Oleh pada 17 Feb 2024 kategori

Hidup dalam zaman moden, menyebabkan kita mempunyai tanggapan banyak ciptaan teknologi yang ada sekarang adalah ciptaan baru.

Memang tidak boleh dinafikan banyak ciptaan zaman kita ini memang layak dikatakan baru ditemui atau berjaya dibuktikan konsepnya, tetapi ada beberapa ciptaan yang mungkin kita anggap hanya wujud dalam era kita...sebenarnya telah tercipta sejak dahulukala lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apakah 'produk moden' yang sebenarnya telah lama ada? Berikut adalah 7 produk yang layak dikatakan 'moden' tetapi telah lama kewujudannya.

1. Kereta elektrik (1884)

kereta elektrik pertama dunia

Idea terawal yang direkodkan untuk menggunakan tenaga elektrik daripada bateri bagi menghidupkan motor atau enjin, dimulakan seorang pencipta Hungary bernama Anyos Jedlik sekitar dekad 1830-an.

Bagaiamanapun ciptaan tahun 1884 oleh seorang pereka Britain bernama Thomas Parker menjadi acuan kepada rekaan kenderaan elektrik zaman moden. Seorang jurutera keretapi berpengalaman, Parker menggunakan kepakarannya menterjemahkan kemahirannya untuk membangunkan kereta elektrik pertama di dunia yang benar-benar praktikal.

Sistem teknologi janakuasa ciptaan Parker bukan saja mempunyai motor yang dikuasakan oleh elektrik, bahkan bateri yang diguna Parker dalam rekaannya juga boleh dicas semula.

2. Sistem saluran air bersih dan pembentungan (2500SM)

sistem saliran air dan pembentungan

Ekoran daripada ketiadaan rekod yang lengkap, sukar untuk diceritakan secara terperinci sejarah pengenalan sistem saluran air bersih dan bagaimana sistem sebegini tercipta.

Apa yang kita tahu, kebanyakan masyarakat terdahulu dalam membandarkan kawasan mereka pasti akan ada menjadikan sistem bekalan air sebagai salah satu elemen penting perbandaran.

Salah satu sistem lama yang dikatakan terawal menyamai sistem saliran yang kita ada sekarang, dibangunkan penduduk bandar Mohenjo-Daro (kini bandar SIndh, Pakistan) ketika era Tamadun Indus sekitar 2500SM.

Dengan bekalan air dari lebih 700 telaga, sistem perpaipan bandar itu bukan saja mampu membekalkan air kepada bilik mandi awam dan peribadi, bahkan turut sama membekalkan air untuk tandas.

3. Dron

dron pertama dunia

Sebut tentang dron, kami yakin ramai mengenalinya sebagai ciptaan yang popular dalam satu ke dua dekad sebelum sekarang. Walaupun begitu konsep rekaan dron sebenarnya telah mula dibincangkan pada pertengahan abad ke 19 dan dibangunkan untuk tujuan ketenteraan.

Tetapi prosesnya memakan masa yang panjang! Hanya pada tahun 1917, selepas hampir 70 tahun dibangunkan barulah teknologi yang ada dikatakan mencapai tahap matang.

Tentera Udara Britain berjaya membangunkan sejenis dron atau nama rasminya Unmanned Aerial Vehicle (UAV) untuk tujuan serangan bom dari jarak jauh tanpa membahayakan nyawa juruterbangnya.

Sebanyak 7 prototaip UAV tersebut yang dinamakan sebagai Aerial Target berjaya dibangunkan tetapi berikutan sistem yang masih kurang stabil, majoriti antaranya terhempas ke bumi semasa sesi ujian.

4. Mesin layan diri automatik

hero of alexandria worlds first vending machine

Kami tahu di luar sana, ramai yang suka membeli sesuatu di mesin layan diri. Ada sesuatu yang mengujakan kalau kita beli apa-apa dari mesin sebegini. Jangan pula ingat mesin ini adalah satu ciptaan moden!

Mesin layan diri pertama di dunia telah dicipta oleh seorang pencipta Yunani bernama Hero atau Heron, yang menetap di Alexandria (kini Mesir) sekitar tahun ke 60.

Hero terkenal dalam sejarah sebagai pereka aeolipile, sejenis mekanisme enjin yang digerakkan menggunakan kuasa wap dan dia juga dikenali sebagai pereka mesin layan diri pertama dunia. Mesin layan diri Hero direkabentuk untuk menyalurkan air bersih bagi kemudahan ibadat masyarakat zaman tersebut.

Apabila duit syiling dimasukkan, mekanisme yang ada akan menggunakan berat duit itu untuk membuka salur injap air membolehkan air mengalir keluar, sehinggalah syiling itu jatuh ke dalam ruang simpanannya lalu menyebabkan air terhenti.

5. Konkrit

konkrit rom yunani terbaik

Bahan konkrit sering kali dilihat sebagai salah satu bahan asas paling popular digunakan, dalam pembinaan bangunan era kita. Ini kerana konkrit bukan saja kukuh dan tahan lama; penggunaannya dikatakan juga membantu kos pembinaan menjadi lebih rendah.

Walaupun sinonim dengan kehidupan moden, realitinya konkrit bukanlah satu ciptaan baru. Sebaliknya konkrit terawal telah wujud sekitar tahun 6500SM di kalangan bandar-bandar kuno yang kini terletak di Syria dan Jordan.

Masyarakat mereka telah menemui kaedah untuk mencampurkan kapur dengan air pada kepekatan tertentu, yang mampu menghasilkan campuran yang apabila dibentuk mempunyai sifat yang kukuh dan tahan lasak.

Walaupun demikian penambahbaikan masyarakat Rom terhadap adunan konkrit kira-kira 2000 tahun dahulu, menjadi antara sebatian konkrit terbaik pernah dihasilkan manusia. Ini kerana resipi konkrit orang Rom mempunyai daya ketahanan yang terbaik dan paling penting - mampu tenggelam dalam air tanpa mengalami masalah struktur.

Selain itu, konkrit ciptaan orang Rom ini juga mempunyai satu sifat unik yang istimewa di mana apabila berlaku rekahan bersaiz kecil sebesar 0.15 ke 0.2mm, rekahan itu boleh pulih sendiri.

Berbeza betul teknologi masyarakat terdahulu dengan 'teknologi' yang ada untuk kita, masyarakat moden.




Hakcipta iluminasi.com (2017)