Sumber foto: Arsenal
Pierre-Emerick Aubameyang mengakui perpindahan ke Arsenal dari Borussia Dortmund dengan catatan pemain termahal kelab tersebut yang bernilai 56 juta pound (RM310 juta) kelmarin.
Ia sekaligus adalah penghijrahan terbesar sewaktu hari terakhir jendela penghijrahan bulan Januari.
Bos Arsenal Arsene Wenger, yang pada Ogos lepas menyekat Alexis Sanchez daripada berhijrah ke Manchester City setelah tidak berjaya memperolehi khidmat Thomas Lemar dari Monaco, tidak mahu menunggu bagi tempoh panjang sehingga saat akhir membawa masuk penyerang kebangsaan Gabon itu.
Penghijrahan tersebut melihatkan Wenger berjaya melembutkan hati ahli lembaga Arsenal bagi membayar yuran penghijrahan pemain berumur 28 tahun itu lebih daripada penyerang kebangsaan Perancis Alexandre Lacazette, 46.5 juta pound (RM257 juta) pada Ogos lepas.
"Pierre-Emerick Aubameyang menyertai kami dari Borussia Dortmund dengan kontrak jangka masa panjang dan rekod perpindahan kelab ini,” ujar Arsenal menerusi sebuah keterangan.
Skuad Gunners menganggap Aubameyang sebagai penyerang paling berharga di peringkat antarabangsa.
“Dia menjaringkan 98 gol dalam 144 perlawanan Bundesliga untuk Dortmund, dengan sejumlah 172 gol dalam 213 perlawanan dalam semua pertandingan untuk bekas kelabnya itu,” terang kenyataan itu.
Namun, kedatangan Aubameyang diterima dengan pemergian pemain veteran Perancis Olivier Giroud yang berhijrah ke Chelsea.
Meskipun begitu, Wenger berasa hampa melepaskannya ke Stamford Bridge pada masa mereka sudah mengucapkan selamat tinggal kepada Alexis Sanchez yang bersama-sama Manchester United awal bulan Januari.
Sumber berita: AFP & Utusan Online