Oleh pada 27 Mar 2017 kategori

Sukan bola sepak adalah sukan utama bagi negara kita sejak sekian lama, dan kancah bola sepak negara kita semakin nampak sinarnya apabila baru-baru ini TMJ telah dilantik menjadi presiden FAM yang baru. Ia merupaka satu berita yang amat menggembirakan semua peminat bola sepak tanah air.

Disebalik berita tersebut, satu lagi berita yang akan membuatkan anda bangga menjadi rakyat Malaysia, apabila berita Wan Kuzain Wan Kamal, rakyat Malaysia yang lahir di Amerika Syarikat, mendominasi carta hantaran bola paling tepat bagi minggu pertama pembukaan musim baru USL - Liga Bolasepak Amerika Syarikat.

Wan Kuzain Wan Kamal, 18, remaja berdarah Kelantan ini membuat debut pertama sebagai pemain professional dalam liga berprestij di Amerika Syarikat untuk, membarisi kesebelasan utama Swope Park Rangers menentang OKC Energy semalam.

swope park rangers vs okc energy

Pemain yang beketinggian 178 sentimeter ini berjaya mencuri tumpuan ramai apabila namanya tersenarai di tangga teratas sebagai pemain yang melakukan hantaran yang tepat bagi minggu pertama liga ini, dengan melakukan 51 hantaran dan peratusan ketepatan adalah 96.1%, jauh meninggalkan pemain terkemuka yang pernah bermain untuk kelab Chelsea iaitu Shaun Wright-Phillips yang hanya melakukan 30 hantaran dan peratusan ketepatan adalah 90%.

usl week 1

Prof Dr Wan Kamal Napi, bapa kepada pemain berbakat besar ini berkata penampilan pertama Kuzain dalam saingan divisyen dua liga tersebut bukan sahaja membanggakan mereka, malah menjadi rakyat Malaysia yang pertama beraksi. Kehebatan dan ketepatan hantaran Kuzain telah memberikan impak yang besar kepada pasukannya sehingga berjaya membantu Swope Park Rangers membenam OKC Energy 3-1, walaupun ketinggalan 1-0 hasil jaringan Coady Andrews.

Wan Kuzain pernah menjadi viral di media sosial Malaysia melalui video rakaman yang tersebar ketika beliau beraksi di Liga Juara-Juara NPL 3 tahun lalu kerana prestasi dan bakatnya yang sangat menyerlah serta cara gelecek bolanya yang seakan-akan Lionel Messi membuatkan rakyat Malaysia begitu kagum.

"Kuzain berjaya memberi impak berbeza dalam persembahan pasukannya dan berjaya mengawal jentera tengah dengan baik dan sempurna. Semua jurulatih dan rakan sepasukannya memuji persembahan Kuzain. Mereka berpendapat aksi pertama Kuzain di Liga USL itu sangat baik. Saya sendiri biasanya agak sukar untuk memberi pujian ke atasnya, tapi melihatkan permainannya dia berhak diberi kredit biarpun itu adalah penampilan pertama di pentas tertinggi,” 

- Wan Kamal

Pelajar di University Akron itu beraksi dari sepak mula hingga ke minit ke-75 sebelum digantikan oleh rakan sepasukan. Wan Kamal juga memberitahu bahawa pihak FAM tidak pernah menghubungi beliau atau anaknya.

dirk kuyt wan kuzain

Adakah dengan pengambilalihan tampuk kepimpinan FAM bakal merubah nasib pasukan Harimau Malaya dengan menyerap bakat antarabangsa ini sekaligus dapat memberikan masa depan yang cerah kepada masa depan bola sepak negara.

Live streaming perlawanan Swope Park Rangers vs OKC Energy

Pasukan yang diwakili anak muda ini akan menghadapi perlawanan kedua menentang Portland Timbers II pada aksi kedua Liga Bolasepak Amerika Syarikat pada 30 Mac ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)