Kredit foto: kisahartis.com
Mengalami pelbagai komplikasi dalaman, Rizkie Azharin, anak angkat kepada penyanyi Azharina Azhar dilaporkan berada dalam keadaan kritikal hari ini.
Bayi yang baru berusia 23 hari tersebut kini bergantung kepada mesin oksigen untuk meneruskan hidup.
Paru-paru sudah penuh susu, pendarahan otak, buah pinggang kiri dan kanan sudah rosak. Memang kalau hidup akan terseksa dan tidak normal.
Kenyataan tersebut disampaikan Azharina melalui laman Instagramnya beberapa jam yang lalu.
Rizkie kini dirawat dalam Wad Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) di Hospital Putrajaya.
Terdahulu, penyanyi tersebut melaporkan Rizkie yang juga merupakan anak kepada sahabatnya dilahirkan dalam keadaan pra-matang iaitu pada 5 Mac yang lepas.
Selain Rizkie, seorang lagi anak angkat Azharina adalah Rahmad yang kini berusia dua tahun.
Sumber berita: Utusan Online