Kredit foto: bintang.com

Sejak empat bulan lalu, seperti yang diketahui umum penyanyi Julia Perez terpaksa ditahan di hospital untuk dirawat susulan penyakit kanser yang dihadapinya.

Menerusi temubual betsama rakan Julia, Ustaz Zacky Mirza baru-baru ini mendedahkan kisah pelik yang dialami oleh penyanyi berkenaan sepanjang berada di sana.

“Kata pengurusnya, Jupe (panggilan untuk Julia Perez) sering melihat toyol… anak kecil,” kata Zacky dipetik daripada laporan portal berita Indonesia, Liputan 6. 

Malah Zacky turut mendedahkan sifat Julia yang sering berungkapan pelik dan tidak masuk akal, termasuk sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian. 

Bagaimanapun respon Zacky buat Julia hanyalah meminta sahabatnya itu mendekatkan diri kepada ALLAH dengan memperbanyakkan zikir dan selawat. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)