Oleh pada 20 Mar 2018 kategori

Adakah anda berasa jengkel jika mendapati ribuan semut sedang berpesta apabila anda meninggalkan sebentar sahaja makanan di dalam rumah? Atau apabila tiba-tiba badan anda digigit semut ketika sedang berbaring?

Sememangnya semut merupakan salah satu haiwan ciptaan tuhan namun begitu jika ia berada terlalu banyak di dalam tempat kediaman anda, boleh membuatkan anda kurang selesa. Kami ingin berkongsi beberapa petua, tips atau cara untuk mengusir semut di rumah sehingga ia tidak mahu datang kembali ke rumah anda:

1. Timun

BESARKAN TEKS     A-  A+

Timun mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Namun begitu timun juga merupakan salah satu sayuran yang boleh menghindarkan semut. Boleh digunakan samada timun yang dihiris halus atau dikisar dan diletakkan pada sekitar sarang semut. Ini akan membuatkan semut akan pergi meninggalkan sarangnya kerana tidak suka akan bau timun itu.

2. Garam atau lada

petua panduan tips halau semut garam lada

Taburkan garam atau lada di tempat-tempat yang biasanya terdapat banyak semut seperti di dapur. Cara lain ialah dengan mencampurkan garam atau lada ke dalam air dan disembur air larutan itu ke dalam sarangnya. Aroma bau ini membuatkan semut tidak akan kembali lagi ke sarangnya yang telah disembur itu.

3. Sabun dan air

petua panduan tips halau semut sabun

Campurkan sabun di dalam air dan gunakan botol spray untuk menyembur kawasan yang sering dilalui semut. Cara menyembur ini sesuai jika semut membuat sarangnya di celahan dinding. Jika ia tidak mati, pasti semut akan meninggalkan kawasan yang disembur itu kerana tidak tahan dengan bahan kimia sabun.

4. Serbuk kopi

petua panduan tips halau semut serbuk kopi

Taburkan serbuk kopi di tempat di mana semut berkumpul atau bersarang. Serbuk kopi juga sesuai digunakan pada tanaman anda yang diserang semut kerana ianya tidak membahayakan tanaman. Semut akan pergi meninggalkan kawasan taburan serbuk kopi kerana tidak tahan dengan bau aromanya yang kuat.

5. Bedak atau tepung

petua panduan tips halau semut bedak bayi

Semut juga tidak suka dengan bau wangi bedak. Selain bedak, tepung kering juga boleh menjadi ganti. Semut tidak akan melalui kawasan yang diletakkan bedak atau tepung ini kerana baunya. Cara ini juga memudahkan untuk anda membersihkan kawasan yang ditabur tadi.

6. Minyak wangi

petua panduan tips halau semut perfume

Cara ini mungkin yang paling mudah tapi mungkin kurang praktikal kerana agak mahal iaitu dengan menyembur pewangi Semut tidak akan dapat bertahan dengan baunya yang kuat dan tahan lama. Namun begitu anda perlulah berhati-hati, jangan sampai tersembur pada makanan.

7. Air limau nipis

petua panduan tips halau semut limau nipis

Pepatah mengatakan, "di mana ada gula, pasti di situ ada semutnya." Semut memang diketahui sukakan benda manis. Jadi rasa masam pada air perahan limau nipis ini boleh membuatkan semut lari. Selain daripada manfaat menghalau semut, bau aroma limau ini juga boleh membuatkan rumah anda berbau segar dan wangi.

8. Daun sirih

petua panduan tips halau semut daun sireh

Daun sireh ini mempunyai banyak manfaat salah satunya sering dipakai oleh wanita untuk penjagaan organ dalaman. Selain itu daun sireh juga mengeluarkan bau yang tidak disukai oleh semut. Anda perlu meramas daun sireh bagi tujuan mengeluarkan baunya dan letakkan pada sarang atau tempat semut selalu berkumpul.

9. Kapur anti semut

petua panduan tips halau semut kapur semut

Kini terdapat banyak kapur anti semut yang dijual di kedai-kedai dan penggunaannya cukup mudah. Anda hanya perlu mencontengkan kapur pada kaki meja atau kerusi yang biasanya dinaiki semut. Semut yang terkena kapur ini akan mati dalam beberapa minit dan tidak akan melalui jalan yang sama lagi. Akan tetapi jangan anda keliru dalam membezakan kapur anti semut ini dengan kapur tulis ya.

10. Selalu tutup rapat makanan

petua panduan tips halau semut bekas tertutup

Cara terakhir menjaga makanan ialah dengan menyimpannya dalam tempat yang bertutup dan selamat. Jika makanan kering anda boleh menyimpannya di dalam bekas balang. Dengan cara ini anda akan berasa lebih selamat dan makanan akan dapat bertahan dengan lebih lama.

Namun begitu, perkara yang paling penting sekali ialah dengan menjaga kebersihan. Jangan biarkan bekas makanan anda terdedah dan jika ada sisa makanan di lantai, segeralah membersihkannya. Jika keadaan sentiasa bersih, semut pasti akan pergi ke tempat lain yang lebih mudah untuknya mencari makan lain.

img 20180319 025032

img 20180319 025046

img 20180319 025003

Menggelikan bukan?




Hakcipta iluminasi.com (2017)