Mungkin kita tidak perasan atau tahu bahawa t-shirt grafik bertulisan "Hard Rock Cafe" merupakan baju tee paling ikonik di dunia. T-Shirt ini dijual sebagai cenderamata bagi pengunjung setiap cafe Hard Rock Cafe yang terdapat di seluruh dunia.

Maka tidak hairanlah individu yang sudah melancong ke banyak negara di dunia menjadikan baju tee  ini sebagai barangan cenderahati yang dikumpul dari setiap cawangan Hard Roc Cafe yang pernah dilawati.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi kebanyakan kita yang tidak tahu, harga baju tee  yang bertulisan Hard Rock Cafe ini juga tidaklah murah. Jadi, baju tee ini juga dianggap sesetengah orang sebagai simbol status kekayaan seseorang yang berkemampuan melawat ke banyak tempat di seluruh dunia.

Persoalannya, dari manakah asal-usulnya idea menjadikan baju tee grafik bertulisan "Hard Rock Cafe" ini menjadi begitu ikonik dan barangan yang dikumpul oleh peminat dari seluruh dunia?

Sejarah pembukaan Hard Rock

sejarah hard rock cafe

Kisah Hard Rock Cafe bermula pada tahun 1971 apabila warga Amerika Isaac Tigrett dan Peter Morton berasa kecewa dengan kekurangan pilihan burger yang boleh dinikmati mereka semasa tinggal di London.

Mereka mengambil keputusan sendiri untuk membuka restoran gaya Amerika di kedai pengedar Rolls-Royce lama dengan hanya enam bulan dalam pajakan mereka.Tigrett dan Morton tidak tahu apa-apa tentang reka bentuk grafik tetapi mereka pasti akan satu perkara: Mereka mahu logo mereka mempunyai ideantiti Americana yang boleh dikenali.

Ia adalah idea Tigrett untuk mereka bentuk logo mereka mengikut hiasan hud kereta ikonik Chevrolet. Seorang pereka grafik British Alan Aldridge pada asalnya dirangka Aldridge dalam warna merah, putih dan biru yang menyala; dia kemudiannya menukarnya kepada warna mustard dan karat yang kita tahu sekarang ini.

Pada masa kini, bisnes Hard Rock telah berkembang ke pelbagai cabanng bisnes. Syarikat Hard Rock International kini mengendalikan lebih daripada 250 hotel, kafe dan tempat hiburan di 68 negara di seluruh dunia. 

Ciptaan baju tee secara tidak sengaja

baju tee hard rock

Stefano Pandin, Pengurus Besar Hard Rock Cafe Itali dan Naib Presiden Operasi di Eropah, baju tee klasik dengan logo Hard Rock Cafe merupakan salah satu barangan pakaian terlaris di dunia,

Pandin menjelaskan bahawa logo itu direka pada tahun 1974 - tiga tahun selepas Hard Rock Cafe yang asal berhampiran Hyde Park London mula dibuka. Logo tersebut oleh dicipta dan direka bentuk oleh ilustrator dan pereka grafik British Alan Aldridge.

Walaupun namanya mungkin tidak dikenali, Aldridge merupakan individu di belakang beberapa reka bentuk psychedelic yang paling ikonik pada tahun 1960-an dan 70-an, dengan pelanggan terdiri daripada The Beatles hingga Andy Warhol.

Menurutnya lagi, pemilik sebenarnya hanya menugaskan Aldridge untuk mencipta logo untuk menu kafe itu. Baju tee grafik itu dilahirkan secara tidak sengaja apabila pengasas Peter Morton dan Isaac Tigrett membuatnya untuk kelab bola sepak tempatan yang mereka sokong dan memberikan lebihan baju kepada pelanggan.

Baju tee itu mencipta kejayaan serta-merta – tidak lama kemudian, orang ramai mula muncul hanya untuk membeli baju tersebut dan beberapa cenderamata, jadi pasangan it mewujudkan bahagian baharu perniagaan untuk mengendalikan permintaan ramai dengan kawasan runcit khusus dan daftar tunai di restoran.

Peningkatan populariti

logo hard rock

Apabila empayar Hard Rock berkembang, begitu juga baju tee lagenda Hard Rock ini yang menjadi memori anda berkunjung ke sesuatu cawangan Hard Rock Caffe di seluruh dunia.

Kejayaan T-Shirt Hard Rock Cafe memberi inspirasi kepada restoran di mana-mana sahhaja di seluruh untuk mengambil melakukan penjenamaan mereka dengan serius dan menawarkan pelanggan mereka kemeja-t cenderahati untuk memperingati pengalaman itu.

Hard Rock Cafe telah berkembang sejak baju tee asal ini dicetak pada tahun 1974, menawarkan pelbagai jenis pakaian berjenama, aksesori dan cenderamata lain di lokasi di 75 negara dan dari laman web mereka.

Mereka telah bekerjasama menghasilkan cenderamata dengan jenama atau entiti lain seperti U2 dan KISS, dengan badan amal seperti WhyHunger dan Clara Lionel Foundation, ataupaun dengan jenama pakaian jalanan kecil dari Los Angeles yang dipanggil The Hundreds.

Selepas berpuluh tahun, baju tee Hard Rock Cafe dengan rekabentuk logo asal ini masih bertahan dan boleh didapati di hampir setiap almari dan almari pakaian di seluruh dunia. Malah, setengah daripadanya yang masih dalam keadaan baik masih mempunyai nilai yang tinggi apabila dijual semula.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)