persediaan mengambil masa selama tiga hari.

"Cabaran utama ialah hujan, kami terpaksa berhenti beberapa kali kerana hujan lebat.

"Masa hari pernikahan juga hujan turun lebat sehingga majlis yang sepatutnya berlangsung pukul 3 petang ditangguhkan sehingga hujan reda kira-kira pukul 6 petang," katanya.

Namun kepuasan terbesar buat Firdaus apabila mampu memberikan hasil terbaik kepada pasangan berkenaan.

Untuk info, The Calla juga pernah bertanggungjawab mereka pelamin selebriti popular, Siti Saleha dan Ammar Baharin.

Sumber berita: Mstar


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)