Ada pastinya pernah perasan poster mengenai kempen galakan 10,000 langkah sehari sama ada di hospital, klinik, sekolah dan kawasan orang ramai. Kempen 10,000 langkah sehari ini didakwa kononnnya bagus untuk kesihatan jantung anda.

Menariknya, empen sebegini bukan hanya terdapat di Malaysia sahaja tetapi juga di negara luar. Malah, terdapat banyak aplikasi kesihatan di telefon pintar dan peranti seperti jam pintar turut memuatkan fungsi mengira langkah anda setiap hari sebagai galakan untuk mencapai 10,000 langkah setiap hari?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apakah penjelasan di sebalik galakan 10,000 langkah sehari? Adakah manfaat kesihatan di sebaliknya? Mengapa bukan 5,000 langkah? 6,000 langkah? Malah, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menggunakan nombor yang sama.

Asal-usul galakan 10,000 langkah?

manpo meter

Semuanya dipercayai bermula pada tahu 1965 apabila sebuah syarikat dari Jepun, Yamasa Clock mencipta sebuah pedometer yang dipanggil “Manpo-kei”.

“Manpo-kei” ialah istilah Jepun untuk alat kiraan 10,000 langkah, "Man" bermaksud 10,000, "po" bermaksud langkah dan "kei" bermaksud sistem. Mereka menggunakannya sebagai alat pemasaran yang bijak dan ia menjadi slogan mereka.

Kempen ini dianggapap menarik dan mudah diingati. Produk itu berjaya, dan orang ramai tidak lama kemudian berusaha untuk mencapai matlamat 10,000 langkah mereka setiap hari. Pelbagai individu dan kumpulan profesional kesihatan, syarikat sukan dan juga WHO menyokong trend ini.

Apabila slogan dan galakan 10,000 langkah setiap hari ini semakin popular, saintis cuba menguji dakwaan ini secara saintifik. Apakah hasilnya?

Sains di sebalik 10,000 langkah sehari

senaman harian

Ya, terdapat banyak penyelidikan yang mencadangkan berjalan 10,000 langkah sehari adalah perkara yang bagus untuk dilakukan kerana berjalan 10,000 langkah sehari membakar kira-kira 300-400 kcal, bergantung pada kelajuan dan jenis badan anda dan ini bersamaan kira-kira berjalan kaki selama sembilan puluh minit. 

Selain itu, mengikut garis panduan senaman antarabangsa, disyorkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 30 minit senaman sederhana sehari. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang banyak melakukan senaman ini mempunyai kurang lemak badan dan tekanan darah yang lebih rendah daripada mereka yang kurang bersenam.

Malangnya, tidak semua orang dapat mencapai sasaran harian ini disebabkan oleh gaya hidup kita yang semakin sibuk dan kurang aktif di bandar-bandar. 

Berjalan dianggap sebagai bentuk senaman yang hebat dan terdapat bukti yang semakin meningkat yang menyatakan bahawa berjalan adalah baik untuk kesihatan. Ia mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup seperti diabetes, obesiti dan masalah kardiovaskular, tetapi sebenarnya tidak ada yang istimewa dengan nombor "10,000" ini.

mitos 10000 langkah sehari

Jika dibandingkan dengan berlari, berlari sebenarnya akan membakar lebih banyak kalori - bermakna anda akan membakar sama banyak kalori dalam langkah yang lebih sedikit.

Sama seperti syarikat Jepun Yamasa Clock yang memanfaatkan Sukan Olimpik untuk memasarkan pedometer dan slogan mereka, begitu juga badan kesihatan awam. Badan antarabangsa seperti WHO menggunakan matlamat 10,000 langkah/hari ini untuk meningkatkan minat orang awam bersenam dengan cara paling mudah.

Mereka menggunakan penyelidikan saintifik yang menyokong faedah berjalan dan bersenam untuk mempromosikan matlamat 10,000 langkah/hari. Penyelidikan mendapati bahawa menggunakan matlamat berasaskan langkah ini lebih menarik perhatian orang ramai daripada menyuruh mereka berjalan 30 minit setiap hari.

Orang ramai juga kemudiannya lebih bermotivasi untuk membeli alat pengukur langkah dan mengukur laluan mereka kepada 10,000 langkah.Tetapi sekali lagi, tiada bukti konkrit yang menunjukkan bahawa memenuhi 10,000 langkah sehari adalah matlamat utama.

Seberapa banyak langkahkah yang kita patut berjalan?

jam pintar kesihatan 116

Mungkin anda tertanya-tanya, seberapa banyakkah langkah yang sepatutnya kita berjalan untuk membakar kalori setiap hari? Jawapannya, jumlah langkah tidak penting tetap tahap tahap intensitiny yang perlu diberikan lebih perhatian.

Bandingkan dua kanak-kanak yang perlu berjalan 10,000 langkah untuk sampai ke sekolah masing-masing dan pulang ke rumah. Seorang daripadanya perlu berjalan di atas jalan yang lurus dan seorang lagi perlu berjalan mendaki bukit. Semasa pergi ke sekolah, kanak-kanak yang pergi ke sekolah di atas bukit akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk berjalan ke atas berbanding seorang lagi.

Mereka berdua berjalan 5000 langkah, tetapi seseorang memerlukan lebih banyak tenaga daripada yang lain. Semasa pulang ke rumah, kanak-kanak berjalan menuruni bukit akan mempunyai masa yang lebih mudah berbanding seorang lagi. Kini, kedua-duanya merekodkan 10,000 langkah, tetapi tenaga yang mereka habiskan akan berbeza.

Penyelidikan yang dilakukan telah menunjukkan bahawa orang yang menyelesaikan kurang daripada 5,000 langkah/hari berisiko lebih besar untuk mengalami masalah kesihatan. Sains menyokong berjalan kaki setiap hari, walaupun angka 10,000 boleh dibahaskan. Ingat jumlah kalori yang dibakar lebih penting daripada jumlah langkah anda!

Kredit:

  1. Science Direct
  2. Inverse
  3. The Conversation
  4. Inc.



Hakcipta iluminasi.com (2017)