Kredit foto: Instagram Baby Shima
Penyanyi Baby Shima 'naik hantu' dengan kewujudan akaun laman sosial palsu yang menggunakan namanya.
Shima memberitahu dia bersedia mengambil tindakan jika kegiatan tidak bertanggungjawab itu berterusan.
"Shima tak pernah mempunyai akaun Facebook Baby Shima Fans Page dan orang yang menguruskan akaun ini menyamar diri sebagai Shima.
"Pihak pengurusan Shima mempunyai bukti, laporan polis akan dibuat kerana ini merupakan satu kesalahan mewujudkan fans pages tanpa kebenaran. Malah, admin mengaku dia sebagai Baby Shima," tulisnya menerusi sebuah kiriman di Instagram.
Kredit foto: Instagram Baby Shima
Sehubungan itu, Shima memohon kerjasama para peminat untuk melaporkan akaun palsu yang juga mengandungi video dan audio miliknya di aplikasi Smule.
Menafikan kesemua akaun palsu itu miliknya, Shima berkata, hanya ada satu akaun Smule sebenar, atas nama 'babyshima'.
"Sila bantu shima laporkan akaun palsu yang menggunakan video dan audio dari akaun original Shima kerana Shima tidak ada akaun Smule lain.
"Shima dah buat laporan mengenai akaun palsu ini dan mohon maaf kepada semua peminat," jelasnya.
Melihat komen-komen pada kiriman berkenaan, rata-rata peminat dari negara seberang kelihatan bersetuju dengan tindakan tegas yang diambil Shima selain mengharapkan individu tidak bertanggungjawab itu akan segera menghentikan perbuatannya.
Malah ada juga peminat yang terpedaya kerana menganggap laman sosial palsu itu benar-benar milik peserta D'Academy Asia Musim Ketiga (DAA3) ini.
"Karena iri dengan kepopuleran Shima membuat orang mencoba memanfaatkannya dengan cara tidak terpuji," tulis pemilik akaun @ajie4684.
"Saya tahu fans page ni Shima, semoga tak ada yang menjadi mangsa penipuan akaun palsu ini. Ayuh kita laporkan bersama," komen @dianrubensteinsYaaa.
Sumber berita: Mstar