Oleh pada 09 Sep 2018 kategori

Membela haiwan peliharaan merupakan satu pengalaman yang mampu membawa bermacam jenis kenangan. Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, kewujudan mereka dalam rumah ataupun keluarga merupakan sesuatu yang sangat bernilai kerana mampu mendidik kita secara tidak rasmi, serta melatih diri kita mendisiplinkan diri menjaga hidupan lain.

Kanak-kanak yang berinteraksi dengan haiwan peliharaan juga mampu membentuk tingkah laku serta tabiat yang baik, ekoran keperluan penjagaan haiwan peliharaan. Tahukah anda berapakah purata usia haiwan peliharaan yang kerap menjadi kesayangan kita semua?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah senarai purata usia haiwan peliharaan yang kerap menjadi pilihan rakyat Malaysia.

1. Tikus

usia haiwan peliharaan jangka hayat

Bagi ibu bapa yang mahu mendidik anak tentang penjagaan haiwan, tikus adalah haiwan terbaik untuk kanak-kanak belajar sebagai permulaan. Penjagaannya mudah, makanannya juga tidak memerlukan belanja besar dan ruang yang diperlukan juga tidak besar. Tikus adalah haiwan yang bersifat sosial, jadi lebih baik sediakan teman untuknya bermain. Jangka hayat tikus kebiasaannya di antara satu ke tiga tahun, dengan sesetengah tikus mampu mencapai lebih lima tahun.

2. Tikus belanda

tikus usia haiwan peliharaan

Berbeza dengan tikus biasa, tikus belanda atau 'hamster' juga mempunyai tahap penjagaan yang mudah. Walau demikian bergantung kepada spesisnya, tikus belanda mempunyai jangka hayat lebih pendek berbanding tikus biasa dengan anggaran dua ke tiga tahun usianya dengan penjagaan yang baik. Harus diingatkan tikus belanda adalah haiwan nokturnal, jadi gangguan waktu tidurnya akan menyebabkannya kurang selesa.

3. Bengkarung

chameleon usia haiwan peliharaan

Bengkarung atau 'chameleon' merupakan salah satu haiwan yang cukup popular di kalangan peminatnya, berikutan rupanya yang unik. Namun chameleon adalah sejenis haiwan yang sensitif serta memerlukan penjagaan yang rapi serta memerlukan persekitaran yang tertentu. Berikutan tahap sensitiviti yang agak tinggi, anggaran usia bengkarung tidak panjang dengan 2 ke 3 tahun dianggap normal. Bengkarung jantan pula mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding bengkarung betina, menjadikannya lebih popular.

4. Arnab

arnab usia haiwan peliharaan

Arnab senang dijaga tetapi sifatnya sensitif serta mudah terganggu. Walaupun begitu, bagi individu yang memilih untuk membela arnab kerana kecomelannya, pastikan anda tahu arnab merupakan antara haiwan peliharaan yang panjang umurnya dengan anggaran 8 ke 12 tahun purata. Jadi pastikan tahap komitmen anda berada di tahap sepatutnya sebelum membela arnab.

5. Burung

burung kakak tua usia haiwan peliharaan

Terlalu banyak spesis burung sebagai haiwan peliharaan yang ada, jadi jangka hayat burung sebagai haiwan peliharaan berbeza-beza. Secara puratanya burung dianggap sebagai haiwan peliharaan yang panjang umurnya, dengan anggaran 10 tahun ke atas adalah kebiasaan. Bagi sesetengah spesis seperti burung kakak tua pula, dianggarkan mampu hidup melebihi 30 ke 50 tahun.

6. Kucing

kucing usia haiwan peliharaan

Haiwan comel dan gebu ini terkenal dengan sifat degil dan manja yang tidak menentu. Tidak mendengar arahan, suka buat hal sendiri namun mampu membuatkan pemiliknya riang, kucing yang tinggal di dalam rumah mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding kucing yang hidup di luar kerana perlindungan yang diperolehinya. Purata jangka hayat kucing adalah sekitar 10 ke 15 tahun dengan penjagaan baik, dengan sesetengah kucing mampu mencapai usia 20 tahun.

7. Anjing

anjing usia haiwan peliharaan

Setia dengan tuannya serta mampu menurut arahan dengan baik sekiranya dilatih, anjing mampu melakukan tugasan yang diberikan jauh berbeza dengan kucing. Mempunyai banyak spesis berbeza, secara puratanya spesis anjing bersaiz kecil mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding spesis anjing yang besar-besar. Spesis kecil dikatakan mampu hidup selama berbelas tahun lamanya. Kebiasaannya, anjing mampu hidup di antara 6 ke 15 tahun.

8. Kura-kura

tortoise kura kura usia haiwan peliharaan

Kura-kura merupakan haiwan peliharaan paling sesuai bagi mereka yang tak mampu memberikan banyak perhatian, makanannya juga senang disediakan hanya sayur dan daun. Berikutan cara hidupnya yang perlahan serta kadar metabolisme yang rendah ditambah dengan proses hibernasi bagi sesetengah spesis, kura-kura mampu hidup lama dengan angka 50 tahun bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Jadi pastikan anda turut sama melatih anak anda bagaimana untuk menjaga kura-kura.




Hakcipta iluminasi.com (2017)