Oleh pada 15 Sep 2017 kategori

bunga api berwarna warni 886

Setiap kali ada sambutan tahun baru ataupun sambutan kemerdekaan, kita biasanya akan dapat melihat pertunjukan bunga api. Sepertimana yang kami kongsi dahulu, penghasilan bunga api ini adalah secara tidak sengaja oleh saintis China pada masa lampau. 

Menyaksikan pertunjukan bunga api dengan pelbagai warna dan corak sentiasa mengujakan. Namun, adakah anda pernah terfikir bagaimana bunga api dapat menghasilkan warna yang pelbagai seperti merah, kuning, hijau, biru dan putih?

penghasilan warna pada bunga api

Jawapannya, reaksi kimia dan serbuk besi/logam yang digunakan. Antara serbuk logam yang biasa digunakan adalah sodium, barium, strontium, titanium dan lain-lain lagi. Setiap elemen kimia yang digunakan akan menghasilkan jumlah tenaga yang berlainan apabila dibakar dan jumlah tenaga inilah yang akan menentukan warna yang bakal dihasilkan.

Penghasilan bunga api bukanlah perkara yang mudah sebaliknya sangat kompleks dan memerlukan pengiraan yang betul untuk memastikan corak yang diingini terhasil.

Untuk menghasilkan bunga api, bahan-bahan akan diletakkan dalam sebuah tiub yang mengandungi serbuk peledak dan beberapa modul (dipanggil ‘star’) yang mengandungi campuran bahan-bahan kimia yang menghasilkan pelbagai warna dan corak. Bahan-bahan ini akan dihubungkan menggunakan fius yang akan membekalkan tenaga dan haba.

bahagian bunga api

Selain itu, penggunaan fius juga perlu mengambilkira masa setiap ‘star’ akan diletupkan diuadara. Sememangnya penghasilan bunga api bukanlah kerja yang mudah dan semestinya berkos tinggi. Biasanya mereka yang pakar menghasilkan bunga api ini digelar pyrotechnic chemists.

Setiap tahun juga, banyak pertandingan bunga api diadakan diseluruh dunia. Bagi orang awam, ianya merupakan satu acara untuk melihat siapakah yang mampu menghasilkan corak bunga api yang terbaik. Bagi pyrotechnic chemists pula, ia merupakan peluang mereka menunjukkan kepakaran dan seni menghasilkan reaksi kimia paling kreatif.

Kredit:

  1. Live Science
  2. Earth Sky

tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)