Dalam banyak-banyak sukan, sukan bowlinglah antara sukan yang paling banyak bergantung kepada teknologi moden.
Apabila bola dibaling dan pin dijatuhkan, akan ada mesin robotik yang menyusun semula pin-pin bowling untuk balingan seterusnya. Manakala bola yang telah dibaling pula akan dikembalikan kepada pembaling, tidak lama selepas balingan dibuat.
Jadi persoalannya, bagaimana sukan bowling dimainkan dahulu?
BESARKAN TEKS A- A+
Jawapannya mudah saja. Teknologi penyusun pin yang diguna pakai sekarang ini dinamakan 'pinsetter' diambil daripada individu-individu yang dilantik untuk menjadi seorang 'pinsetter.'
'Pinsetter' pada zaman dahulu selalunya adalah seorang budak lelaki yang akan mengembalikan dan menyusun semula pin ke kedudukan asal selepas setiap kali balingan dibuat. Bukan itu sahaja, dia juga bertanggungjawab untuk mengembalikan bola kepada pembaling selepas balingan.
'Pinsetter' pada zaman dahulu lebih popular dengan nama 'pin boy' selalunya datang daripada golongan remaja lelaki kerana gajinya rendah, kerjanya pula tidak tetap serta melibatkan kerja manual yang cukup leceh yang bukan menjadi pilihan ramai.
Selain itu, pemain-pemain bowling zaman dulu pula gemar bermain pada waktu malam sehingga awal pagi, yang menyebabkan seseorang itu perlu berjaga dan tidak tidur.
Upah pula dibayar mengikut jumlah set yang ditugaskan dengan kadar biasa 5 sen bagi setiap satu permainan. Bukan satu balingan ye. Kerja ini juga ada risikonya. Pin boy perlu pandai mengelakkan pin yang terbang serta bola yang menghala ke arah kita. Ada juga lorong bowling di mana pin boy terlindung daripada pemandangan pembaling, yang memerlukan pin boy cepat mengangkat pin yang jatuh sebelum balingan seterusnya dilakukan.
Tugas pin boy ini mula pupus pada tahun 1936 selepas seorang pencipta bernama Gottfried Schmidt mencipta mesin yang mampu mengutip dan menggantikan pin bowling dengan lebih efisien dan kini, tidak ada seorang pun budak lelaki perlu menyabung nyawa menyusun semula pin selepas dijatuhkan.
Ketika itu, gaji seorang pin boy dapatlah dalam $2 ke $3 untuk seminggu bekerja, setiap hari dari malam hingga ke awal pagi. Lumayan mungkin pada waktu itu untuk seorang kanak-kanak.