Oleh pada 15 Feb 2018 kategori

Sumber foto: JOHOR Southern Tigers

Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak menghadapi masalah malam tadi menerusi perlawanan pertama kempen Piala AFC musim ini dalam kumpulan H dengan menewaskan Persija Jakarta, 3-0. 

Pertarungan yang diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru itu melihat Hazwan Bakri, Jorge Pereyra Diaz dan Safawi Rasid menghasilkan jaringan buat JDT.

Skuad Harimau Selatan menguasai perlawanan sejak permulaan dengan asakan demi asakan sehingga berjaya meraih gol sulung pada minit ke-29.

Hazwan berjaya mengalahkan penjaga gol Persija Jakarta, Andritany Ardhiyasa setelah  memperoleh bola hantaran Azrif Nasrulhaq.

Pemain import JDT, Jorge Pereyra Diaz kemudian melebarkan jaringan tuan rumah menjadi 2-0 pada minit ke-41 menerusi gerakan solo menarik.

Biarpun pasukan pelawat berkesempatan memburu gol pada minit ke-70 menerusi penyerang, Bambang Pamungkas, tetapi ia tidak berjaya dilakukan dengan sebaik-baiknya.

Jaringan ketiga JDT muncul pada minit ke-76 dimana rembatan kencang pemain Safawi yang dibawa masuk menggantikan Hazwan, berjaya menerjah gawang pelawat setelah memperoleh hantaran Diaz. 

Sumber berita: Sinar Harian & Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)