Sungai antara salah satu sumber air selain laut dan ia merupakan satu yang sangat penting dalam melengkapkan ekosistem di atas muka bumi. Ia juga menjadi sumber makanan kepada manusia dan hidupan liar, selain menjadi tempat rekreasi. 

Namun, dalam kelekaan berseronok, sungai juga boleh menjadi pembunuh kepada populasi manusia. Dengan berpotensi mencetuskan banjir dan juga habitat kepada hidupan liar yang sangat merbahaya, sungai adalah salah satu daripada penyebab kematian manusia oleh alam semula jadi.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 sungai paling berbahaya di atas muka bumi.

5. Sungai Mekong

sungai mekong

Sungai Mekong adalah sungai ke-11 terpanjang di dunia dengan 4,350 kilometer merentasi Asia iaitu China, Laos, Kemboja, Vietnam dan Thailand. Sungai ini sangat mustahil untuk dilalu disebabkan oleh arus yang berbahaya dan keadaan yang sangat tidak menentu.

sungai mekong 2

Pada tahun 2000, Sungai Mekong telah mengalami banjir dan menyebabkan 90 orang terbunuh, dan pada tahun 2008, banjir yang disebabkan oleh sungai ini telah menyebabkan kerugian dari segi infrastruktur mencecah RM282 juta. Selain itu, terdapat banyak hidup yang berbahaya termasuklah buaya Siam di lorong-lorong kecil sungai ini.

4. Sungai Niger

sungai niger

Sungai ini merupakan sungai utama di Afrika Barat dengan panjang sejauh 4,180 kilometer bermula dari Nigeria ke Sierra Leone. Pada tahun 2010, berlaku banjir yang dasyat disebabkan oleh Sungai Niger yaang telah menyebabkan terbunuhnya 5,000 manusia dan 30,000 haiwan. Apabila sungai yang panjang ini melimpahi tebingnya, kerosakkanyang teruk akan berlaku terhadap bangunan-bangunan berdekatan serta tanaman.

sungai niger 2

Tak cukup dengan itu, sungai ini juga adalah salah satu pembawa penyakit di Afrika Bart dan telah menyebabkan berjuta-juta warga Afrika kelaparan dengan menghancurkan tanaman sayuran dan haiwan ternakan mereka.

3. Sungai Kern

sungai kern

Sungai Kern terletak di California, Amerika Syarikat dan tidak sepanjang Sungai Mekong dan Sungai Niger iaitu hanya 264 kilometer. Namun, jika terdengar berita mayat ditemui atau masih hilang di sungai ini, itu sudah menjadi perkara biasa. Sungai yang mengalir di pergunungan Sierra Nevada ini adalah sangat popular di kalangan pendaki bukit dan mereka yang sukakan cabaran. Namun, ia juga telah menjadi tempat terkorbannya ramai di antara mereka.

kern river

Kematian yang dicatatkan adalah sebanyak 271 sejak tahun 1968. Ia juga telah meragut dua nyawa kanak-kanak yang sedang berenang di sungai ini pada tahun 2014. Sehingga kini, kes lemas semakin meningkat dan pada tahun 2017 sahaja terdapat 8 individu dilaporkan masih hilang di sungai ini.

2. Sungai Huang He

yellow river

Sungai yang dikenali sebagai sungai kuning atau namanya Huang He terletak di China. Walaupun ia sebuah sungai yang kelihatan sangat menarik, namun ia adalah sungai yang sangat bahaya dan berbahaya jika didekati. Dengan panjang sejauh 5,464 kilometer, ia merupakan sungai ke-3 terpanjang di Asia dan ke-6 di dunia. Air yang mengalir dalam sungai ini berasal dari Gunung Bayan Har.

yellow river 2

Sungai ini mendapat geleran "River of Sorrow" atau sungai yang menyedihkan kerana ia sangat berbahaya dan berupaya menghancurkan apa saja. Amat sukar untuk mayat seseorang untuk dijumpai jika terjatuh dalam sungai ini. Sungai ini telah menukar arusnya sebanyak 26 kali dan menyebabkan lebih daripada 1,500 kali banjir, selain membunuh berjuta-juta nyawa. Jika anda rasa warna kuning itu warna kegembiraan, fikir semula!

1. Sungai Amazon

sungai amazon

Sungai ini merupakan sungai yang paling popular di dunia. Ia terletak di Amerika Selatan dan mengalir dari Lautan Atlantic. Dengan panjang mencecah 6,592 kilometer, ia merupakan sungai terpanjang di dunia dan menyebabkan ia sangat sukar untuk dilayari.

sungai amazon 2

Sungai paling bahaya di dunia ini merupakan rumah kepada pelbagai jenis hidupan akuatik. Disebabkan oleh rantai makanan yang stabil di dalam sungai ini, hidupan di dalamnya seperti ikan boleh membesar sehingga menjadi satu saiz yang amat menakutkan. Tak cukup dengan itu, ia merupakan habitat kepada antara Anaconda yang terbesar pernah di jumpai di dunia.

Rujukan : 

1. Mozo Travel

2. Wikipedia

2. Wonderslist


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)