iluminasi sekolah kebangsaan kluster bestari berprestasi tinggi kementerian pendidikan10

Bulan April adalah bulan terakhir untuk ibu bapa mendaftar anak-anak ke kemasukan tahun 1 untuk sesi 2018 nanti. Ada pelbagai perkara yang perlu diketahui oleh ibu bapa apatah lagi pada zaman sekarang ni, di mana sekolah rendah pun mempunyai beberapa jenis. Bukan macam zaman dulu di mana hanya ada SRK, SK dan SJK.

Sebagai ibu bapa, amatlah baik jika kita mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang sistem yang kita gunakan zaman sekarang supaya kita tau jenis sekolah yang anak kita bakal sertai.

1. Sekolah Kebangsaan

iluminasi sekolah kebangsaan kluster bestari berprestasi tinggi kementerian pendidikan

Sejak awal penubuhannya, Sekolah Kebangsaan bertujuan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Asas falsafah pendidikan SK sendiri adalah untuk menjadi tempat generasi muda hidup dalam masyarakat, bekerjasama dengan satu yang lain, melahirkan rakyat yang setia kepada negara dan rakyat yang menyumbang kepada kesejahteraan. Bahasa Melayu digunakan sebagai pengantar rasmi.

Terbuka untuk : semua pelajar

2. Sekolah Kluster Kecemerlangan

iluminasi sekolah kebangsaan kluster bestari berprestasi tinggi kementerian pendidikan2

Sekolah kluster pula sebenarnya adalah sekolah yang telah dinaik taraf untuk menjadi model tanda aras dalam aspek pengurusan sekolah dan taraf kualiti pelajar yang dihasilkan serta menjadi rujukan kepada sekolah yang berada disekitarnya. Ini untuk mengiktiraf pencapaian Sekolah yang baik dan menggalakkan lebih banyak SK lain yang agak ketinggalan agar turut sama menaikkan taraf SK supaya tidak hanya berpuas hati pada satu peringkat sahaja. Fokus Sekolah Kluster pula adalah memberi fokus kepada bidang seperti muzik, sukan, ICT, sains, bahasa dan lain-lain disiplin.

Terbuka untuk : semua pelajar, mungkin melalui ujian saringan

3. Sekolah Wawasan

iluminasi sekolah kebangsaan kluster bestari berprestasi tinggi kementerian pendidikan3

Sekolah Wawasan pula adalah gelaran yang diberikan kepada beberapa buah sekolah yang wujud dan berkongsi satu kawasan yang akan dinamakan sebagai Kompleks Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan hanya akan diiktiraf jika berlakunya penggabungan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dalam satu kompleks persekolahan. Setiap sekolah akan mempunyai nama dan logo sekolah masing-masing manakala pihak-pihak sekolah akan berkongsi kemudahan seperti padang permainan, dewan, kantin, pusat sumber, makmal komputer dan sebagainya. Setakat yang kami ketahui, hanya ada 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan di seluruh negara.

Terbuka untuk : semua pelajar

4. Sekolah Premier

iluminasi sekolah kebangsaan kluster bestari berprestasi tinggi kementerian pendidikan5 339

Sekolah Premier pula adalah sekolah kluster yang telah berusia lebih 100 tahun serta cemerlang dalam bidang akademik dan ko-korikulum.

Terbuka untuk : semua pelajar, mungkin melalui ujian saringan

5. Sekolah Bestari

iluminasi sekolah kebangsaan kluster bestari berprestasi tinggi kementerian pendidikan6

Sekolah Bestari pula adalah cabang lain dalam sistem pendidikan sekolah kita di mana di Sekolah Bestari, sekolah akan lebih menggunakan pendekatan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Terbuka untuk : semua pelajar, mungkin melalui ujian saringan

6. Sekolah Pintar

iluminasi sekolah kebangsaan kluster bestari berprestasi tinggi kementerian pendidikan7

Sekolah Pintar adalah sekolah yang ditubuhkan oleh syarikat milik kerajaan atau GLC dan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat tersebut. Kebanyakan Sekolah Pintar terletak di kawasan luar bandar untuk membantu meningkatkan taraf hidup generasi muda di sana.

Terbuka untuk : semua pelajar yang layak menerusi kriteria yang ditetapkan

7. Sekolah Amanah

iluminasi sekolah kebangsaan kluster bestari berprestasi tinggi kementerian pendidikan8 757

Sekolah Amanah adalah Sekolah yang diwujudkan untuk menjalinkan usahasama di antara pihak Sekolah dengan pihak swasta yang dilantik iaitu Yayasan AMIR untuk mewujudkan model sekolah yang boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada sekolah-sekolah lain. Sehingga kini, terdapat 62 buah sekolah Amanah di seluruh negara. Sekolah Amanah tidak ada kaitan dengan parti AMANAH.

Terbuka untuk : semua pelajar yang layak menerusi kriteria yang ditetapkan

8. Sekolah Berprestasi Tinggi

iluminasi sekolah kebangsaan kluster bestari berprestasi tinggi kementerian pendidikan9

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai identiti tersendiri, bukan sahaja sekadar cemerlang dalam bidang akademik dan ko-korikulum. Sekolah Berprestasi Tinggi perlu mempunyai tradisi, model dan etos yang akan disemai dalam setiap pelajar yang akan membezakan pelajar SBT dengan pelajar sekolah yang lain. SBT adalah sekolah-sekolah yang berada di tingkat teratas sekali dalam sistem pendidikan kita dan setiap tahun, jangkaan masyarakat kepada pelajar-pelajar SBT tidak pernah berubah. Kita akan tetap mengharapkan SBT dapat melahirkan insan yang cemerlang dalam semua aspek.

Terbuka untuk : pelajar yang dipilih sahaja


Harapan saya, panduan ini sedikit sebanyak membantu ibu bapa agar memahami sistem pendidikan sekolah anak kita. Saya akui, terlalu banyak gelaran dan label yang wujud yang mungkin menyukarkan orang ramai untuk memahami apa jenis sekolah anak-anak kita. Diharapkan agar pihak Kementerian Pendidikan dapat memperbaiki beberapa kecelaruan yang wujud atau mengeluarkan penjelasan yang lebih baik, untuk kita sama-sama fahami dan perbaiki sistem pendidikan di sekolah anak-anak kita.Hujung bulan ni tarikh tutup untuk daftar anak sekolah.Jangan sampai terlupa pula ye!


tags : , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)