Pertunjukan yang dilakukan oleh seseorang ahli silap mata sentiasa menghiburkan, tidak kira bagi seorang kanak-kanak mahupun orang dewasa. Apabila sudah dewasa kita mulai faham bahawa segala pertunjukan itu bukanlah magis sebaliknya hanyalah sekadar helah yang dibuat (dengan teknik tertentu) untuk menipu mata kita.

Satu ungkapan yang biasa kita dengar diungkapkan oleh seorang ahli silap mata adalah "abracadabra"? Apakah maksud perkataan ini? Adakah ianya mempunyai signifikasi tertentu bagi seorang ahli silap mata?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perkataan ini sangat terkenal sejak dahulu lagi sehingga banyak orang abad pertengahan yang sakit akan bergantung pada pemakaian tangkal azimat berbentuk segitiga terbalik denngan perkataan "abracadabra" terukir di atasnya. Adakah perkataan ini benar-benar mempunyai kuasa magis?

Setiap baris yang menuju ke bucu bawah segitiga akan kehilangan huruf akhir kata, sehingga akhirnya berakhir hanya dengan huruf "a" di bahagian bawah. Mengikut kisah-kisah lagenda orang dahulu, dengan pemakaian tangkal azimat ini orang yang sakit menjadi sedikit lebih sihat setiap kali perkataan ini dibacakan dengan kuat.

Jadi dari manakah asal-usul perkataan ini? Ternyata, terdapat beberapa teori mengenai asal -usulnya.

Kepelbagaian teori asal-usul

abracadabra

Terdapat beberapa teori dari mana asal usulnya. Pertama, perkataan ini mungkin berasal dari perkataan yang mempunyai perkaitan dengan perkara magis iaitu “abraxas” yang hurufnya, dalam numerologi Yunani, jika ditambah berjumlah 365 yakni jumlah hari dalam setahun.

Mungkin golongan bijaksan dahulu menganggap ini adalah perkataan yang "kuat" dan entah bagaimana menciptakan "abracadabra" darinya dan mengubahnya menjadi "ubat" melalui tangkal azimat.

Selain itu juga, perkataan ini mungkin berasal dari kata Ibrani untuk "ayah, anak dan roh kudus" - "ab, ben, dan ruach hakodesh" ataupun ia mungkin berasal dari frasa Aramaic "avra kadavra". Sayangnya, tidak ada bukti penulisan yang ditemui untuk menyokong teori ini.

Peminat Harry Potter pula mungkin tahu bahawa perkataan "avra kadavra" inilah yang digunakan JK Rowling dalam bukunya. Dalam sebuah temu bual, beliau  menyatakan bahawa frasa aslinya bermaksud "membiarkan perkara itu musnah" yang diadaptasi daripada frasa Aramaic.

Azimat mengubati penyakit

tangkal azimat 108

Asal-usul sebenar perkataan ini sering diperdebatkan, tetapi salah satu catatan tertua yang kita miliki tentang perkataan "Abracadabra" yang digunakan adalah ungkapan daripada Serenus Sammonicus pada abad ke-2 Masihi dalam buku Liber Medicinalisnya (kadangkala dikenali sebagai De Medicina Praecepta Saluberrima)

Serenus Sammonicus merupakan tabib kepada maharaja Rom, Caracalla, yang dalam bab 51 menetapkan agar penderita malaria memakai tangkal azimat yang mempunyai tulisan "abracadabra" yang ditulis dalam bentuk segitiga. Tidak mungkin Sammonicus mengeluarkan perkataan itu sendiri memandangkan perkataan ini telah digunakan sebelum itu.

Kekuatan tangkal azimat ini menurutnya, boleh menyebabkan penyakit berbahaya sembuh. Maharaja Rom yang lain termasuk Geta dan Severus Alexander adalah pengikut ajaran perubatan Serenus Sammonicus dan mungkin juga menggunakan mantra dan azimat ini.

Perkataan ini juga pernah digunakan sebagai formula ajaib oleh kumpulan Gnostik dari sekte Basilides dalam meminta bantuan roh yang untuk melawan penyakit dan musibah. Ia dijumpai pada batu Abraxas, yang dipakai sebagai tangkal. Selepas itu, penggunaannya merebak di luar kumpulan pengikut Gnostik.

Kepupusan kepercayaan azimat "Abracadabra" 

sejarah abracadabra

Namun apa yang peliknya seperti sekarang ini, masih wujud orang memakai tangkal azimat dengan  perkataan "abracadabra" seperti yang diperkenalkan oleh Sammonicus. Ia dianggap dapat menyembuhkan penyakit, demam dan masalah lain dengan "menyedutnya" dari orang itu dan mengeluarkannya melalui huruf "A" di bawah.

Jelas sekali tangkal ini tidak lebih daripada kesan plasebo pada pengguna, tetapi selepas zaman tersebut masih terdapat lagi segelintir orang yang menggunakannya. Abracadabra masih digunakan sebagai "penawar" hingga abad ke-18, seperti yang dinyatakan dalam buku tahun 1722 oleh Daniel Defoe yang berjudul Journal of Plague Year.

Akhirnya, orang ramai mula meninggalkan kepercayaan takhayul terhadap "abracadabra" dan menjelang abad ke-19 amalan menggantungkan tangkal azimat abracadabra di leher untuk menyembuhkan penyakit telah hilang. Pada ketika ini, perkataan ini mulai membawa makna "sihir palsu" yang kita ketahui hari ini dan sering digunakan oleh ahli silap mata ketika melakukan sebarang pertunjukan. 

Kredit:

  1. Reader's Digest
  2. Wikipedia
  3. Phrase Finder
  4. Ancient Origins



Hakcipta iluminasi.com (2017)