sub buzz 15369 1505944221 3

Satu hari nanti, apabila ruangan media sosial dipenuhi dengan wajah-wajah rakan dan kenalan anda yang cantik dengan cahaya yang kelihatan semulajadi, anda perlu berterima kasih kepada pelukis abad ke 17 seperti Vermeer, kerana pengaruh mereka dalam mereka cipta teknologi di sebalik sistem kamera Apple iPhone 8.

"Kami bukan sekadar mengkaji fotografi potret, kami juga kaji lukisan tradisional untuk membantu kami mencipta teknologi lensa potret iPhone 8," kata Phil Schiller, Penolong Presiden Kanan Apple. "Kamera pada iPhone 8 dan iPhone (yang akan dilancarkan) adalah teknologi kamera terbaik setakat ini dan kami cukup berbangga dengan teknologi pencahayaan potret yang ada dalam setiap iPhone 8."

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ulasan-ulasan awal banyak memperkatakan tentang teknologi kamera iPhone 8 yang dikatakan mampu mengubah bagaimana teknologi diaplikasikan pada kamera. Bagaimana teknologi itu dibangunkan?

sub buzz 21440 1505960339 1

Untuk membangunkan teknologi ini, Apple mengambil jalan pendekatan sama yang telah mereka guna pakai selama ini - kaji selidik dan kajian tentang seni sedia ada, sejarahnya, pengunaannya dan Apple mencari jalan bagaimana mahu memperkenalkan hasil kajian mereka dalam bentuk teknologi.

Johnny Manzari, pereka dalam bahagian Interaksi Manusia di Apple memberitahu, untuk mendapatkan hasil yang realistik, mereka banyak menghabiskan masa di dalam studio mengkaji kesan cahaya ke atas wajah seseorang.

Jurutera-jurutera Apple ditugaskan untuk menterjemahkan bagaimana cahaya jatuh pada wajah seseorang dalam bentuk perisian, melalui perkiraan-perkiraan algoritma supaya perisian mereka dapat mereka semula pengiraan bagaimana sesuatu gambar itu akan kelihatan, jika dipancarkan lampu studio pada wajah seseorang - tanpa dia berada dalam studio.

"Falsafah kami ketika mereka cipta kamera iPhone 8, bukan untuk mencipta kamera lebih baik daripada apa yang kami ada, tetapi untuk mencipta sesuatu yang belum ada. Apa yang kami boleh sumbangkan pada dunia fotografi?" ulas Manzari.

sub buzz 13862 1505946371 9

Usaha Apple berhasil kerana ketika masih dalam proses percubaan beta sekalipun, lensa dan perisian 'potrait lighting' Apple memberikan impak yang cukup besar pada wajah seseorang. Paradigma yang dipegang Apple untuk mementingkan kuasa perisian dalam bidang fotografi menampakkan hasil apabila iPhone 8 dipuji oleh ramai jurufoto terkenal dunia, atas kuasa pemprosesan gambar potret yang terhasil.

Satu isu yang timbul adalah perbalahan yang kerap tercetus di antara jurufoto professional yang menggunakan peralatan lengkap dan jurukamera amatur yang hanya menggunakan iPhone 8 dan perisiannya. Ada pihak berpendapat apa yang dilakukan oleh Apple menerusi pemprosesan perisian mereka menjadikan fotografi bukan lagi satu bidang yang memerlukan kemahiran. Semua orang mampu mengambil gambar berkualiti hanya dengan menekan satu butang.

Manzari membalas kritikan itu dengan mengatakan bukan semua jurufoto terkenal dunia mempunyai pendidikan dalam bidang mereka. Bukan semua jurufoto mahu menggunakan alat yang mengukur fokus dan tahap cahaya. Tidak semua mahu melakukannya. Jadi Apple hanya memberikan golongan ini jalan pintas untuk melakukan perkara yang sama dalam masa yang lebih singkat.

ani sub buzz 3442 1506034073 8

Apa yang menakjubkan sebenarnya adalah fungsi 'cahaya potret' dalam iPhone 8 ini tidak mempunyai sebarang fungsi tersembunyi yang perlu dipelajari. Kita masih boleh memilih jenis imej yang mahu dihasilkan sama ada warna, hitam putih dan lain-lain namun perisian yang terkandung dalam setiap iPhone 8 ini tetap akan menghasilkan kualiti gambar setanding dengan gambar yang dirakam di studio.

Jaminan Apple, pengguna tidak perlu risau apa-apa kerana perisian mereka akan menguruskan segalanya.

"Kami di Apple merasakan kaedah terbaik membina kamera adalah dengan mempersoalkan perihal asas tentang fotografi," kata Manzari. "Apabila kita buang semua kesulitan dan kepayahan yang ada apabila seorang pengguna menggunakan kamera, kita sudah buang dinding sebenar yang menghalang orang ramai selama ini - iaitu perlunya pengetahuan tentang teknologi."

Sambung Manzari, "seseorang itu tidak lagi perlu risau tentang keperluan mempelajari sesuatu dengan mendalam - jadi dia akan mempunyai lebih banyak masa untuk cuba mengambil gambar dengan lebih kreatif. Hanya dengan mengambil gambar, kita akan menghasilkan gambar yang berkualiti."

Terjemahan artikel asal How Apple Built An iPhone Camera That Makes Everyone A Professional Photographer




Hakcipta iluminasi.com (2017)