Oleh pada 27 May 2020 kategori

Satu ujian telah dijalankan untuk mengetahui sama ada individu telah dijangkiti coronavirus pada masa lalu telah diluluskan oleh pegawai kesihatan di England. Public Health England mengatakan ujian antibodi yang dijalankan oleh syarikat farmasi Swiss Roche, adalah satu “perkembangan yang sangat positif".

antobodi test covid siap dalam masa 2 jam sahaja

Ujian darah yang dilakukan adalah untuk mencari antibodi bagi melihat adakah seseorang sudah mempunyai virus dan berkemungkinan mempunyai imuniti setelah dijangkiti. Walaupun begitu, sehingga kini, pegawai kesihatan yang bertanggungjawab mengatakan bahawa ujian seperti itu masih belum boleh dipercayai sepenuhnya.

Kerajaan England sebelum ini dilaporkan membelanjakan 16 juta pound membeli ujian antibodi yang kemudian terbukti tidak berkesan. Sumber memberitahu BBC bahawa ujian yang dilakukan Roche adalah ujian pertama yang menampakkan potensi yang serius.

Antibodi

Antibodi terhasil oleh sistem imunisasi kita ketika melawan jangkitan. Mencari antibodi yang menyerang coronavirus menunjukkan bahawa seseorang itu telah dijangkiti pada masa lalu, tetapi ia tidak membuktikan bahawa individu yang pernah dijangkiti terlindung terhadap coronavirus di masa depan.

Pakar di kemudahan Porton Down milik kerajaan England menilai ujian Roche minggu lalu, kata Public Health England. Roche mendapati bahawa jika seseorang telah dijangkiti oleh coronavirus, ia memberikan keputusan yang tepat 100% sepanjang masa. Sekiranya seseorang belum pernah dijangkiti coronavirus, maka ia memberikan keputusan yang tepat lebih dari 99.8% pada setiap masa. Ini bermakna, kurang dari dua daripada 1,000 orang yang sihat akan memperolehi keputusan yang kurang tepat bahawa mereka sebelumnya telah dijangkiti coronavirus.

check darah ujian darah antibodi

Menteri Kesihatan England, Edward Argar mengatakan bahawa ujian tersebut akan digunakan terutama pada individu yang terlibat dengan National Health Service UK dan penjagaan sosial. Walaubagaimanapun, Argar tidak dapat memberikan tarikh ujian tersebut dapat dimulakan.

sidang media tentang antibodi test

Prof John Newton, penyelaras nasional Program Pengujian Coronavirus UK, mengatakan: "Ini adalah perkembangan yang sangat positif kerana ujian antibodi yang sangat spesifik ini merupakan penanda jangkitan masa lalu. Ini sejurusnya dapat memberikan indikasi imunisasi terhadap jangkitan virus ini pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, sejauh mana kehadiran antibodi menunjukkan imunisasi individu tersebut masih belum jelas."

Roche dikatakan sedang dalam perbincangan dengan Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial tentang kemungkinan penggunaan ujian ini oleh NHS di England, walaupun produk ujian kit lain juga sedang dinilai keberkesanannya. Manakala, pegawai kesihatan di Scotland, Wales dan Ireland Utara kebiasaannya membuat keputusan sendiri, tetapi berkemungkinan besar akan mengikuti jejak langkah England jika England menggunakan ujian ini.

Kegunaan Utama Ujian Antibodi

Ujian ini sudah mendapat kelulusan dari pengawal selia perubatan di EU dan Amerika Syarikat. Kegunaan utama ujian antibodi ini adalah untuk mengetahui bilangan penduduk yang telah dijangkiti. Angka rasmi yang dikeluarkan hanyalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan kerana tidak semua penduduk diuji dan terdapat beberapa individu yang dijangkiti tidak mengalami gejala.

Ujian antibodi ini dapat membantu mencari jawapan sejauh mana dan seberapa mudah virus ini tersebar dan yang paling penting betapa bahaya virus ini memberi kesan kepada seseorang individu. Selain itu, ianya dapat membantu menghentikan sekatan perjalanan dan ekonomi di mana ia sangat kontroversi di beberapa buah negara.

Idea ujian ini dijalankan adalah kerana jika individu mempunyai antibodi terhadap virus ini, maka individu tersebut boleh kembali bekerja dan menjalankan kehidupan seharian tanpa perlu dikuarantin. Ianya sangat berguna di hospital dan rumah jagaan yang dipenuhi dengan orang-orang yang berpotensi tinggi dijangkiti, jika terjamin kakitangan hospital dan rumah jagaan imun terhadap jangkitan tersebut.

wabak covid 19 bo944

Walaubagaimanapun, jika individu tersebut mempunyai antibodi ini, bukanlah secara automatik individu tersebut tidak boleh jatuh sakit atau menghidap virus tersebut dan menyebarkannya kepada orang lain. Para saintis World Health Organisation (WHO) menyarankan agar tidak menggunakan "pasport imuniti" ini kerana kekurangan bukti kukuh sejauh mana jangkitan virus ini terhadap diri sendiri mahupun org lain.

Ujian swab yang sedang dijalankan di UK menentukan sama ada individu tersebut mempunyai virus pada masa ujian. Ujian swab, jejak dan kesan akan tetap menjadi keutamaan dari ujian-ujian yang dijalankan kerajaan untuk mencegah penyebaran virus. 428 kematian baru akibat koronavirus telah direkodkan di seluruh UK, menjadikan jumlah kematian bagi individu-individu yang telah diuji positif virus itu adalah 33,614 orang.

Sir John Bell, profesor perubatan regius di Universiti Oxford, menggambarkan ujian Roche sebagai “langkah ke hadapan”. Walaubagaimanapun ianya dapat menentukan adakah individu tersebut pernah dijangkiti jangkitan tersebut, itu tidak dapat menentukan individu tersebut akan dilindungi dari virus tersebut pada masa depan, katanya. "Kami masih belum memahami apa sebenarnya hasil positif daripada ujian tersebut,” katanya kepada program BBC Radio 4's Today.

doktor yang menemui teknik ujian antibodi ini

Perbezaan di antara Ujian Swab dan Ujian Antibodi

perbandingan ujian swab air liur hingus dengan darah antibodi covid 19

'Sijil kesihatan'

Jurucakap rasmi Perdana Menteri UK berkata: "Kami telah berbincang tentangnya, di mana berkemungkinan pada masa hadapan terdapat beberapa jenis sijil kesihatan yang berkaitan akan dikeluarkan bagi menentukan adakah individu terbabit mempunyai antibodi atau tidak.” Walaubagaimanapun, jurucakap itu menekankan bahawa lebih banyak maklumat diperlukan tentang imunisasi dan coronavirus "untuk lebih memahami potensi ujian yang dijalankan".

World Health Organisation sebelumnya telah memberi amaran kepada kerajaan setiap negara untuk tidak mengeluarkan "pasport imuniti" atau "sijil bebas risiko" sebagai cara untuk melonggarkan sekatan pergerakan.

passport melancong

Minggu lalu, Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock mengatakan UK sedang berunding dengan Roche tentang "pelancaran skala besar" ujian antibodi coronavirus. Walaubagaimanapun, Hancock mengakui terdapat "harapan palsu sebelumnya" dan Hancock hanya akan membuat pengumuman ketika kerajaan "benar-benar bersedia".

Wartawan BBC Reality Check, Chris Morris mengatakan, negara-negara Eropah yang lain sudah menjalankan program ujian antibodi terhad. Di Jerman, 61,299 ujian antibodi dilakukan minggu lalu, menurut Persatuan Makmal Terakreditasi Perubatan (ALM). Manakala, di Sepanyol, Kementerian Kesihatan mengatakan pada hari Rabu bahawa hasil awal satu kajian yang dijalankan, berdasarkan lebih dari 60,000 ujian antibodi yang dijalankan di seluruh negara, sekitar 5% populasi telah dijangkiti oleh coronavirus setakat ini.

Credit

Covid Antibody Test



Hakcipta iluminasi.com (2017)