Adakah anda tahu bahawa binatang peliharaan boleh meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan emosi seseorang? Sekiranya anda seorang jejaka atau gadis yang single dan sering berasa kesunyian tanpa teman, anda boleh mengelakkan simptom-simptom kemurungan dengan membela haiwan peliharaan.
Kami kongsikan 7 cara haiwan peliharaan dapat mengubah hidup anda:
BESARKAN TEKS A- A+
#1 Mengelakkan anda jadi pemalas
Tidak ada perkara lain yang boleh membuatkan anda bergerak lebih pantas daripada melihat binatang peliharaan anda nak 'melepas' di kawasan tidak sepatutnya. Pasti anda lari berdesup untuk mengelakkan ia membuang air di situ.
Selain itu, terdapat satu kajian mendapati memiliki haiwan peliharaan sentiasa membuatkan tubuh anda bergerak. Menurut penyelidik dari University of Liverpool, wanita hamil yang membela anjing berkemungkinan lebih aktif berbanding mereka yang tiada. Hal ini demikian kerana mereka perlu membawa anjing berjalan-jalan sekaligus menjadi satu senaman ringkas berintensiti rendah buat mereka.
#2 Mengelakkan anda jadi penunggu gua
Ramai orang yang gemar bertapa di rumah sambil menonton TV atau membuat maraton drama Korea selama 24 jam. Artikel yang disiarkan oleh Univerity of Harvard ini menyatakan sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, anda akan lebih kerap keluar untuk membawa haiwan itu berjalan-jalan, berinteraksi bersama orang lain berkenaan haiwan peliharaan masing-masing dan selalu berkunjung ke klinik untuk berjumpa doktor haiwan.
Kalau anda lebih gigih, mungkin anda akan groom haiwan peliharaan anda untuk mengambil bahagian dalam pertandingan atau pameran seperti Kucing Comel, Haiwan Paling Eksotik dan sebagainya. Mana tahu, anda dapat jumpa jodoh till jannah di situ?
#3 Buat anda tergelak sendiri
Ada haiwan peliharaan comel-comel ni pengalamannya lebih kurang macam ada anak kecil - kita selalu terhibur dengan keletah dan gelagat mereka. Walaupun mereka melakukan aksi yang boleh membakar darah, namun anda pasti tertawa kecil apabila mengingatinya semula.
Kadang-kadang, bila anda bercerita dengan rakan sekerja ataupun ahli keluarga lain, mereka tak akan faham perasaan anda. Tapi ketahuilah bahawa membela haiwan sebenarnya boleh memberikan kebahagiaan dalam hidup anda yang penuh dengan pancaroba. Anda pun takkan terlalu stres akibat tekanan kerja.
#4 Hormon kegembiraan
Apabila anda mengusap dan membelai binatang peliharaan kesayangan, tubuh anda akan mengeluarkan oxytocin iaitu sejenis hormon yang berkaitan dengan perhubungan emosi yang boleh mengurangkan stress.
Apa yang lebih menarik adalah, sekumpulan saintis telah membuat kajian dan mendapati haiwan peliharaan juga sebenarnya menghasilkan oxytocin juga pada masa yang sama. Ini akan memupuk rasa tenang, melepaskan tekanan dan lebih mengeratkan hubungan.
#5 Mengatasi kesunyian
Haiwan peliharaan memberikan sebuah hubungan persahabatan dengan manusia. Ini bermakna, mereka boleh membantu sesiapa yang sering berasa kesunyian dengan menjadi teman.
Menurut Prof. Allen R. McConnell dari Miami University, individu yang memelihara haiwan akan kurang berasa sunyi kerana haiwan akan memberikan sokongan sosial kepada mereka. Bila dah ada haiwan kesayangan, nak pergi mana-mana atau buat apa-apa pun mesti akan teringat padanya.
#6 Panjang usia (insya Allah)
Satu kajian dibuat ke atas pesakit-pesakit yang baru dilepaskan dari Unit Rawatan Koronari (CCU) di mana penyelidik mendapati mereka yang mempunyai haiwan peneman yang menanti di rumah mempunyai kadar survival yang lebih tinggi daripada mereka yang pulang ke rumah sunyi. Keselesaan psikologi yang diberikan oleh binatang kesayangan inilah berkait rapat dengan usia yang lebih panjang.
#7 Buat anda sayangi diri sendiri
Haiwan kesayangan boleh menyemai rasa harga diri dalam setiap pemilik dan boleh membantu mereka yang mengalami kemurungan. Haiwan bukanlah judgmental sebagaimana seorang manusia. Mereka tidak akan pernah menilai pemiliknya dari segi rupa, personaliti atau harta. Cinta mereka adalah tanpa syarat dan kekal selagi pemilik masih menyayangi mereka seadanya.