Kredit foto: BH Online

Bekas peserta Gegar Vaganza musim pertama, Shima kini mengenakan tudung selepas mengerjakan umrah, hujung bulan lalu.

Beliau yang juga penyanyi popular sekitar 1990-an, menyatakan hasrat untuk menjual serta menghadiahkan kesemua baju seksi yang dikumpul sepanjang zaman kegemilangannya sebagai penyanyi rock.

Katanya, koleksi pakaian terbabit merupakan himpunan sejak beliau menceburkan diri dalam arena seni, khususnya ketika bekerja sebagai penyanyi kelab malam.

"Saya menyanyi sejak usia 19 tahun jadi terlalu banyak baju seksi terutama ketika menyanyi di kelab malam yang masih disimpan.

"Lebih baik saja jual atau hadiahkan kepada teman-teman yang memerlukan," katanya seperti dilaporkan portal Berita Harian.

Antara lagu-lagu berhantu yang mengangkat nama Shima sebagai penyanyi yang memiliki keampuhan suara tersendiri, seperti Apa Ku Rasa, Luka Dilukai, Setelah Aku Kau Miliki dan Aku Tetap Aku.

Pemilik nama penuh Ku Nazhatulshima Kamarazzaman ini mempunyai 9 buah album sepanjang pembabitan dalam dunia muzik.

Menyentuh perkembangan terkini, Shima baru sahaja membuat kemunculan dalam program Memori Indah Bersama Shima Teringin dan Kumpulan Eva Bulan Cinta, berlangsung di Restoran Rebung Datuk Chef Ismail, Kuala Lumpur, dua hari lalu.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)