Sumber foto: Getty Images
Christian Eriksen menyumbat gol terpantas menerusi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, cuma 11 saat setelah sepak mula yang menjadi faktor bagi Tottenham menenggelamkan Manchester United 2-0 dalam pertembungan awal pagi semalam.
Pasukan bimbingan Mauricio Pochettino itu turut berasa lega dengan berada di hadapan 2-0 setelah separuh masa pertama menerusi sebuah lagi gol hasil jaringan sendiri oleh pertahanan United, Phil Jones.
Keputusan tersebut tidak berubah sehingga masa penamat.
Biarpun cuma mengutip 5 mata pada perlawanan melawan pasukan hebat iaitu Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City dan United, keputusan pertembungan ini patut diberi perhatian.
Ia memperlihatkan Tottenham berupaya berlawan dengan nama-nama besar lain meskipun tidak konsisten dari segi prestasi.
Menduduki tangga ke-5 liga, Tottenham cuma berbeza 2 mata berbanding pasukan di tangga ke-4 iaitu Chelsea, menerusi saingan bagi menempah tiket ke Liga Juara-Juara.
Sumber berita: AFP & Utusan Online