Kredit foto: Mstar
Aktor dan pelawak, Along Cham dimasukkan ke hospital kerana mendapat jangkitan kuman dalam darah.
Menurut Along, 35, dia menerima tanda-tanda awal, termasuk berasa tubuh kurang selesa sejurus selepas menjayakan penggambaran filem arahan Mawi pada bulan lalu.
Ketika menyempurnakan tugasan sebagai hos majlis pula, beliau mengalami lemah badan serta hilang selera makan.
"Ketika mengacara majlis, tubuh saya semakin lemah malah selera makan juga berkurangan," katanya kepada portal Harian Metro.
Lanjutan itu, Along bergegas mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Kempas, Johor Bahru.
Kredit foto: Instagram Along Cham
"Selepas pulang dari Sarawak kerana memenuhi jemputan pengacaraan program di sana, saya terus ke Pusat Perubatan Kempas, Johor Bahru," katanya lagi.
Bagaimanapun, Along yang didaftarkan masuk ke wad pada Selasa lalu, akhirnya dibenarkan keluar pada tengahari Khamis.
Bakal menjalani rawatan susulan minggu hadapan, Along memanfaatkan masa yang ada kini untuk memperoleh rehat secukupnya.