Oleh pada 09 Aug 2017 kategori

dah lama aku diam mari sini aku nak cakap suami anzalna nasir pula naik angin 1

Kredit foto: ohdunia.my & beautifulnara.com

Ketika kontroversi perkahwinan Aliff Aziz hangat diperkatakan, rata-rata netizen menjadikan isu temujanji di pusat karaoke sebagai bahan jenaka di media sosial.

Usikan itu telah menjadi tular sehingga ke akaun peribadi Instagram suami Anzalna Nasir, Hanif Zaki.

Barangkali ia hanyalah gurauan biasa sesama teman tetapi bila melibatkan pihak yang berkait dengan isu tersebut pastinya akan menyentuh sensitiviti mereka. Justeru kalau nak bergurau tu diharapkan bertempatlah atau tidak pasal anda akan jadi mangsa hamburan balik.

Ini yang berlaku kepada Hanif di laman Instagramnya. Kisah bermula apabila ada pengikut wanitanya yang memuji ketampanan beliau, lalu secara berseloroh mengajak Hanif untuk bertemujanji di pusat karaoke.

Lantas, Hanif menjawab dengan nada tulisan yang berang.

Dah lama aku diam. Mari aku nak cakap sikit. @lailatulhayachi @syfqhnzh tak payahlah nak kecoh ajak aku karaoke ke apa. Eh patutnya lelaki yang ajak perempuan karaoke, kan? Lagi-lagi penyanyi. Tapi aku tak reti nak menyanyilah. Nak pegang anak dara orang lagi tak reti.  

dah lama aku diam mari sini aku nak cakap suami anzalna nasir pula naik angin 2

Kredit foto: Beritamemey & Instagram Hanif Zaki

Barangkali ia hanyalah usikan nakal di kalangan peminat wanita. Apapun, cukuplah adik ipar Hanif saja yang menggegarkan negara gara-gara temujanji karaokenya. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)