bakal berdepan tindakan kiera mohon maaf

Sumber foto: New Straits Times

Salah seorang peserta Clever Girl Malaysia, Kiera yang menarik diri dari pertandingan tersebut baru-baru ini membuat permohonan maaf terhadap kenyataan yang dibuat menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Graduan Sains Kejuruteraan dari Universiti Oxford yang mewakili negeri Pulau Pinang itu memohon supaya masyarakat tidak terus mengeluarkan kenyataan negatif yang boleh merosakkan reputasi program berkenaan. 

Kiera berharap semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama menghentikan spekulasi-spekulasi negatif yang sedang menular di Internet.

Dengan kesempatan ini saya menyampaikan hasrat memohon maaf kepada pihak yang terbabit secara langsung atau tidak.

Menerusi Instagramnya baru-baru ini, Kiera meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak produksi rancangan itu yang mengamalkan sikap 'pilih bulu'.

Difahamkan, beberapa peserta kegemaran mereka telah pun diberikan jawapan terlebih dahulu bagi melayakkan peserta terbabit ke peringkat seterusnya.

Namun, Kiera telah bertindak memadam status tersebut sekaligus menarik balik kenyataannya itu yang dimuat naik pada minggu lalu.

Saya sudah padam status kenyataan itu dan bermakna saya menarik balik semula kenyataan berkenaan. Tambahan pula, saya sudah berjanji dengan produksi untuk tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan penarikan diri tersebut.

Baru-baru ini juga, pihak TV3 telah mengeluarkan kenyataan balas dimana Kiera bakal berdepan tindakan jika terus menyebarkan fitnah.

Sementara itu, Kiera menghargai segala sokongan yang diberikan penonton kepadanya sepanjang terlibat dalam rancangan terbabit.

Dengan penarikan diri Kiera, maka tinggal 6 peserta yang bakal berebut gelaran 'Clever Girl Malaysia' yang kini memasuki musim kedua.

Sumber berita: mStar Online


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)