Kredit foto: Kosmo

Aktor era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi.

Pelakon filem Ali Setan itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun di kediamannya yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam, Petaling Jaya.

Berita pemergian Azmil disahkan oleh adiknya, Aziph Mustapha.

Sebelum pengebumian yang dijadualkan pada hari ini di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah.

azmil mustapha pelakon ali setan meninggal dunia 2

Kredit foto: Mstar

"Kami memohon maaf bagi pihak Allahyarham atas segala kekhilafan, dan mohon doakan kesejahteraan Allahyarham. Mohon hubungi kami sekiranya ada sebarang kesulitan," katanya ringkas.

Sebelum ini, Allahyarham pernah dikejarkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana masalah kesukaran bernafas.

Azmil aktif membintangi filem-filem era 1980-an, antaranya Ali Setan, Mekanik dan Suara Kekasih.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)