Bagi pengguna Twitter, anda mungkin tahu tentang akaun Twitter dengan nama "azusagakuyuki".

Pada dasarnya, ia merupakan sebuah akaun Twitter yang memuat naik gambar dan tweet yang mana kelihatan seperti seorang wanita cantik di Jepun yang meminati motosikal besar.

Ketika ini, akaun ini mempunyai sekitar 17,500 pengikut dan beberapa contoh gambar yang dimuat naik ke akaun ini melibatkan penampilan seperti biker muda yang kerap bergambar dengan motosikal:

BESARKAN TEKS     A-  A+

gambar twitter azusagakuyuki 3

gambar twitter azusagakuyuki 2

Memang nampak menarik, siapa yang tak suka kan kalau gambar perempuan cantik apatah lagi jika dia bergambar dengan motosikal besar yang mana biasanya diminati oleh golongan lelaki.

Ini sekaligus menjadikan wanita ini sangat menarik dan menjadi dambaan jejaka.

Namun, memandangkan kecanggihan dan kemajuan teknologi pada hari ini, kita tidak boleh mempercayai semua perkara yang kita lihat di Internet.

Kisah disebalik semua ini adalah agak mengejutkan Jepun yang telah tertipu dengan wanita ini.

wajah sebenar akaun twitter azusagakuyuki 5

Pendedahan yang dibuat sangatlah mengejutkan dan membuatkan ramai jejaka patah hati bukan sahaja di Jepun tetapi juga di Malaysia.

Wanita cantik dalam gambar ini sebenarnya adalah seorang lelaki berusia 50 tahun!

Lelaki ini menjelaskan bahawa dia melakukan perkara ini kerana mahu menunjukkan motosikal dan tempat-tempat yang dikunjunginya kepada orang ramai.

Namun disebabkan tiada siapa yang mahu melihat seorang "pakcik" dengan motosikalnya, jadi dia memutuskan untuk menukarkan dirinya kepada "wanita cantik" supaya gambar-gambar yang dimuat naiknya popular.

wajah sebenar akaun twitter azusagakuyuki 8 773

Tiada siapa yang meragui gambar-gambar yang dimuat naik di Twitter tersebut dan semuanya berjalan dengan lancar, sehinggalah dia melakukan satu kesilapan di mana wajah sebenarnya terpapar pada cermin sisi motosikalnya dan disedari oleh sesetengah pengikutnya.

Ini membuatkan orang ramai mula membuat spekulasi dan meminta rancantan TV iaitu Monday Late Show untuk menyiasat perkara ini.

Selepas menghubungi lelaki ini, dia bersetuju untuk ditemuramah dan langsung tidak menyembunyikan kisah sebenar bahawa dia adalah seorang lelaki berumur.

Menurut Monday Late Show, lelaki ini menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mengubah rupa parasnya.

Ini adalah pendedahan yang dilakukan oleh kru rancantan TV tersebut yang menemui lelaki tersebut untuk menemuramahnya:

lelaki jepun menyamar sebagai wanita cantik

wajah sebenar akaun twitter azusagakuyuki

Mengejutkan, kan?

Aplikasi yang digunakannya adalah sangat popular dan anda sendiri pun mungkin pernah menggunakannya, iaitu FaceApp.

Bagi yang tidak tahu, FaceApp adalah aplikasi menyunting gambar yang membolehkan pengguna menggunapakai filter dan salah satu filter membolehkan pengguna untuk "mengubah jantina".

wajah sebenar akaun twitter azusagakuyuki 2

wajah sebenar akaun twitter azusagakuyuki 3

gambar twitter azusagakuyuki 4

wajah sebenar akaun twitter azusagakuyuki 9

wajah sebenar akaun twitter azusagakuyuki 8

Anda pun tertipu, kan?




Hakcipta iluminasi.com (2017)