Oleh pada 24 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Manchester United/Man Utd via Getty Images

Manchester United mengakui bahawa kelabnya telah berjaya memiliki Alexis Sanchez dari Arsenal, manakala Henrikh Mkhitaryan pula menyertai Arsenal.

Beberapa media melaporkan bahawa Sanchez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah berjumlah £350,000 (RM1.9 juta) hingga £400,000 (RM2.2 juta) seminggu.

Ini sekaligus membuatkan lelaki berasal dari Chile dan berumur 29 tahun itu sebagai pemain yang mendapat gaji tertinggi menerusi Liga Perdana.

Sanchez tidak lagi bermain untuk Arsenal pada akhir musim dan menyertai Manchester United setelah Manchester City membuat keputusan untuk menarik diri dari mendapatkan pemain berkenaan.

Sanchez berjaya menjaringkan 80 buah gol menerusi 166 pertarungan sejak bermain untuk Arsenal, selepas bertukar dari Barcelona pada tahun 2014.

Sumber berita: EurosportmStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)