Oleh pada 17 Jul 2018 kategori

shahir sebagai bapa aleesya ini jawapan mengecewakan erra fazira 1

Kredit foto: Instagram Erra Fazira & Sinar Harian

Aktres, Erra Fazira, tidak menafikan anaknya, Engku Aleesya Engku Emran dan penyanyi yang dikaitkan bercinta dengannya, Shahir Zawawi, selesa bersama.

Turut mengakui dirinya rapat dengan Shahir, Erra bagaimanapun memberitahu, itu bukan bermakna dia sedang merencanakan sesuatu terhadap perkembangan hubungan dengan bintang Akademi Fantasia itu.

"Seperti yang selalu saya tegaskan sebelum ini kepada umum, tidak ada apa-apa yang ingin saya kongsikan," katanya kepada Astro Gempak.

Erra membuat kenyataan sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Mind Order yang berlangsung di Kache's, Seksyen 26, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Erra berkata, daripada sebelah pihaknya memang tidak mempunyai apa-apa yang ingin dikongsi melainkan hubungan yang terjalin hanyalah sebagai kawan rapat.

shahir sebagai bapa aleesya ini jawapan mengecewakan erra fazira 2

Kredit foto: Instagram Erra Fazira

"Tidak manis untuk saya yang berkata-kata sebagai seorang wanita dan apa yang boleh saya kongsikan adalah hubungan kami sangat baik sebagai kawan," katanya.

Malah, akui penyanyi Jendela Hati ini, dia belum terfikir menjadikan Shahir sebagai 'bapa segera' kepada Aleesya walaupun pertalian mereka baik.

"Walaupun Aleesya selesa dengan Shahir tapi saya belum tergerak (hati) nak hadiahkan dia bapa baru," katanya.

Tegas bintang Sembilu itu, dirinya tidak berganjak dengan jawapan status hubungan mereka seperti yang didedahkan dalam temubual terdahulu.

"Hubungan kami hanya sekadar kawan dan tidak ada apa-apa sebarang perancangan untuk ke fasa seterusnya," katanya.



Hakcipta iluminasi.com (2017)