Oleh pada 13 Aug 2018 kategori

Walaupun Manchested United kini bukanlah pasukan bola sepak yang hebat seperti ketika zaman di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson, kelab ini tetap gagah dengan kumpulan peminat yang ramai dan pendapatan tahunan yang mengagumkan.

Sebagai sebuah kelab gergasi, sudah tentulah bermain bersama Manchester United menjani impian bagi segelintir pemain. Mereka percaya mereka bakal beroleh lebih kejayaan manis bersama kelab ini dan dapat memantapkan permainan mereka pada tahap yang lebih tinggi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau bagaimanapun, tidak semua pemain yang dibeli dan berpindah ke Manchester United memberikan impak seperti yang dikehendaki. Perkara ini boleh berlaku atas pelbagai sebab, antaranya corak permainan Manchester United yang tidak serasi, pilih kasih pengurus pasukan dan banyak faktor lain.

Berikut merupakan antara pemain hebat yang dibeli oleh Manchester United. Malangnya, kehebatan dan kerjaya mereka semakin merudum apabila menyertai kelab ini.

1. Matteo Darmian

matteo darmian

Matteo Darmain dibeli pada tahun 2015 oleh pengurus Manchester United pada ketika itu, Louis van Gaal. Beliau merupakan antara permain pertahanan daripada Itali yang mempunyai potensi besar untuk terus maju bersama Manchester United.

Pembeliannya sangat penting memandangkan Manchester United pada ketika itu mempunyai masalah pada bahagian pertahanan. Pembeliannya adalah sebagai solusi bagi menguatkan bahagian pertahanan kanan Manchester United. Beliau bukan calang-calang pemain kerana beliau juga terpilih untuk mewakili skuad kebangsaan Itali.

Malangnya, setelah Jose Maurionho mengambil alih pasukan, beliau lebih gemar menggunakan pemain sayap, Antonio Valencia sebagai pemain pertatahanan kanan. Pemilihan Antonio Valencia di posisi tersebut mengurangkan peluangnya untuk bermain dalam kesebelasan utama Manchester United. Beliau jelas tidak gembira dengan perkara ini dan menyatakan keinginannya untuk bermain dengan kelab lain.

2. Angel Di Maria

angel d maria

Kemasukan Angel Di Maria ke Manchester United pada tahun 2014 seolah-olah memberi sinar harapan kepada Manchester United yang makin merudum selepas era Sir Alex Ferguson. Beliau merupakan antara pemain utama Real Madrid yang membawa mereka memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.

Malangnya, impaknya tidak menjadi di Manchester United. Lebih malang lagi, beliau hanya berada selama 1 musim di Old Trafford sebelum berpindah ke kelab Perancis, Paris Saint-Germain. Ada pihak yang mengatakan cara permainannya tidak sesuai dengan falsafah permainan pengurus ketika itu Louis van Gaal.

Walaupun kini sudah selesa bermain untuk kelab PSG, kehebatan Angel Di Maria mungkin tidak sehebat ketika beliau bermain bersama Real Madrid dimana beliau merupakan pemain sayap hebat yang bergandingan bersama Cristiano Ronaldo.

3. Fabio Pereira da Silva

fabio pereira da silva

Pada tahun 2008, Manchester telah menandatangani 2 pemain kembar dari Brazil, Fabio dan Rafael. Menariknya, kedua-dua pemain ini bermain di posisi pertahanan dan dijangka memberikan impak yang besar kepada Manchester United.

Malangnya, karier Fabio tidak semeriah Rafael. Bermain di posisi pertahanan kiri, beliau pada ketika itu mempunyai saingan yang kuat daripada seorang lagi pemain pertahanan lagenda Manchester United, Patrice Evra.

Bersama Manchester United, beliau hanya membuat 22 penampilan sebelum dipinjamkan ke kelab Queens Park Rangers. Kini beliau bermain untuk kelab Nantes yang bermain di Ligue 1 (Liga Perancis). Walaupun dahulu dianggap sebagai antara bakat besar yang mungkin menyinar, kariernya jatuh menjunam selepas menyertai Manchester United.

4. Anthony Martial

anthony martial

Segalanya kelihatan sempurna pada awalnya buat Anthony Martial apabila menyertai Manchester United pada tahun 2015. Perpindahannya itu menjadikannya pemain remaja termahal dunia pada ketika itu.

Gol dramatik ketika penampilan sulung menentang musuh ketat, Liverpool dan beberapa permain baik di bawah kendalian Louis van Gaal memberikan sinar harapan kepada beliau pada ketika itu. Malah, beliau seringkali menjaringkan gol-gol penyelamat buat Manchester United.

Malangnya, beliau tidak menjadi pemain pilihan pengurus selepas itu, Jose Maurinho. Pembeliau Alexis Sanchez daripada Arsenal semakin menutup ruang buatnya untuk bermain dalam kesebelasan utama Manchester United. Kekurangan aksi di peringkat kelab juga menyaksikan namanya tercicir daripada skuad kebangsaan Perancis yang memenagi Piala Dunia 2018 baru-baru ini.

5. Luke Shaw

luke shaw

Ketika dibeli oleh Manchester United pada tahun 2014, Luke Shaw merupakan antara pertahanan muda terbaik England. Memiliki kepantasan dan rajin turun naik di atas padang, beliau sememangnya pilihan utama pasukan kebangsaan England dan Manchester United untuk posisi pertahanan kiri.

Malangnya, kecederaan patah kaki ketika perlawanan menentang PSV pada tahun 2015 merubah segala-galanya. Beliau mengambil masa yang begitu lama untuk sembuh. Di bawah kendalian pengurus Jose Maurinho, beliau masih bergelut untuk mendapat peluang bermain dalam kesebelasan utama.

Namanya juga tercicir daripada skuad kebangsaan England yang mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 baru-baru ini ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)