rekod buruk spurs lawan 6 teratas buat pochettino resah

Sumber foto: FourFourTwo

Mauricio Pochettino yakin rekod buruk Tottenham Hotspur menentang kelab '6 gergasi' Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi sebab kelab London tersebut masih tersekat untuk menggapai gelaran liga.

Dikendalikan oleh pengurus dari Argentina tersebut, Tottenham cuma muncul juara sekali daripada 18 pertarungan melawan pencabar-pencabar utama gelaran elit berkenaan pada 2 tahun lepas di Manchester City.

Ini ternyata statistik yang menghampakan Pochettino yang dijadual menentang skuad kendalian Jurgen Klopp, Liverpool di Anfield, esok, pertembungan yang disifatkan memainkan peranan penting bagi merebut kedudukan empat teratas liga.

"Mungkin inilah sebabnya kami gagal memenangi gelaran, mengapa kami tidak menang Liga Perdana.

"Mungkin kerana kami adalah pasukan yang muda di Liga Perdana dan mungkin kami perlukan masa untuk matang.

"Ada begitu banyak alasan mengapa ia berlaku. Dalam 19 perlawanan di laman lawan menentang pasukan enam terbaik, empat kemenangan adalah untuk pasukan lawan.

"Bagi semua orang, ia adalah satu masalah. Pada penghujungnya, ia adalah bagaimana kami menamatkan saingan di kedudukan liga.

"Kami menamatkan saingan musim lalu di kedudukan kedua, ketiga pada musim sebelumnya. Sudah tentu jika kami menang lebih banyak pada aksi di tempat lawan, saya yakin kami akan menjulang gelaran tetapi kami kekurangan sesuatu untuk mencapainya," jelas Pochettino secara panjang lebar.

Pochettino turut tidak bimbang untuk memberitahu bahawa perbandingan Tottenham dengan kelab-kelab gergasi di EPL tidak sepatutnya dibuat memandangkan prestasi kewangan mereka adalah sangat berlainan.

"Bagi saya, tidak adil untuk membandingkan Tottenham dengan Liverpool, Chelsea, Arsenal, (Manchester) United dan City," ujar Pochettino.

Beliau juga menjelaskan bahawa tiada persamaan yang wujud melainkan Tottenham Hotspur menamatkan liga di kedudukan kedua pada musim lepas dan ketiga pada musim terdahulu, manakala mereka menamatkan saingan di bawah kelab itu.  - Agensi

Sumber berita: BH Online


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)