NASA atau nama panjangnya National Aeronautics and Space Administration merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membuat kajian-kajian sains terutamanya mengenai kapal terbang, jet eksplorasi alam semesta. 

NASA yang berpangkalan di Washington D.C. ini mempunyai kira-kira 18000 kakitangan dan melakukan banyak kajian yang memberi manfaat kepada manusia. Percayakah anda sekiranya ada beberapa barang kegunaan harian kita sebenarnya terhasil daripada kajian-kajian yang dibuat oleh pihak NASA? 

1. Kamera Telefon

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ingat lagi generasi telefon dan telefon bimbit pada generasi awal kemunculannya? Selain saiznya yang besar, kesemua telefon bimbit generasi awal tidak mempunyai kamera ada telefon bimbit. Kemudian, terdapat fungsi kamera yang ditambah pada dan kualiti kamera pada telefon bimbit sekarang jauh lebih baik berbanding ketika di awal kemunculannya.

Konsep kamera digital telah dicipta oleh Jet Propulsion Laboratory (JPL) pada tahun 1960-an. Pada tahun 90-an, sekumpulan saintis daripada JPL berjaya mencipta teknologi kamera yang lebih kecil untuk digunakan semasa eksplorasi angkasa. Inovasi ini juga membolehkan kamera dengan kualiti gambar yang lebih baik dan bateri yang lebih tahan lama dihasilkan. Kini, boleh dikatakan kamera merupakan satu komponen wajib pada setiap telefon pintar yang dijual di pasaran.

2. Susu Bayi

susu bayi

Bagi memastikan setiap angkasawan yang dihantar mendapat nutrisi dan pemakanan yang cukup, maka pihak NASA juga telah membuat kajian mengenai pemakanan. Ketika membuat kajian mengenai algae, mereka dapati bahawa terdapat komponen algae tersebut yang menghasilkan fatty acid, juga terdapat dalam susu yang dihasilkan manusia.

Pihak saintis NASA mendapati bahawa walaupun komponen ini dihasilkan secara semulajadi melalui susu badan, ianya boleh dijadikan sebagai suplimen kepada bayi yang mempunyai masalah pembesaran. Sekiranya anda ternampak susu bayi dengan kandungan DHA dan ARA, ketahuilah bahawa ia adalah penemuan oleh saintis NASA.

3. Memory Foam

memory foam

Penggunaan memory foam ini kini diperluaskan untuk penghasilan bantal. Penggunaan memory foam ini didakwa mampu memelihara struktur tukang belakang dan leher manusia. Bahan memory foam ini mulanya diperkenalkan oleh Charles Yoast yang kemudiannya menubuhkan sebuah syarikat untuk mengkomersialkannya.

Hasil ciptaan beliau ini akhirnya diiktiraf oleh pihak NASA dan digunakan untuk menghasilkan kerusi yang lembut untuk kapal angkasa.

4. Satelit TV

satelit televisyen di rumah

Kita patut bersyukur kerana kajian daripada pihak NASA membolehkan kita menikmati siaran televisyen di rumah. Setelah berjaya mencipta banyak satelit pada tahun 50-an dan 60-an, pihak NASA telah mencipta satelit komersil pertama untuk AT&T pada tahun 1962.

Kajian-kajian pada tahun berikutnya berjaya meningkatkan kualiti signal, gambar dan juga jangka hayat satelit ini.

5. Joystick

game joystick

Joystick pada awalnya digunakan oleh tentera laut Amerika Syarikat untuk mengawal kapal terbang. Joystick pada awal kemunculannya terlalu besar dan berat. Selepas membuat kajian lanjut mengenainya, NASA berjaya mencipta teknologi joystick yang jauh lebih kecil dan boleh digunakan dalam kapal angkasa milik mereka.

Teknologi joystick milik NASA ini kemudiannya diperluaskan kepada permainan video. Permainan video pertama yang menggunakan joystick adalah permainan berjudul Missile yang dihasilkan oleh syarikat Mega. Penggunaan joystick dalam permainan video ini membolehkan pemain menggerakkan pandangan ke empat arah, selain butang tambahan digunakan untuk membolehkan pemain melepaskan tembakan.

Kredit: NASA 




Hakcipta iluminasi.com (2017)