Nafas berbau - atau halitosis - merupakan keadaan di mana mulut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ia mungkin boleh terjadi dari semasa ke semasa atau untuk tempoh berpanjangan.

Berjuta-juta bakteria tinggal di dalam mulut kita, terutama sekali di bahagian belakang lidah. Bagi kebanyakan orang, inilah penyebab utama nafas mereka berbau. Makanan yang tertinggal dan 'mereput' dalam mulut menjadikan mulut tempat yang paling ideal untuk membiakkan bakteria. Bahan sisa ini akan menghasilkan unsur sulfur yang mudah meruap hasil penguraian protein dalam mulut oleh bakteria.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada keadaan di mana nafas berbau itu dikatakan normal dan tidak berkait dengan masalah kesihatan. Contohnya "mulut bangun pagi." Mulut akan menjadi berbau pada waktu pagi kerana semasa kita tidur, mulut kurang menghasilkan air liur. Mulut akan menjadi kering dan sel-sel mati akan melekat pada lidah dan juga di sebelah dalam pipi. Apabila bakteria menggunakan sel mati ini sebagai makanan, ia akan menghasilkan bau kurang enak.

bau busuk mulut boleh menyebabkan kawan kawan lari taknak sembang dengan anda

Apa punca mulut berbau?

  1. Tidak menjaga kebersihan mulut dan gigi - tidak kerap memberus dan menggunakan flos gigi, atau dibuat dengan cara yang salah. Kebersihan mulut yang lemah boleh menyebabkan penyakit gusi (periodontal) yang juga boleh menjadi punca mulut berbau.
  2. Jangkitan dalam mulut - disebabkan oleh kaviti pada gigi atau penyakit gusi
  3. Faktor luaran - bawang putih, kopi, bawang, menghisap rokok, mengunyah tembakau
  4. Mulut kering (xerostomia) - disebabkan oleh masalah kelenjar air liur, ubat-ubatan atau bernafas menggunakan mulut
  5. Penyakit lain - penyakit kencing manis, hati, buah pinggang, paru-paru, sinus, refluks dan lain-lain lagi
  6. Penyakit psikiatrik - ada segelintir orang yang tidak sedar tentang mulutnya sebenarnya berbau sangat busuk.

Macamana nak elakkan mulut berbau?

  • Gosok gigi dan gunakan ubat cuci mulut (Listerine, Colgate Plax) setiap kali selepas makan.
  • Flos gigi sekurang-kurangnya sekali setiap hari untuk membuang sisa makanan yang terselit di celah gigi.
  • Gosok belakang lidah setiap kali memberus gigi atau boleh juga menggunakan pengikis lidah yang boleh didapati di farmasi.
  • Minum banyak air untuk mengekalkan kelembapan mulut.
  • Kunyah gula-gula getah atau mints yang boleh membantu menyegarkan nafas dan mengelakkan plak daripada terbentuk.

Jika anda menggunakan gigi palsu, bersihkan setiap hari untuk membuang sisa makanan dan bakteria. 

Masih belum tahu cara yang betul untuk berus gigi? Tonton video ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)