gosok gigi dan flos dua kali sehari untuk mengelakkan mulut berbau

Walaupun anda memberus dan menggunakan flos setiap hari, pasti ada masa-masa kurang menyenangkan di mana mulut anda berbau masam seakan-akan telur basi. Ikuti tips penjagaan gigi dan mulut ini untuk kebersihan yang optimum:

#1 Teknik memberus gigi yang betul

Sememangnya semua orang tahu bahawa kita membersihkan gigi dengan memberus. Tapi adakah anda menggosok dengan cara yang betul?Anda perlu membersihkan kesemua permukaan gigi termasuk pangkal gusi, gigi sebelah dalam mengelilingi lelangit serta kawasan gigi yang berhampiran lidah. Selain itu, anda juga perlu menggunakan flos untuk sisa yang melekat di antara gigi serta membersihkan lidah di mana ia menjadi tempat kegemaran bakteria untuk membiak.

Persatuan Pergigian Amerika (ADA) menyarankan anda membersihkan gigi dua kali sehari.

cara betul menggosok gigi

#2 Gantikan berus gigi anda

Persatuan Pergigian Amerika juga mencadangkan agar anda menukar berus gigi setiap 3-4 bulan atau apabila berus halus telah berambu.

berus gigi boleh jadi tempat pembiakan bakteria sekiranya tidak ditukar atau dicuci dengan betul

Tahukah anda, kajian oleh Persatuan Mikrobiologi Amerika mendapati sekiranya anda mempunyai bilik air yang berkongsi ruang dengan tandas, sisa-sisa najis sebenarnya boleh terlekat pada peralatan yang ada di kaunter sinki setiap kali anda mengepam tandas? Ini kerana apabila anda menarik pam, ia akan melepaskan semburan aerosol mengandungi titisan air yang tercemar.

Anda tidak perlu menyimpan berus gigi dalam bekas tertutup atau gelap kerana suhu yang lembap akan lebih menggalakkan pembiakan mikroorganisma berbanding penyimpanan di tempat terbuka. Pastikan anda membersihkan betul-betul celahan berus gigi setiap kali lepas menggosok.

#3 Rangsangkan kelenjarair liur

Mulut yang kering boleh menyebabkan halitosis (nafas berbau). Cuba kunyah gula getah atau mints untuk meningkatkan pengeluaran air liur. Pastikan kunyah yang sugar-free ya!

monsters pun jaga kebersihan gigi 451

#4 Pilih makanan dengan bijak

Ada sesetengah makanan yang boleh merosakkan gigi dan menyebabkan nafas berbau. Bahan perisa dengan bau yang kuat seperti bawang atau cuka boleh terus terasa dalam mulut walaupun sudah habis waktu makan. Jadi makan dengan berhati-hati.

Selain itu anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergula dan melekit yang sukar untuk dibersihkan dari celahan gigi.

#5 Sentiasa bawa bersama penyegar mulut

Apabila mulut terasa kering, cepat-cepatlah minum air kosong atau gunakan gula-gulamints penyegar mulut. Anda juga boleh membawa botol kecil bahan pencuci mulut sebagai salah satu kaedah cepat dan mudah untuk menghilangkan mulut berbau.

kumur menggunakan mouthwash untuk kesan cepat hilangkan bau mulut

Akhir kata, sentiasa jaga kebersihan mulut dan jangan malas gosok gigi!


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)