sk tebing rebak iluminasi bagan datoh perak pelajar dhia sofea

Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak yang terletak di Bagan Datoh merupakan sebuah sekolah yang unik di negara kita.

Uniknya sekolah ini adalah kerana memang dari dulu, SK Tebing Rebak mempunyai jumlah pelajar mendaftar yang sedikit. Untuk sesi persekolahan tahun 2017, SK Tebing Rebak hanya mempunyai 2 orang pelajar. Seorang murid darjah 5 bernama Ahmad Norsyarwani Ahmad Kamal dan pelajar terbaru mereka, Dhia Sofea Mohd Redzwan yang baru mendaftar untuk tahun 1 persekolahan.

sekolah paling sikit pelajar

Menurut Guru Besar sekolah tersebut, Puan Azmah Zakaria, bagi sesi 2017, memang tidak ada pelajar lain mendaftar bagi tahun dua, tiga, empat dan enam. SK Tebing Rebak yang sudah beroperasi sejak 1950 kini tetap meneruskan persekolahan seperti biasa dengan 2 orang pelajar, empat orang guru dan seorang guru besar.

Sejarah sekolah ini semasa zaman kegemilangannya mempunyai hampir 200 orang pelajar berdaftar. Namun selepas pembukaan sebuah sekolah lain, berlaku penurunan ketara jumlah pendaftaran pelajar ditambah lagi dengan jumlah komuniti Kampung Tebing Rebak yang kecil, dengan hanya 120 orang lebih.

sk tebing rebak iluminasi bagan datoh perak pelajar hari guru

Pada tahun 2009, SK Tebing Rebak hanya mempunyai 6 orang pelajar lelaki serta 3 orang pelajar perempuan. Jumlah itu menurun tahun ke tahun dan dilaporkan pada tahun 2015, jumlah itu mencecah 4 orang pelajar sehinggalah 2017 di mana tinggal 2 orang.

Walaupun dengan jumlah murid yang sangat minima, acara-acara sekolah tetap diadakan seperti biasa seperti acara sukan tahunan sekolah yang diadakan dengan penyertaan penduduk kampung. Selain itu, sekolah ini juga lengkap dari segi kemudahan komputer dengan capaian internet, projek makanan tambahan dan bantuan-bantuan dari Kementerian Pendidikan.

sk tebing rebak iluminasi bagan datoh perak pelajar perhimpunan sekolah

Menurut dua orang pelajar yang tinggal, walaupun sedikit sunyi, pehatian yang mereka dapat daripada 5 orang guru termasuk guru besar membolehkan mereka lebih mudah belajar.

"Saya belajar macam-macam dari cikgu. Seronok. Tidak apalah saya (belajar) seorang, petang boleh jumpa kawan juga di sekolah agama," kata Dhia Sofea yang menyimpan cita-cita mahu menjadi seorang Doktor.

Rujukan Gambar

Nombor 1 - SK Tebing Rebak pada 2017

Nombor 2 - Kejohanan sukan sekolah pada 2014

Nombor 3 - Hari pertama persekolahan pada 2013

Nombor 4 - Perhimpunan pagi SK Tebing Rebak pada 2015

Nota kaki - apa yang berlaku di SK Tebing Rebak adalah satu perkara luar biasa yang turut berlaku di negara lain


tags : , , , , , , , , , , ,








Hakcipta iluminasi.com (2017)