corak dan tempoh tidur manusia tidak banyak berbeza di antara satu sama lain

Tidur adalah salah satu aktiviti harian yang boleh dikatakan paling penting dalam menjana kembali tenaga yang digunakan dalam kehidupan seharian. Bagi manusia, kita mempunyai tabiat dan corak tidur yang tidak begitu berbeza di antara sesama yang lain.

Apa yang membezakan hanyalah tempoh dan waktu kita tidur sahaja. Namun, ia amat berbeza bagi haiwan kerana setiap spesis haiwan itu mempunyai tabiat dan rutin tidur yang tersangat berbeza dan unik.

iluminasi.com ingin kongsikan 8 haiwan yang mempunyai tabiat tidur yang pelik dan unik

1. Paus Sperma

paus sperma 8 haiwan dengan tabiat tidur yang pelik dan unik

Mampu mencapai saiz sehingga 20.5 meter panjang, ikan paus sperma adalah ikan paus bergigi terbesar dan pemangsa bergigi terbesar di dunia. Bunyinya agak menakutkaan namun walau apapun spesis haiwan ini masih perlu tidur sekejap dan apabila ia melakukannya, ia dilakukan dengan begitu pelik dan menakjubkan.

Paus sperma tidur dengan cara "berdiri" di mana ekornya menghala ke bawah dan kepala ke atas. Ya, ikan paus yang mampu menyelam di kedalaman kedua terdalam di dunia ini akan akan naik ke permukaan air apabila sampai waktu tidur dan terapung-apung.

Ia mengambil masa kira-kira 15 minit untuk tidur, yang mana ketika ini paus sperma ini langsung tidak bergerak malah tidak bernafas. Menarik kan?

2. Zirafah

zirafah 8 haiwan dengan tabiat tidur yang pelik dan unik

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa zirafah mampu meneruskan hidup mereka dengan hanya tidur selama 20 hingga 30 minit sehari.

Namun, ia tidak cukup menakjubkan. Apa yang lebih menarik adalah haiwan ini mendapat tempoh tidur itu dengan tidur beberapa kali dalam sehari, dan setiap sesi kurang daripada 5 minit!

Cara ini sangat menarik memandangkan ia boleh tidur sambil tidak terpisah daripada kawanannya. Sudah tentu wujudnya ketakutan terhadap kematian dan jika zirafah tidur terlalu lama, ia akan berisiko tinggi diserang oleh singa atau pemangsa lain.

3. Meerkats

meerkats 8 haiwan dengan tabiat tidur yang pelik dan unik

Meerkats adalah sejenis karnivor kecil daripada keluarga memerang dan jika diadakan "kejohanan berpeluk" di antara haiwan-haiwan di dunia, ia akan menang dengan begitu mudah. 

Haiwan ini akan berkumpul dalam jumlah 40 ekor dan bersama-sama mengorek lubang membina lubang komunal yang berfungsi sebagai bilik tidur. Sebaik saja ia masuk ke dalam lubang ini, meerkats akan saling berpelukan dalam satu longgokan untuk mengekalkan kepanasan badan bagi melindungi "ketua-ketua" yang berada di bawah longgokan tersebut.

4. Beruang

beruang 8 haiwan dengan tabiat tidur yang pelik dan unik

Beruang adalah makhluk yang sagnat terkenal dengan kebolehan hibernasi, namun tahukah anda apa maksud hibernasi. Ia tak semudah yang ditayangkan di dalam dokumentari.

Apabila beruang berhibernasi, ia dilakukan untuk mengelakkan daripada kelaparan ketika musim sejuk di mana terlalu sedikit atau tiada langsung sumber makanan.

Mekanisma hibernasi ini adalah sangat rumit, yang mana kadar degupan jantung, pernafasan dan metabolisma, semuanya menjadi rendah untuk membantu menjimatkan tenaga.

Ketika proses hibernasi, beruang hidup bergantung kepada lemak-lemak yang disimpan sebelum bermulanya musim hibernasi. Haiwan ini boleh kehilangan suku daripada berat badannya disebabkan hibernasi.

Sesetengah beruang boleh tidur sehingga 100 hari tanpa makan atau membuang najis. Beruang mempunyai sistem yang mampu mengitar semula sisa-sisa dan mengekalkan otot-otot daripada merosot.

5. Katak

katak 8 haiwan dengan tabiat tidur yang pelik dan unik

Kadang-kadang, katak merupakan haiwan yang agak misteri. Ke mana haiwan ini pergi ketika musim sejuk? Rupa-rupanya katak juga boleh tidur sepanjang musim sejuk, namun dilakukan dengan cara yang sangat berbeza dengan beruang.

Ketika berhibernasi, jantung katak berhenti sepenuhnya dan ia tidak bernafas. Jika ia dilakukan oleh manusia, kita tentu sudah mati namun bagi katak, kepekatan glukosa yang terdapat dalam organ-organ haiwan ini menghalang katak daripada beku.

Ini bermakna, sebaik sahaja katak-katak "cair", ia sedia untuk kembali melompat.

6. Burungh Albatross

albatross 8 haiwan dengan tabiat tidur yang pelik dan unik

Pasti ramai di antara berharap diberikan masa untuk tidur seketika semasa bekerja di pejabat kan? Namun, burung albatross mempunyai tabiat tidur yang boleh mengatasi masalah ini. 

Disebabkan gaya hidup memburu haiwan ini yang menjadikannya sangat sibuk, albatross telah menemukan cara paling efisyen dengan menggabungkan aktiviti tidur dengan mencari makanan.

Ya, ia bermakna albatross sebenarnya boleh tidur ketika terbang. Burung ini mempunyai lebar sayap yang luar biasa, yang mampu dibuka sehingga 3.6 meter panjang. Ia menggunakan sayap gergasi ini untuk kekal terapung di awangan sambil tidur.

Ini sekaligus menjimatkan tenaga haiwan ini dengan tidak perlu lagi berhenti terbang semata-mata hanya untuk tidur.

7. Walrus

walrus 8 haiwan dengan tabiat tidur yang pelik dan unik

Walrus pada dasarnya adalah sejenis mahlum yang langsung tidak pedulikan apa-apa dalam kehidupannya. Jika ia ingin tidur, maka ia akan tidur, dan ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Malah, walrus juga boleh tidur di dalam air seperti ikan. Ia mampu menahan nafas selama 5 minit sambil tidur seketika walaupun ketika sedang berenang. Walrus kemudiannya menyambung tidurnya di pantai, yang mana boleh berlangsung sehingga 19 jam.

8. Kucing

kucing 8 haiwan dengan tabiat tidur yang pelik dan unik 610

Kucing mendapat reputasi buruk disebabkan oleh tabiat kerap tidur. Namun, anda perlu biarkan haiwan ini melakukan rutinnya kerana kucing memerlukan rehat yang baik.

Walaupun anda beranggapan bahawa kucing anda adalah haiwan peliharaan, namun kucing pada asalnya hidup di alam liar di mana ia memburu dan mengejar mangsa.

Kucing peliharaan masih mengekalkan tingkah laku yang serupa melalui cara ia bermain, seperti mereka mengejar apa yang dilontarkan kerana ia adalah cara kucing berkembang.

Maafkanlah jika kucing anda kerap tidur, dan ia tidur sehingga hampir 20 jam sehari. Disebabkan kucing sangat aktif maka ia memerlukan rehat yang baik.

Rujukan:

1. Dreams

2. Ish World

3. Mother Nature


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)