Organisasi Penyelidikan Angkasa India, yang lebih dikenal sebagai ISRO, baru-baru ini telah melancarkan misi angkasa tanpa pemandu ke bulan yang dinamakan Chandrayaan-2.

Secara harfiahnya, Chandrayaan-2 diterjemahkan kepada "MoonCraft-2". Kapal angkasa ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Orbiter, pendarat Vikram, dan rover bulan Pragyan yang semuanya dibina dengan jumlah kos sebanyak RM560 juta atau Rs. 978 crores.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi sebuah kapal angkasa yang mampu mengembara 384,000 kilometer (tidak termasuk mengorbit bulan selama 7 tahun), kosnya meningkat kepada RM1,520 per kilometer.

Bagi kebanyakan daripada kita, nombor-nombor ini tidak bermaksud apa-apa, jadi kenapa artikel ini ditulis?

Amerika Syarikat membelanjakan kira-kira RM100 bilion untuk misi bulan Apollo, yang bersamaan dengan RM731 bilion hari ini.

Change 4 milik China yang dilancarkan pada Disember 2018 pula menelan belanja kira-kira RM33.6 bilion. Jika dibandingkan dengan kos Chandrayaan-2, ia hanyalah 0.07% berbanding Apollo milik AS dan 1.67% berbanding Change 4 milik China.

change 4

(Change 4)

Untuk lebih memudahkan perbandingan, bandingkan dengan Cristiano Ronaldo yang memperoleh pendapatan RM440 juta setahun, atau kos "Avengers: Endgame" yang menelan belanja RM1.5 bilion.

Jika sebuah negara mencipta kapal angkasa canggih dengan kos 40% daripada sebuah filem Hollywood, pembinanya sudah tentu telah melakukan sesuatu yang ajaib.

Persoalannya, bagaimana ISRO berjaya membuatkan program angkasa lepasnya sangat murah?

Teknik pengeluaran yang efektif dan kos buruh

kos tenaga buruh

Menurut K. Sivan, ketua ISRO, apa yang membuatkan misi angkasa lepas mereka murah dan efektif dari segi kos adalah meringkaskan sistem, mengawasi sistem kompleks, kawalan kualiti yang ketat dan memaksimumkan output daripada produk-produk.

Kami sentiasa berjaga-jaga terhadap setiap peringkat pembangunan bagi kapal angkasa atau roket. Dengan ini, mereka dapat mengelakkan pembaziran produk, yang membantu meminimumkan kos misi. 

Kenyataan ini menyiratkan bahawa ISRO memantau rapat terhadap hampir setiap komponen, jadi potongan yang cacat dihapuskan sepenuhnya.

Jika kita mengambil kira kerumitan kapal angkasa dan bilangan komponen yang terlibat, tindakan ini pasti akan lebih menjimatkan dari segi jangka masa panjang.

Juga, ISRO bergantung kepada teknik pengeluaran yang berorientasikan buruh perlahan yang melibatkan tahap pengkhususan yang tinggi (setiap jabatan hanya melakukan kerja yang mereka mahir).

Di India, sebagai negara yang berintensifkan buruh, kos buruh di negara ini sangat rendah.

Oleh itu, proses yang disebutkan di atas memainkan peranan penting dalam mengurangkan kos komponen yang digunakan dalam satelit negara mereka.

Muatan murah dan penggunaan graviti

chandrayaan 2 2

Salah satu sebab yang menyebabkan kos yang lebih rendah dalam misi angkasa lepas oleh ISRO, dibandingkan dengan agensi angkasa lain, adalah muatan yang agak murah.

Muatan ini pada dasarnya adalah peralatan yang digunakan oleh kapal angkasa untuk melaksanakan pelbagai ujian.

Muatan yang diangkut oleh Chandrayaan-2 termasuklah dengan instrumen ringkas, ringan dan murah, seperti Spektrometer X-ray lembut, monitor sinar-X Suria dan Spekrometer IR.

Jika dibandingkan dengan ini, Apollo 17 oleh NASA yang merupakan misi ke bulan dengan pemandu yang terakhir oleh syarikat gergasi ini telah membawa intrumen untuk eksperimen sinaran kosmik biologi, altimeter laser, gravimeter traverse dan banyak lagi.

Walaupun fungsi setiap alat ini berada di luar skop artikel ini, satu perkara yang cukup jelas adalah muatan-muatan ini adalah lebih besar dan berat berbanding yang dibawa oleh Chandrayaan-2.

Alat-alat ini memberi sumbangan besar kepada jumlah kos Apollo 17.

Jumlah masa yang diperlukan oleh Chandrayaan-2 untuk sampai ke Bulan adalah 40 hari, lebih lama berbanding mana-mana pengembaraan ke Bulan.

Dalam proses ini, ia memaksimumkan penggunaan tarikan graviti antara Bulan dan Bumi untuk mendapatkan halaju dengan meningkatkan bilangan orbit yang dibuat di sekitar Bumi.

Oleh itu, jumlah bahan api yang diperlukan untuk menolaknya keluar daripada orbit planet kita adalah jauh lebih rendah dan membantu mengurangkan jumlah kos.

Jumlah bahan api yang lebih kecil juga mengurangkan jumlah berat kapal tersebut.

Adakah misi ini wajar walaupun murah?

chandrayaan 2 3 465

Walaupun Chandrayaan-2 telah membuktikan bahawa kita boleh melaksanakan misi kapal angkasa ke bulan dengan kos yang rendah, namun pelancarannya juga telah menimbulkan beberapa persoalan mengenai tempoh misi itu dilakukan.

India adalah negara membangun dengan 22% penduduknya kini hidup di bawah garis kemiskinan (Asian Development Bank).

Oleh itu, jumlah RM560 juta yang dibelanjakan untuk misi ke Bulan ini mungkin boleh digunakan ke arah yang lebih baik bagi negara dengan 200 juta penduduk yang tidur dalam keadaan lapar.

Walaupun begitu, iluminasi.com tidak mempunyai niat untuk merendah-rendahkan program angkasa India.

Negara ini telah menghasilkan kemajuan teknologi yang luar biasa dalam tempoh yang sangat singkat, tetapi mereka perlu melakukan pengorbanan yang besar.

Kesimpulan

Dunia akan mendapat manfaat besar jika negara dan agensi yang berbeza berkongsi teknologi mereka untuk melancarkan inisiatif bersama.

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang merupakan inisiatif bersama antara 5 agensi ruang angkasa iaitu NASA (Amerika Syarikat), Roscosmos (Rusia), JAXA (Jepun), ESA (Eropah) dan CSA (Kanada) telah menunjukkan apa yang boleh dilakukan oleh manusia apabila kita bekerjasama.

Dalam jangka masa panjang, kita memerlukan lebih banyak projek bersama dan program angkasa lepas kolaboratif untuk kemajuan bersama.

Rujukan:

1. ISRO

2. Phys.org

3. Science

4. BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)