Bintang bola sepak, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak atau popular dengan nama Aidil Zafuan menimang cahaya mata lelaki yang keempat.

Berita gembira itu dikongsinya di laman Instagram.

"Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki pada 20.01.2018 pada pukul 5.45 pagi. Hero yang keempat buat saya. Syukur Alhamdulillah," tulisnya dalam entri itu.

Di kesempatan yang sama, Aidil melahirkan penghargaan kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan isterinya, Zarema Zainal.

Aidil dan Zarema mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan sebelum ini memperoleh seorang anak lelaki bernama Ayden Zeeyad.

Aidil pernah berkahwin dengan aktres Rita Rudaini pada tahun 2018 di Songkhla Thailand sebelum bercerai pada tahun 2013.

Hasil perkahwinan terdahulu beliau menerima dua zuriat lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berada di bawah jagaan Rita.

Sumber berita & Kredit foto: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)