Oleh pada 04 Dec 2019 kategori

susu pisang neelofa

Kredit foto: Instagram Amalina Bakri & Instagram Neelofa

    

Doktor viral, Dr Amalina Che Bakri bertanyakan kepada Neelofa berhubung iklan produk minuman susu pisang keluarannya yang didakwa telah mengelirukan para pengguna.

Amalina, 31, dalam kiriman laman sosial Twitternya mempersoalkan tindakan Neelofa menyenaraikan kebaikan produk itu yang dianggap sebagai palsu kerana tidak mempunyai kandungan seperti yang dinyatakan.

"Hai Neelofa. Saya harap anda dan pasukan anda dapat menjelaskan tentang perkara ini? Saya tahu tidak salah untuk anda menjual susu pisang, tetapi iklan itu agak mengelirukan.

"Saya pasti anda tahu bahawa anda tidak dibenarkan untuk mengiklankan manfaat kesihatan yang keterlaluan. Bolehkah anda tolong jelaskan? Terima kasih," tulis Amalina.

   

amalina bakri

Kredit foto: Twitter Amalina Bakri

   

Dalam pada itu, sesetengah netizen mengecam produk tersebut kerana iklan yang disifatkan 'false advertising' dan 'overclaim'.

Ini berikutan ketiadaan pisang dalam susu berkenaan, termasuk kandungan gula yang tinggi.

Sementara itu, salah seorang daripada grup stokis produk tersebut turut tampil memberi pencerahan dan dalam masa sama meletakkan kesalahan terhadap agen mereka.

"Masalahnya ialah stokis dan agen, mereka yang mengiklankan secara berlebihan. Jika anda melihat halaman itu sendiri 'HQ' dan Neelofa sendiri tak ada claim. Saya merupakan salah seorang dalam grup produk ini dan yang tak paham 'HQ' dan Neelofa ni pun tak nak pertahankan balik, pergi maki saja agen dan stokis yang overclaim.

"Setuju doktor! Saya sebagai bekas penghidap strok, saya selalu menegur mereka yang sering 'overclaim' sesuatu produk. Ayuh Neelofa, anda jauh lebih bijak sebenarnya," ulas individu terbabit.

Susulan itu, Amalina menggesa agar para selebriti lebih berhati-hati terhadap promosi produk yang melibatkan kesihatan orang ramai.

   

Sumber berita: “Tak salah jual susu pisang, tetapi iklan itu agak mengelirukan” - Dr Amalina minta penjelasan Neelofa 'overclaim' khasiat produk minuman keluarannya

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)