Oleh pada 21 Jul 2017 kategori

iluminasi cikgu malas malaysia6

Aku bahasakan diri aku Nor sajalah ye?

Umur aku 29, mengajar di salah sebuah sekolah rendah di negeri Selangor. Sebelum korang gelakkan aku atau tuduh aku sebagai salah seorang manusia yang pilih jadi guru sebab tak dapat kerja lain, first of all, peduli apa aku dengan tuduhan macam tu. Macam lah semua orang yang belajar benda tu buat benda yang dia belajar. Tak ada pula kau bising bila orang lain macam tu. Bila cikgu, laju aje kena kutuk.

Aku tengok ramai netizen beberapa hari ni kutuk cikgu macam-macam sebab ada satu isu viral soalan matematik budak. Komen yang aku baca banyak kutuk cikgu dalam bermacam hal lah. Aku setuju. Aku dah 5 tahun berkhidmat ni pun kadang-kadang rasa macam orang gila tengok kerenah cikgu-cikgu ni. Aku tengok admin Iluminasi.com selalu tulis guna angka 5 dan aku pun dah 5 tahun jadi cikgu ni, ni aku garapkan sikit 5 bukti cikgu-cikgu ni memang patut kena kritik dan kutukan dari masyarakat. Admin tolong edit ya mana yang over? Tolong rahsiakan nama penuh aku.

1. Cikgu veteran takut betul nak ambik benda baru

iluminasi cikgu malas malaysia4

Aduh. Ni salah satu benda yang susah betul nak kata tak berlaku. Bila aku borak dengan kawan-kawan satu batch yang posting, ramai yang kata benda yang sama. Cikgu lama seperti tepu, macam konkrit. Tak mahu terima pembaharuan langsung. Nak juga kekal teknik P&P (pembelajaran dan pengajaran) zaman dia belajar dekat Maktab. ABM masih pakai manila kad. Nak kekalkan "teacher talks, student listen."

2. Cikgu-cikgu berlakon buta ICT

iluminasi cikgu malas malaysia3

Aku kesian betul dengan seorang cikgu ni kat sekolah aku. Cikgu lelaki. Dia dulu jurusan IT kemudian jadi cikgu. Dah berumur la, 30 lebih. Bila ada masalah berkaitan komputer, dia kena. Bukannya masalah makmal komputer tu, itu nasib baik technician ada, ni masalah komputer sendiri. Laptop hang, komputer lembap nak buang apps dari telefon, memory telefon penuh pun semua cari dia. Sekarang ni zaman teknologi. Masalah-masalah macam tu boleh aje buka internet tengok solution takpun gi anta kedai. Semua nak perkhidmatan free je cikgu-cikgu ni. Kesian aku tengok dia melayan cikgu-cikgu ni. Pakai tau, menjaganya tak nak pulak.

3. Selalu mengeluh bila kena buat benda melibatkan anak murid

iluminasi cikgu malas malaysia2

Aku selalu marah bila rakan sekerja aku merungut-rungut kalau dia kena hantar pelajar ke acara pelajar macam sukan atau pertandingan. Bukannya selalu, sekali-sekala. Dia punya merungut tu macam dunia dah nak kiamat. Nak buat macam mana lagi, kita tiap-tiap orang cikgu ada kena assign dengan aktiviti ko-korikulum. Buat untuk budak-budak apa salahnya? Kalau budak menang, dia pulak yang melebih-lebih nak kata dia yang latih budak-budak tu.

4. Tak terbuka menerima bantuan kerajaan pada cikgu

iluminasi cikgu malas malaysia5

Kami ada dapat telefon dengan tablet. Tak pakai pun. Kutuk pun ada. Benda elok, benda percuma, boleh pulak dikutuknya dikata baik tak payah bagi. Logik ke pemikiran macam tu boleh jadi cikgu? Karang tak bagi marah pulak. Memang aku akui susah kami nak utilize benda tu terutamanya telefon 4G tu sebab kami sendiri tak tahu macam mana nak guna. Tiap-tiap bulan kami diberikan 2GB mobile internet secara percuma jadi daripada korang kutuk-kutuk benda tu tak ada faedah, apa kata gunakan kemudahan yang dah diberikan ke arah yang berfaedah? Benda tu ada dalam tangan kita la. Kita yang kawal.

5. Tak minat jadi cikgu tapi nak gaji cikgu

iluminasi cikgu malas malaysia

Tiap-tiap sekolah mesti ada 3-4 orang malaon macam ni. Dah la menyusahkan orang. Dia lagi sibuk pergi buat benda lain yang aku malas nak tanya apa dia buat sampai orang lain kena relief kelas dia. Ada seorang cikgu sekolah aku, rupanya dia rajin masuk kelas 2 minit bagi kerja kemudian dia keluar. Gi mana aku tak tau la.

Tiap-tiap hari buat macam tu sampai budak tak belajar apa. Dah kena tegur open-open masa mesyuarat pun dia buat tak peduli. Orang muda. Aku rasa dia ni datang sekolah pun sebab ada kontrak wajib kena berkhidmat, lepas habis lari la dia. Seronok makan gaji buta. Lepas tu nampak lagi banyak buang masa makeup kereta Myvi dia tu. Myvi aje pun. Makeup la macam mana pun bukan jadi Ferrari.


Macam tu lah kisah aku. Saja aku nak luahkan sementara tengah panas isu cikgu. Aku yang cikgu pun kutuk cikgu tapi niat aku tulis ni baik. Aku tak suka tengok kaliber cikgu sekolah dipermainkan oleh malaon-malaon ni yang banyak ambil kesempatan. Lagipun dulu profesion cikgu sangat berprestij, tak macam sekarang.

Sekarang bila aku kata aku kerja cikgu aje, orang pandang sinis kecuali mak bapak anak murid aku yang susah-susah. Diorang ni lah yang banyak buatkan aku rasa dihargai dan aku patut sabar layan pancaroba jadi guru.

Terima kasih pihak Iluminasi.com sebab siarkan bebelan aku ni. Kepada sesiapa yang makan cili dia lah yang rasa pedasnya. Harapnya tulisan aku ni viral sampai ada yang kongsi dekat whatsapp sekolah aku. Biar diorang sendiri baca dalam grup whatsapp. Aku gelak-gelak aje lah sebab diorang bukan tau pun aku yang tulis.NOTA ADMIN - GAMBAR DALAM CORETAN INI HANYALAH HIASAN ARTIKEL SEMATA. TIDAK ADA GAMBAR CIKGU NOR DAN TIDAK ADA GAMBAR CIKGU -CIKGU YANG DIMAKSUDKAN DALAM ARTIKEL INI. JIKA ADA PIHAK YANG KURANG SENANG GAMBARNYA DIMUATNAIK, SILA MAKLUMKAN PADA KAMI.


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)