Sumber foto: Manchester Evening News
Menurut pengurus, Jose Mourinho, Zlatan Ibrahimovic diizinkan keluar dari Manchester United bagi bersama-sama Liga Bolasepak Major Amerika (MLS) sekiranya perjanjian boleh dipersetujui kelmarin.
Bekas penyerang Sweden tersebut kuat dihubungkan dengan perpindahan ke kelab LA Galaxy berikutan daripada kedatangan Alexis Sanchez di Old Trafford dari Arsenal.
Ibrahimovic (36 tahun) sukar untuk mendapatkan semula pencapaian optimumnya setelah 7 bulan terasing ekoran daripada kecederaan ligamen lutut yang serius sewaktu pertandingan Liga Europa menentang Anderlecht, April tahun lepas.
Walaubagaimanpun, Ibrahimovic menandatangani kontrak lanjutan setahun pada Ogos kerana sembuh lebih awal daripada sangkaan. Namun, beliau cuma melakukan satu penampilan dalam liga sejak November dan tidak bermain sejak 26 Disember susulan berlakunya lagi masalah sama.
Ruang perpindahan MLS bermula pada pertengahan Februari dan berakhir pada Mei, bermaksud LA Galaxy tidak harus memperolehi perjanjian daripada United sebelum perpindahan di liga Inggeris tamat pada Rabu ini.
Mourinho yang dijumpai menjelang perlawanan antara United dan Tottenham di laman lawan hari ini menceritakan dengan ketara Ibrahimovic tidak memberitahunya tentang perpindahan ke Amerika Syarikat.
Namun, beliau sanggup menolong menyudahkan perpindahan terbabit sekiranya itu yang diinginkan Ibrahimovic.
"Dia tidak memberitahu saya apa-apa. Pertama kali saya mendengarnya adalah daripada kamu, daripada media.
"Saya membaca beberapa laman web dan mendengar beberapa siaran televisyen. Dia tidak pernah menyebutnya kepada saya, jadi saya tidak tahu.
"Zlatan berada pada tahun terakhir dalam kontraknya. Saya ulang, dia tidak pernah bercakap mengenainya, tetapi jika ia benar dan Zlatan mahukan masa depan dengan kelab di negara lain, kami di sini akan menyediakan keadaan untuk ia berlaku, bukan untuk menyukarkan hidupnya," luah Mourinho semasa sidang akhbar.
Sumber berita: AFP & BH Online